Bangsa Mim Era keluarga al Imran



“Katakanlah: “Kami beriman kepada Allah dan kepada apa yang diturunkan kepada kami dan yang diturunkan kepada Ibrahim, Ismail, Ishaq, Ya’qub, dan anak-anaknya, dan apa yang diberikan kepada Musa, ‘Isa dan para nabi dari Tuhan mereka. Kami tidak membeda-bedakan seorangpun di antara mereka dan hanya kepada-Nyalah kami menyerahkan diri.”
ayat 84, surah ali-imran

frasa Al-Imran ini adlah berasal dari ahlul imran yakni keluarga imran. Daripada keluarga ini lahirlah Musa dan Harun yang mana menentang kejahatan firaun yang telah lupa daratan dan mengaku sebagai tuhan. Penentangan demi penentangan berlaku dan akhirnya firaun di kalahkan. Daripada keturunan Ali Imran ini juga lahirlah wanita yang mana melahirkan NABi ISa a.s. Nabi Isa a.s yang telah di khianati oleh bangsanya sendiri di naikkan ke langit dan akan turun semula ketika saat kebangkitan akhir zaman akan bermula.

Terdapat kod-kod atau klue-klue di sini. Musa dan Harun adalah saling bersaudara dan menumpaskan Firaun yang mana telah memperhambakan Bani Israel. Maka, berkat pertolongan ALLAH s.w.t, mereka berjaya melarikan diri dan firaun tenggelam di laut merah. Nabi Musa dan kaumnya itu melalui laut yang terbelah dan sampai ke satu daratan yang mana kaum di situ menyembah berhala. Ternyata jarak yang di lalui oleh mereka bukanlah jarak yang dekat akan tetapi agak berjauhan kerana empayar mesir raya amat luas ketika itu. Pada pengamatan saya, mungkin Nabi Musa telah pun tiba di INDIA atau pun tanah Nusantara. Apapun, DIA maha mengetahui. Meskipun demikian, mesti ada orang yang tidak mahu mempercayainya kerana tiada bukti kukuh. Pernahkah anda mendengar frasa “the lost tribe of jews”? Pengkaji sejarah di seluruh dunia sedia maklum bahawa terdapat 12 bani israel yang bertebaran di muka bumi dan akhirnya membentuk yahudi. Kemudiannya dari yahudi, membentuk zionis yang berkitabkan TALMUD sesat itu.

Bani yang di katakan hilang itulah yang tidak dapat di jejaki sehingga tiba masa DIA mahu mengangkatnya kembali. Bani yang hilang ini adalah pengikut Nabi musa dan Nabi Harun yang setia serta beriman. Mereka tidak mengikuti bani israel yang lainnya yang dahagakan tanah. Inilah yang terjadi pada saat ini di mana ZIonis cuba merampas PALESTINE meskipun dulu mereka lari dari berperang dengan bangsa asal Palestine.

Seterusnya, mengenai Nabi ISA a.s, baginda telah di khianati oleh bani israel dan di angkat ke langit. Kluenya di sini adalah, baginda ‘di larikan’ dari bangsa yang di khabarkan akan ‘musnah’ pada akhir zaman di tangan baginda sendiri. Ayat quran sudah cukup memberitahu kita bahawa terdapat kod-kod yang harus di kaji demi kebangkitan masa hadapan. Tapi, kebanyakkan kita takut untuk lakukan demikian kerana risau ‘tercalar iman’ ? !

Apakah dengan mengkaji quran, iman dan taqwa akan tercalar dan hilang ?. Bukankah jika di kaji, maka lagi banyak akan menyakinkan kita pada ISLAM. ISLAM itu mudah tapi ummatnyalah yang menyusahkannya.

Jadi, nampakkah anda tentang kesenimbungan antara ‘dahulu’, ‘kini’ dan ‘masa depan’?

INFO – PENDEKAR SUFI

About Sifuli

Bicara tentang makan minum, tidur baring, dan beranak pinak yang membina adat resam untuk kehidupan rohani, jasmani, jiwa dan raga. Diantara weblog Sifuli yang popular adalah seperti berikut: Dukun Asmara bicara tentang beranak pinak. Hipnotis Sifuli bicara tentang tidur baring. Jalan Akhirat bicara tentang adat resam (agama) Doa Ayat dan Zikir untuk rohani jasmani jiwa dan raga. Jika tak suka sekali pun janganlah tinggalkan komentar yang keterlaluan. Kerana segalanya adalah sekadar ilmu pengetahuan. Wasalam.
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

4 Responses to Bangsa Mim Era keluarga al Imran

  1. khairul berkata:

    Assalamualaika ya Aba Abdillah..

  2. khairul berkata:

    Syair buat Imam Al-Hussain (sang pemilik gambar diatas) Oleh Sayed Jawad Zakir
    *Pembataian keluarga Rasulullah di Karbala 10 Muharram 61 Hijrah

    Bismillahirrahmanirrahim

    Jikalau engkau tidak pernah melihat orang gila..Kami inilah yang dikatakan gila
    Kalau engkau sudah dengar tentang orang gila..Kamilah yang dikatakan gila
    Kamipun dulu orang yang berakal..Cinta padamu menjadikan kami gila
    Dari negeri akal dan orang yang berakal..Sekali lagi dikeluarkan kami

    Dengan tuduhan jenayah cinta orang yang asyik..Mereka mengatakan kami gila
    Biarlah mereka mencerca kami..Hanya yang tinggal baik dan buruk

    Jiwaku semenjak dari azali lagi..Tertawan..suatu pandangan
    Bukankah Hussain yang dikasihi..Cintakan..Dosa cinta

    Gila..akan Hussainku..Ingatan..Akan Hussainku..Kenang..Akan Hussainku

    Runtuh dan mabuk disudut..Bicara..Akan Hussainku
    Bicara..Akan Hussainku

    Setiap jiwa pasti gembira akan pertolongan..Dan penolong jiwaku adalah Hussain
    Orang yang dicintai itu menggoncang jiwa..Suaranya aduhai Hussain

    Setiap jiwa pasti gembira degan bantuan..Dan pembantu jiwaku adalah Hussain
    Orang yang dicintai itu menggoncang jiwa..Suaranya aduhai Hussain

    Akal pun melayang dari kepalaku..Dan kegilaan telah menyelubungi
    Jikalau engkau punyai ungkapan..Bicaralah dengan nama Tuhan
    Akalku diambil Tuhan..
    Akupun dulu orang yang berakal..Cinta padamu menjadikan aku gila
    Dari negeri akal orang yang berakal..Sekali lagi disingkirkan aku
    Setiap yang berakal akan menderita..Duniapun sentiasa bersama

    Engkau tak cinta engkau tak tahu..Kegilaan ada dalam alam semesta
    Syurgaku ..Hussain..Zatku adalah Hussain
    Tulisan diawal kitab tulisan ku ialah Hussain
    Jiwaku sejak azali lagi..Tawanan satu pandangan
    Bukankah Hussain yang dikasihi..Dicintakan..dosa cinta
    Gila..Akan Hussainku..Ingat..Akan Hussainku

    Runtuh dan mabuk disuatu sudut..Aku sebut akan Hussainku..Hussain..HUssain..

  3. Nur Muhammad Al-Amin bin Mohd Asri berkata:

    teks ini buatkan saya terus ingin membaca cerita selanjutnya

  4. Wan Muhammad Zulhafiz berkata:

    assalaimualaikum..
    saya ingin bertanya…
    siapakah bangsa yang dikatakan sebagai pemegang panji panji hitam dari timur(yakni dikatakan sebagai tentera imam mahdi).. adakah orang melayu?

Tinggalkan komen