Animisma diantara kepercayaan orang Melayu

Animisma merupakan satu kepercayaan yang terdapat dikalangan masyarakat yang masih dalam kehidupan sederhana. Sebutan animisme ini diciptakan oleh E.B Taylor dari perkataan latin “anima ” dan animisma berarti kepercayaan kepada mahluk-mahluk halus (spiritual beings). Kepercayaan yang kepada mahluk halus dan roh merupakan asas kepercayaan agama yang mula tumbuh dalam alam pemikiran manusia primitif. Menurut E.B. Taylor, manusia yang awal hidup di dunia menempuh pengalaman seperti mimpi , khayalan dan peristiwa kematian. Perisitiwa-peristiwa yang ditempuh itu menjadi tanda tanya kepada mereka, sehingga mereka berfikir dan menyakini wujudnya roh (spirit) dalam diri manusia, dan disebut sebagai animisma.

Sebelum agama Hindu berkembang di alam melayu, orang melayu di pengaruhi oleh fahaman animisma, fahaman ini berbentuk kepercayaan kepada semangat, pemujaan roh nenek moyang dan mahluk alam gaib. Kepercayaan animisma ini adalah kepercayaan yang amat komplek. Kepercayaan ini mengatur tingkahlaku manusia terhadap alam sekeliling, karena mereka percaya bahwa setiap fenomena alam mengandung kekuatan gaib atau penunggu. Pengaruh kepercayaan animisma ini terdapat dalam warisan perubatan tradisional yang berteraskan kepercayaan animisma memuji dan memuja roh dengan jampi serapah dan mentera untuk mengubati penyakit manusia.

About Sifuli

Bicara tentang makan minum, tidur baring, dan beranak pinak yang membina adat resam untuk kehidupan rohani, jasmani, jiwa dan raga. Diantara weblog Sifuli yang popular adalah seperti berikut: Dukun Asmara bicara tentang beranak pinak. Hipnotis Sifuli bicara tentang tidur baring. Jalan Akhirat bicara tentang adat resam (agama) Doa Ayat dan Zikir untuk rohani jasmani jiwa dan raga. Jika tak suka sekali pun janganlah tinggalkan komentar yang keterlaluan. Kerana segalanya adalah sekadar ilmu pengetahuan. Wasalam.
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

2 Responses to Animisma diantara kepercayaan orang Melayu

  1. Zachk berkata:

    Alhamdulillah. Lama tk update blog ni pakcikli. Sehat ke? Klu tk silap sy, pakcikli ada attached buku dlm format pdf. Sy pun tk igt dr mana sy dpt(tp hati kuat ckp dr pakcikli), mmg byk membuka lembaran baru buat sy. Pakcikli di area mana ya? Klu diizinknNya nk jumpa utk sembang lebih lg.

  2. pakcikli00 berkata:

    Waalaikumusalam
    Zachk,
    Alhamdulillah, Pakcikli sehat, begitu jua tuan hendaknya. Pakcikli tak update weblog ini kerana beri tumpuan kepada weblog yang lain, kini lebih kepada sifuli terapi kerana siapkan kertas kerja dan tulisan mengenai terapi. Pacikli buat masa ini berada di Ipoh perak. Sila lengkapkan borang website Persatuan Seni Urut Terapi Sifuli, supaya mudah Pakcikli hubungi dari masa kesemasa.

    Terima kaseh.

Tinggalkan komen