Bunga Kemboja Melayu



Bunga Kemboja (Plumeria acuminata, famili Apocynaceae),adalah salah satu bunga purba yang dihormati bangsa Mala.Bunga ini adalah bunga yang kerapkali kita jumpa di perkuburan-perkuburan Melayu.Ini menunjukkan terdapat warisan ritual bunga-bungaan pada masa silam yang masih berbaki dalam masyarakat moden Melayu hari ini.Bunga Kemboja berwarna putih dengan pusat bunga berwarna kuning keemasan.Pokok ini sememangnya banyak ditanam di halaman candi (di Tanah Jawa) dan kawasan kubur.

Kehadiran bunga Kemboja di perkuburan Melayu amatlah mengundang perasaan aneh dan misteri.Adakah bunga ini melambangkan kematian atau kehidupan selepas mati?Di Bali,Tarian Legong Keraton tidak akan lengkap tanpa bunga ini.Bunga ini selalu dipakai di telinga penari semasa upacara tarian itu berlangsung.Di Jawa pula,

Bunga Kemboja dilarang ditanam di halaman rumah kerana bunga ini boleh menimbulkan kesan seram seperti suasana kubur dan juga boleh mengundang roh jahat yang akan mengganggu ketenteraman penghuni rumah. Ada juga sebahagian masyarakat yang percaya bahawa mereka yang berjaya menemukan bunga Kemboja yang berkelopak genap (6 helai) akan mendapat rezeki.

Di Hawaii (nenek moyang mereka adalah dari Proto Mala), kalungan bunga Kemboja dipakai untuk menyambut tetamu.Nama kerajaan purba Melayu yang membina Angkor Wat diambil dari nama bunga ini.Sememangnya Angkor Wat asalnya adalah istana kota bangsa Mala sebelum diduduki oleh etnik Khmer dan mula menambah di sana-sini mengikut kepercayaan Buddha mereka.

About Sifuli

Bicara tentang makan minum, tidur baring, dan beranak pinak yang membina adat resam untuk kehidupan rohani, jasmani, jiwa dan raga. Diantara weblog Sifuli yang popular adalah seperti berikut: Dukun Asmara bicara tentang beranak pinak. Hipnotis Sifuli bicara tentang tidur baring. Jalan Akhirat bicara tentang adat resam (agama) Doa Ayat dan Zikir untuk rohani jasmani jiwa dan raga. Jika tak suka sekali pun janganlah tinggalkan komentar yang keterlaluan. Kerana segalanya adalah sekadar ilmu pengetahuan. Wasalam.
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

5 Responses to Bunga Kemboja Melayu

  1. Pingback: BUNGA MELAYU : BUNGA KEMBOJA (Plumeria acuminata) « Wannura

  2. sugengpakes berkata:

    :):):):):):):):):):):):):):):):)

  3. freelander berkata:

    Kalau dapat Bunga Kemboja berkelopak 6,apakah yang kita harus laksanakan dengan bunga ini untuk mendapat manfaat rezeki dari nya? Terima Kasih.

Tinggalkan komen