Alter Terahsia Bangsa Melayu



ALTER TERAHSIA BANGSA MELAYU

“…sent them away from his son Isaac to the land of the east.”

(Genesis 25:6 New International Version)

Di atas adalah petikan dari Kitab Kejadian dari Kitab Injil yang merupakan penyimpan rahsia terbesar berkenaan satu bangsa yang bergerak ke Timur dunia bagi mengembangkan keturunan manusia seperti yang diperintahkan Tuhan.

Bangsa terahsia inilah yang menurunkan pelbagai bangsa Asia dari tempat asal mereka iaitu Asia Barat dan Asia Tengah di mana dari situlah bermulanya peradaban manusia.

Bangsa ini,yang merupakan pemegang rahsia akhir zaman adalah satu bangsa besar yang pernah membina kota-kota purba dan menyertai peperangan-peperangan agung sejak surutnya Banjir Besar bersama-sama bangsa agung yang telah pupus seperti Sumerian dan Akkadian.

Sesungguhnya kisah pengembaraan bangsa ini merupakan satu epik yang teramat panjang, lebih panjang dari epik Homer, The Iliad and the Odyssey.

Untuk mengkaji sifat dan karakter bangsa misteri ini, perlulah dicari dan dirintis sejarah panjang pengembaraan mereka dan apakah yang ditemui mereka di sepanjang epik perjalanan mereka itu. Faktor yang mewujudkan kepelbagaian dari segi wajah, bahasa dan personaliti bangsa ini. Faktor yang menjadi sumber ALTER TERAHSIA bangsa misteri ini.

Apakah yang dimaksudkan dengan alter? Alter dalam bahasa mudah adalah personaliti tambahan atau pun personaliti lain yang selalunya akan muncul apabila di’suis’ dalam keadaan tertentu. Istilah alter sebenarnya berasal dari istilah mindcontrol di mana alter ini muncul setelah seseorang individu mengalami teknik mindcontrol tertentu contohnya teknik berasaskan-trauma.

Contoh yang paling mudah ialah apabila seseorang dikejar oleh anjing yang garang. Secara tiba-tiba orang tadi akan berlari sepantas-pantasnya sehingga dia sendiri merasa hairan dengan kemampuan dirinya yang luarbiasa itu. Padahal setiap kali pertandingan larian 100 meter,dialah yang tercorot (misalnya).

Juga jika seseorang yang dianggap lemah dalam sesuatu perkara, secara tiba-tiba menjadi begitu bersemangat dan gagah bila menyentuh perkara yang lain.

Satu contoh yang baik tentang alter ialah dalam buku Norman Cousins berjudul Anatomy of an Illness, yang menceritakan kisah yang penuh dengan maklumat tentang Pablo Casals, salah seorang pemuzik yang terhandal dalam abad ke 20. Cousins menceritakan pertemuannya dengan Casals tidak lama sebelum hari jadinya yang ke 90 pemain celo yang handal itu. Cousins mengatakan bahawa adalah sangat menyiksakan untuk melihat orang tua itu semasa dia memulakan harinya.

“Dia sangat lemah dan artritisnya tambah melemahkannya sehinggakan dia memerlukan pertolongan untuk memakai pakaian.Emfisemanya sangat jelas semasa dia bertungkus lumus untuk bernafas. Dia berjalan dengan mengheretkan kakinya,badannya bongkok dan kepalanya menjunam ke depan. Tangan-tangannya membengkak dan jari-jarinya menggenggam. Dia kelihatan seperti seorang yang amat tua,dan tersangat letih”.

“Sebelum waktu makan, dia berjalan ke arah piano, iaitu salah satu alat muzik yang Casals cekap bermain. Dengan bersusah payah dia membetul-betulkan dirinya di atas kerusi piano. Dia nampaknya bersusah-payah berusaha untuk membawa jari-jarinya yang bengkak lagi tergenggam itu ke papan tanda.”

Kemudian sesuatu yang menakjubkan berlaku. Casals dengan tiba-tiba betul-betul dapat mengubah dirinya di depan mata Cousins. Dia telah masuk ke dalam keadaan yang pintar akal, dan semasa dia melakukannya, fisiologinya berubah ke tahap di mana dia mula bergerak dan bermain, menunjukkan di kedua-dua badan dan piano hasil yang sepatutnya hanya berlaku pada seorang pemain piano yang sihat, kuat dan fleksibel. Seperti yang dinyatakan oleh Cousins,

“Jari-jarinya terbuka dengan perlahan-lahan dan mencapai ke arah mata piano seperti tunas-tunas pokok bergerak ke arah cahaya matahari. Belakangnya ditegakkan.Dia nampaknya bernafas dengan lebih mudah”.

“Tubuh badannya tidak lagi kaku dan susut tetapi lemah lembut dan benar-benar bebas daripada lingkaran hidup atritisnya. Apabila dia meninggalkan piano, dia kelihatan benar-benar berubah daripada orang yang mula-mula duduk bermain. Dia berdiri dengan lebih tegak dan lebih tinggi; dia berjalan tanpa ada tanda-tanda mengheretkan kakinya. Dia serta-merta berjalan ke meja sarapan pagi,makan bersungguh-sungguh, dan kemudian keluar berjalan-jalan di sepanjang pantai”.

Alter selalunya tersembunyi dibelakang personaliti utama yang membayangi alter-alter tadi. Tetapi apabila subjek berada dalam keadaan tertentu di mana personaliti utama tidak mampu menanganinya, alter ini akan tiba-tiba muncul dan beraksi. Maka subjek tadi akan berubah menjadi alter lain, berbeza dari alter utama(personaliti utama). Tidak mustahil pula alter ini menggantikan pula alter sebelumnya sebagai personaliti utama subjek tersebut.

Alter inilah yang tersembunyi di dalam setiap orang Melayu yang kenal dirinya, asal-usulnya dan siapa dirinya yang sebenar. ‘Melayu’ adalah bangsa misteri yang dimaksudkan, telah banyak berubah dari karakter asal mereka ketika berada di wilayah Kanaan dan Sumeria (Mesopotamia) akibat perjalanan masa yang amat panjang selama beribu-ribu tahun dahulu, serta perubahan akibat cuaca dan pengembaraan yang merentasi beratus kilometer menuju ke arah timur untuk menuju ke arah ‘The Promised Land’ seperti yang diwahyukan Tuhan kepada Nabi Ibrahim a.s.

Menurut kajian geneologi setakat ini,Nabi Ibrahim (Abram,Abraham) mempunyai tiga orang isteri, iaitu Sarah, Hajar dan yang terakhir Keturah. Sarah telah melahirkan Ishak (Isaac) manakala Hajar (Hagar) pula melahirkan Ismail (Ishmael). Keturah pula melahirkan enam orang anak iaitu Zimran, Jokshan, Medan, Midian, Ishbak dan Shuah. Nabi Ishak menurunkan bangsa Yahudi manakala Nabi Ismail menurunkan bangsa Arab. Kebanyakan teks-teks Judeo-Kristian mahupun Islam banyak menceritakan riwayat kedua-dua orang isteri Nabi Ibrahim ini tetapi lain pula dengan Keturah, isteri bongsu Nabi Ibrahim. Sarah,iaitu mempunyai pertalian keluarga dengan Nabi Ibrahim diketahui jelas berasal dari Tanah Kanaan iaitu tempat Nabi Ibrahim tinggal, manakala Hajar pula berasal dari keluarga diraja Firaun Mesir. Namun majoriti teks-teks Yahudi dan Kristian mendefinisikan Keturah sebagai ‘unknown nationality’.Persoalannya.

Advertisements

About Sifuli

Bicara tentang makan minum, tidur baring, dan beranak pinak yang membina adat resam untuk kehidupan rohani, jasmani, jiwa dan raga. Diantara weblog Sifuli yang popular adalah seperti berikut: Dukun Asmara bicara tentang beranak pinak. Hipnotis Sifuli bicara tentang tidur baring. Jalan Akhirat bicara tentang adat resam (agama) Doa Ayat dan Zikir untuk rohani jasmani jiwa dan raga. Jika tak suka sekali pun janganlah tinggalkan komentar yang keterlaluan. Kerana segalanya adalah sekadar ilmu pengetahuan. Wasalam.
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

3 Responses to Alter Terahsia Bangsa Melayu

  1. Perlunya kenal asal usul diri dan keturunan, dan perlulah bersikap terbuka dalam menyatakan kebenaran namun perlu bangga siapa diri kita.Saya bangga dilahirkan sebagai orang Melayu Islam.

  2. rafiuddin berkata:

    Assalamualaikum wbth…
    saya nak tau, adakah maklumat ini benar?boleh saya tau sumber yang perlu saya rujuk untuk mengetahui secara jelas fakta ini, saya amat berminat dengan maklumat ini.

  3. klobirne berkata:

    Asking questions are actually fastidious thing if you are not understanding anything entirely, except this post provides good understanding even.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s