Melayu pada huruf mim yang terahsia



Di mana mahu kita mulakan? Pintu rahsia semakin banyak.Menunggu untuk dibuka.Huruf ‘Mim’ pada selendang wangi si gadis misteri begitu membantu.

HURUF MIM YANG TERAHSIA

Kita mulakan dengan Kambuja.Seperti yang dijelaskan dalam siri ketiga,sukukaum Aryan ini adalah kaum pahlawan yang memiliki kepakaran dalam kesusasteraan Vedic India/Parsi.Para sarjana geneologi dan antropologi telah mengkaji kaum Aryan ini sejarahnya dapat ditelusuri sehingga kerajaan purba Scythia iaitu satu kawasan yang melewati perbatasan Parsi-India,lebih utara dari Bactria.

Ramai sarjana mempercayai agama purba Zoroester berasal dari timur Iran di mana kaum Kambuja berasal.

Beberapa sarjana telah menjejak misteri kaum Aryan ini sehingga ke inkripsi purba Iran yang ada menyebut nama Kambujiya,satu keturunan diraja.Kambujiya adalah nama dalam Parsi Kuno.Nama Kambujiya di dalam bahasa Yunani ialah CAMBYSES.Kambujiya atau Kambaujiya adalah nama kepada beberapa raja-raja Parsi dalam dinasti Achaemenid.

Emperor Cambyses adalah warisan dari Madayu (Mada,Medes,Madyan,Midian,Medea) telah memerintah lebih lama sebelum Cyrus The Great menaiki takhta.

Lihat puzzle setakat ini:

Keturah,

Nabi Ibrahim,

Jawi,

Cambyses

Kambuja

Scythia

Manessah

Mala

Malai

Mada

Mada-yu

Mala

Mala-yu

Siapakah The Lost Tribe of Mala?Apa kaitan The Lost Tribe of Israel (Manessah dari jurai keturunan Joseph/Nabi Yusof) dengan bangsa Mala?APAKAH YANG BERLAKU ANTARA BANGSA MELAYU DAN YAHUDI 2000 TAHUN SEBELUM MASEHI?Jika Red Indian dan Tanah Amerika (sudah tentu konspirasi Yahudi yang ingin mengatakan bumi Amerika adalah bumi kaum Yahudi bukan gentile-kaum kulit putih) bukan ‘The Promised Land’ jadi dimanakah ‘The Promised Land’ sebenar?

Ralph Olssen mungkin tahu jawapannya.

Sesungguhnya Yahudi Zionis banyak bermain dengan ‘The Promised Land’.Mengapa?Selain Palestin,nampaknya banyak lagi ‘The Promised Land’ yang ingin dituntut mereka.SEBENARNYA BUKAN UNTUK DITUNTUT.

TETAPI UNTUK DICARI.

Mengapa?Kerana ‘The Lost Tribe’ telah bergerak ke ‘Promised Land’.Semua puak Yahudi yang 12 (puak Yahudi asli yang pernah mengikut Nabi Musa a.s dan terlibat pada peristiwa di Padang Pasir Sinai) telah dikenalpasti oleh Yahudi Zionis (Yahudi ke-13 iaitu Yahudi campuran dari kaum satanik-The Khazar dan Ashkenazi) namun masih terdapat satu puak Yahudi yang diketahui mereka mengamalkan ajaran Nabi Ibrahim dan Nabi Yusof,ajaran wahyu dari kitab Taurat.Pada istilah hari ini,mereka adalah orang-orang Yahudi Islam yang hilang dari rekod Illuminati dan Zionis.Di mana mereka?Jika semua jigsaw puzzle dicantumkan,maka ia akan jadi begini:

MELAYU ADALAH HYBRID PUAK MANESSAH DARI KETURUNAN YAAKUB DAN ISHAK DARI SITI SARAH DAN KETURUNAN KETURAH.

Kombinasi hebat dan terbaik.Darah Siti Sarah dan Siti Keturah bertemu di sini.Mungkin bukan kesemuanya tetapi ‘The Lost Tribe’ telah hilang di Bumi Mala.Perkahwinan?Mungkin.

Dua petunjuk kepada dua Kunci Rahsia Imam Iblis Majlis Tertinggi Illuminati telah terbongkar sedikit demi sedikit.Jangan risau.Mereka telah lama tahu.

SEBAB ITU PANGKALAN ISRAEL HANYA SATU SAHAJA.IAITU DI SINGAPURA.Cuma Amerika sahaja yang membina banyak pangkalan di merata dunia.

APA YANG INGIN DIKAWAL MEREKA?MUNGKIN ANDA TAHU JAWAPANNYA.

Kunci rahsia yang retak di Altar Pemujaan Lucifer Illuminati telah dicantumkan.

DENGAR BAIK-BAIK RAHSIA INI.

Salasilah keturunan Imam Mahadi yang diketahui setakat ini adalah gabungan dua garis keturunan.Disebelah ayah adalah dari jurai Rasullullah s.a.w hinggalah ke Nabi Ismail dan Siti Hajar.Di sebelah ibu adalah dari jurai yang sama dengan Nabi Isa a.s,Nabi Sulaiman a.s,Nabi Daud a.s hinggalah bersaudara dengan Nabi Yusof a.s sampai ke Nabi Yaakub a.s,Nabi Ishak dan Siti Sarah.Kombinasi Keturunan yang terbaik.

Retakan bahagian atas pada kunci rahsia:

Jurai Yahudi dari keturunan Yusof a.s-Manessah (kaum yang mengikut ajaran Ibrahim dan Musa),’The Lost Tribe’ yang lari (Melayu juga bermaksud lari,pindah,hijrah dalam dialek satu sukukaum di Indonesia) bukan di Amerika seperti penipuan Mormon-Yahudi (menyelindungkan niat sebenar mereka) tetapi di Bumi Mala.INI BUKAN UNTUK MENGATAKAN MELAYU ITU YAHUDI TETAPI MELAYU ADALAH BANGSA BESAR YANG ADA SEJARAH DENGAN BANGSA YAHUDI.

Retakan bahagian bawah,pemegang kunci rahsia:

Ahli Bait yang lari dari pemerintahan kejam Umayyah dan Abbasiah,setelah kematian Hassan Al Askari r.a yang diracun, Ahli Bait keturunan Rasullullah s.a.w telah hilang,atau menyembunyikan identiti,kadang-kadang berselindung pada nama Syed dan Syarifah (namun kini semakin ramai orang Melayu memakai gelaran ini sehingga ia menjadi tidak ekskusif lagi kepada keturunan Rasullullah s.a.w).

About Sifuli

Bicara tentang makan minum, tidur baring, dan beranak pinak yang membina adat resam untuk kehidupan rohani, jasmani, jiwa dan raga. Diantara weblog Sifuli yang popular adalah seperti berikut: Dukun Asmara bicara tentang beranak pinak. Hipnotis Sifuli bicara tentang tidur baring. Jalan Akhirat bicara tentang adat resam (agama) Doa Ayat dan Zikir untuk rohani jasmani jiwa dan raga. Jika tak suka sekali pun janganlah tinggalkan komentar yang keterlaluan. Kerana segalanya adalah sekadar ilmu pengetahuan. Wasalam.
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

17 Responses to Melayu pada huruf mim yang terahsia

  1. azri berkata:

    Terima kasih!.. satu perkongsian hebat yg mampu menaikkan jatidiri bangsa Melayu!

  2. arif berkata:

    Terima kasih atas segala petunjuk dan pengetahuan yang dikongsi. agar dapat sama diperjuangkan dalam hidup hingga akhir hayat dikandung badan….
    Salam…

  3. nizam berkata:

    dhsyt btul..cmne bleh tau rhsia2 ni..klu dh buka cmni, x jd rhsia la yek. IMAM MAHDI ADALAH DR BANGSA MELAYU.

  4. zulkipli bin md isa berkata:

    Bagaimana Allah SWT menetapkan ciri-ciri BANGSA PENDOKONG AGAMA?

    Allah SWT menetapkan ciri-ciri BANGSA PENDOKONG AGAMA ini berdasarkan
    1. Nutfah Keturunan dan Asal Usul Bangsa
    2. Tanah/Bumi Pilihan

    1. Nutfah Keturunan dan Asal Usul Bangsa
    Nutfah ertinya BAKA atau KETURUNAN. Baka Melayu adalah BAKA AGAMA. Pada
    salasilahnya keturunan dan Asal Usulnya ialah:
    1. Nabi Nuh as
    2. Yaspid (anak Nabi Nuh yang selamat ketika banjir)
    3. Nabi Ibrahim as
    4. Jawiyah(Keturah)- (Isteri Nabi Ibrahim as yang ke 3)
    5. Jawi – (era Nabi Ibrahim)
    6. Melayu – (era Tamim Habibud Dari)

    2. Tanah/Bumi Pilihan
    Sesungguhnya bumi Melayu adalah salah satu bumi pilihan Allah selain bumi Mekah bumi Melayu ada Terengganu Darul Iman

    Maka berdasarkan ciri-ciri diatas terbentuklah Melayu sebagai Baka Agama dan di sebut sebagai Bangsa Pendokong Agama. Bangsa Melayu adalah bangsa yang terakhir sekali di bentuk sebagai Bangsa Pendokong Agama. Selain itu terdapat 3 lagi Bangsa Pendokong Agama iaitu Arab, Afrika(Habsy) dan Farsi-Khurasan. 4 Bangsa ini akan bergabung menjadi SATU UMMAH untuk meneruskan kesinambungan, menjaga dan memelihara AMANAH AGAMA.
    Maka Allah dari Peranan 4 Bangsa inilah maka Agama Islam akan terpelihara dan kembali Cemerlang, Gemilang dan Terbilang untuk pusingan ke 2
    Oleh kerana Muhammad SAW adalah Nabi dan Rasul terakhir maka umat Muhammad SAW juga adalah umat yang terakhir.Dinyatakan bahawa peranan Bangsa Pendokong Agama di pecahkan seperti berikut serta mengikut salasilahnya:

    Titisan/Keturunan Bangsa Pendokong Agama
    1. Nuh as > Sham(Sem)>Ibrahim as >Ismail as > Arab
    2. Nuh as > Yaspid(Yafid)>Ibrahim as > Jawiyah > Jawi > Melayu
    3. Nuh as > Ham(Hem)> Ibrahim as > Ishak as > Musa as > Yahudi > Afrika/Habsyi
    4. Nuh as > Sham(Sem)> Ibrahim as > Imran > Isa as > Farsi/Khurasan

    Peranan Bangsa Pendokong Agama
    1. Bangsa Arab – Ameer
    2. Bangsa Melayu – Ulama
    3. Bangsa Afrika – Makmum
    4. Bangsa Farsi/Khurasan – Pendekar/Pahlawan

    MAKLUMAT RINGKAS BANGSA MELAYU

    Keseluruhan peranan dan fungsi yang telah dilaksanakan telah mengangkat MELAYU sebagai ULAMA. Semua ini telah di buktikan oleh mereka-mereka yang terdahulu ketika zaman Ketamadunan Kesultanan Melaka hingga terbentuk apa yang disebut NUSANTARA bermaksud Tunas Muda Islam. Kegemilangan Melayu telah tercatit didalam Kitab-kitab Melayu.

    Kitab – kitab ini mengkisahkan perjalanan Bangsa Melayu didalam mengharungi pelbagai rintangan dan halangan untuk bangkit sebagai bangsa yang kuat dan mempunyai ketamadunan sendiri maka Allah telah mentakdirkan Bangsa Melayu juga mempunyai karya yang tersendiri yang menghasilkan kitabnya yang agung dan tersendiri iaitu:

    1. Hikayat Tamim Habibud Dari (Terengganu Darul Iman) – Usul Iman
    2. Hikayat Merong Mahawangsa (Kedah Darul Aman)- Usul Bangsa Memartabatkan
    Agama
    3. Misa Melayu (Perak Darul Ridzuan) – Peranan Bangsa/ Maruah Bangsa
    4. Salalatus Salatin (Melaka Darus Salam) – Kesinambungan Bangsa

    Tujuan penulisan Kitab Melayu oleh orang terdahulu adalah untuk menjadikan tatapan bahawa kita adalah Bangsa yang bertamadun dan ada identiti bangsa.

    >> Tetapi sayangnya tidak ramai ulama dan cendikiawan yang mengkaji untuk diterjemahkan Kitab-kitab ini didalam rangka sudut untuk membangunkan bangsa untuk kali ke 2. Kesan daripada itu menjadikan Bangsa Melayu hari ini hilang arah dan identiti diri dan bangsa sendiri.
    Dari kesilapan tersebut menjadikan Bangsa Melayu bangun, berdiri dan berjalan, tidak lagi mengikut acuan Melayu Sejati. Samaada aspek pemikiran, budaya
    dan corak hidup tidak lagi sehala dengan Identiti Melayu.

    >> Sebab itulah pada hari ini Bangsa Melayu menuju kepada kemusnahan kerana Melayu hilang arah kehidupannya kerana tidak mengenali dengan sebenar identiti Bangsa sendiri. Sebab itulah ramai yang menciplak identiti pemikiran, budaya dan corak hidup bangsa lain yang belum tentu ketamadunannya seperti yahudi, nasrani dan majusi yang mana mereka inilah dipimpin oleh pemimpin besar mereka iaitu DAJJAL. Dan pimpinan Dajjal inilah yang melahirkan bangsa YAKJUJ dan MAKJUJ.

    Dalam menyusun peranan sebagai Bangsa Pendokong Agama maka melalui amalan
    yang berlandaskan Al Quran dan Sunnah Nabi Muhammad maka lahirlah sifat – sifat yang menjadi Jati Diri Bangsa Melayu iaitulah yang dikatakan Budaya Melayu seperti :
    1. Sopan
    2. Santun
    3. Lemah
    4. Lembut

    Maka melalui amalan yang menjadi Budaya Bangsa Melayu inilah yang dapat menzahir ,menjaya dan menyatakan Perjuangan Melayu yang mencerminkan pemikiran dan pegangan hidup orang Melayu BerTERASkan Al Quran dan Sunnah Nabi saw.
    Di dalam rangka Perjuangan Melayu yang telah menjadi Tulang Belakang sehingga
    mengangkat Martabat Agama dan Maruah Bangsa Melayu sebagai Bangsa Pendokong Agama adalah berpaksikan kepada 4 fungsi utama iaitu :

    PERJUANGAN MELAYU
    1. Mendaulatkan Raja – untuk memudahkan usaha atas Iman
    2. Memartabatkan Agama – untuk memudahkan usaha meninggikan Syiar Islam.
    3. Memaruahkan Bangsa – untuk memudahkan bagi mengerakkan Peranan Bangsa.
    4. Kesinambungan Umat – Perjuangan demi usaha kesinambungan Agama untuk
    di wariskan atas umat.

    Maka diatas susunan fungsi – fungsi tersebutlah maka lahirlah Peranan yang telah di
    laksanakan oleh setiap umat Bangsa Melayu untuk mengangkat Martabat Agama dan Maruah Bangsa Melayu iaitu :
    1. Ameer 2. Ulama’ 3. Makmum 4. Pendekar

    Di dalam Penyebaran Agama Islam keseluruh Nusantara. Dari peranan inilah
    Bangsa Melayu mempunyai tokoh-tokoh besar dalam Dunia Islam mengikut
    kategori berikut:

    (1) Ameer
    (a) Berasal dari perkataan Amri(Raja). Raja Yang Amri pertama dari Bangsa Melayu ialah Merah Silu (Sultan Malikus Soleh). Orang dari Terengganulah yang telah berusaha mencari baginda untuk dinobatkan sebagai Raja bagi Orang Melayu (Rujuk Sejarah Melayu)
    (b) Selepas itu Institusi Raja berlanjutan sehingga ratusan tahun. Alam Melayu ada Amri Yang Quddus lagi Muktabar seperti:
    1. Sultan Megat Muhammad Syah(Parameswara)
    2. Sultan Muzaffar Syah Kedah(Pra Ong Mahapudisat) – Sultan 1
    3. Sultan Alauddin Riayat Syah
    4. Sultan Mahmud Syah

    (2) Ulama ‘
    Selain Bangsa Arab, Bangsa Melayu juga banyak melahirkan Ulama-ulama Islam yang Muktabar dizaman kegemilangan Melayu seperti:
    1. Sheikh Sherif Muhammad Al Baghdadi – (Tok Ayah)
    2. Sheikh Abdullah Qahar bin Syed Qadha – (Tok Ku Pauh)
    3. Maulana Malik Ibrahim – (Sunan Bonang)
    4. Raden Fatehila – (Sunan Gunung Jati)
    5. Muhammad Saig – (Sunan Kali Jaga)
    6. Raden Rahmat – (Sunan Ampel)
    7. Sheikh Abdul Malik bin Abdullah Qahar – (Tok Ku Pulau Manis)
    8. Syed Abdul Rahman bin Syed Muhammad – (Tok Ku Paloh)
    9. Hamzah Fansuri
    10. Sheikh Abdul Samad Al Palembangi
    11. Sheikh Shamsudin Sumatani
    12. Sheikh Abdullah Al Fatanni
    13. Sheikh Daud Al Fatanni
    14. Tok Kenali
    15. Tok Ku Tuan Besar
    Juga di nyatakan bahawa sebagai Bangsa Melayu Pendokong Agama yakni Pemegang Amanah Agama, Alam Melayu juga mempunyai Ulama Besar(Wali Besar) di peringkat Alam Kabir di peringkat Roh Mujahid dan mengikut halaqah masing-masing iaitu :
    1. Syarif Muhammad – (Tok Ayah)
    2. Sheikh Abdullah – (Tok Ku Pauh)
    3. Sheikh Abd Malek – (Tok Ku Pulau Manis)
    4. Syed Abd Rahman – (Tok Ku Paloh)

    Halqah yang menghias Alam Kabir adalah seperti di bawah:

    1. Halqah Arasy > Jibrail >Noh >Abu Bakar > Tamim > Syarif Muhammad(Tok Ayah)
    2. Halqah Qalam > Mikail > Ibrahim > Omar > Imam Ghazali > Syeikh Abdullah(Tok Ku Pauh)
    3. Halqah Luh Mahfuz > Israfil > Musa > Othman > S A Qadir Jailani > Syeikh Abd Malik(Tok Ku Pulau Manis)
    4. Halqah Kursy > Izrail > Ali > Imam Mahdi > Syed Abd Rahman(Tok Ku Paloh)

    (3) Makmum
    o Bererti Rakyat Jelata yang terdiri dari pelbagai lapisan masyarakat. Hidup Berlandaskan kepada Prinsip dan Piagam Madinah. Alam Melayu menggunakan Al Quran dan As Sunnah sebagai Sumber Rukun Hidup beragama.
    o Hasil dari Rukun Hidup beragama itu telah menyatukan seluruh rakyat jelata. Dengan Teras Al Quran dan As Sunnah telah melahirkan struktur pentadbiran yang lengkap dan disebut TAKHTA yang di dalamnya terkandung PIAGAM dan PERLEMBAGAAN tentang:
    1. Usuluddin (Pemegang Kuasa Dalam Agama)
    2. Perhubungan dan Perancangan Hidup
    3. Pendidikan dan Kebajikan
    4. Khidmat dan Kerjaraya
    5. Penepatan dan Perumahan
    6. Khazanah Negara
    7. Pertahanan
    8. Perpaduan
    9. Pembangunan Negara
    10. Sumber Tenaga
    Maka setiap Makmum adalah Nadi Penggerak kepada fungsi setiap Syu’bah yang
    dinyatakan diatas. Didalam sejarah perkembangan Bangsa Melayu kita dapati ramai nama besar yang menonjol didalam melaksanakan tugas-tgas tersebut.

    (4) Pendekar
    Alam Melayu juga tidak terlepas dari pandangan jahat musuh. Jika dizaman Rasulullah SAW Islam dimusuhi oleh 2 kuasa besar seperti Rom dan Farsi maka zaman Melayu pula ialah Sri Vijaya(Jawa) dan Majapahit. Dizaman Rasulullah saw Islam dikuatkan dengan Pendekar yang hebat seperti :
    1. Sayidina Hamzah bin Abdul Mutalib
    2. Sayidina Umar bin Al Khattab
    3. Sayidina Ali bin Abu Talib
    4. Khalid bin Al Walid

    Maka Alam Melayu ada Pendekar Terbilang seperti:
    1. Laksamana Hang Tuah
    2. Laksamana Koja Hassan
    3. Hang Nadim
    4. Raja Haji
    5. Dol Said
    6. Tok Bahaman
    7. Tok Janggut

    Keseluruhan peranan yang dimainkan oleh Melayu menjadikan Melayu sebagai ULAMA pada amnya.

     Oleh itu untuk kembali mencapai semula apa yang telah ditempa oleh orang yang terdahulu maka setiap diri mestilah membetulkan semula Niat – Maksud – Fikir dan Matlamat.
     Menyempurnakan AMANAH yang di pertanggungjawab.
     Kembali dengan mengikut susunan, aturan dan undang-undang Allah SWT.

    Maka inilah yang dikatakan BERAGAMA maka inilah yang dikatakan TERTIB Hidup.

    Atas TERTIB itulah maka Syarah Raqim dibentangkan mengikut turutannya dan dibentangkan, menyentuh perkara–perkara mengenai USUL berteraskan Al Quran, Sunnah dan Sirah. Maka pembahagiannya adalah :

    1. Usul Kejadian
    2. Usul Dakwah
    3. Usul Ilmu
    4. Usul Solat
    5. Usul Bertemu Rasul
    6. Usul Menjemput Rasul (Ehsan Rasulullah)
    7. Usul Dampingan (Ashabul Nuzul)
    8. Usul Pimpinan (Usul Aqidah)

    Pada HAKIKAT sebenarnya permulaan untuk hidup beragama ialah dari :
    1. Pimpinan Agama
    >> Cari, Dekati dan Kenali. Maka letakkan diri di bawah pimpinannya.

    2. Panduan Agama
    >> Cari dan ikuti panduannya.

    3. Contoh Agama
    >> Tiru dan amal contohnya.

    4. Sumber Agama
    >> Berguru dan berdamping dengannya.

    Ke 4-4 perkara tersebut hanya ada pada HAMBA AL KITAB. Dan inilah tuntutan
    sebenar yang ada di dalam Surah Kahfi dan yang di maksudkan AR RAQIM

  5. zulkipli bin md isa berkata:

    harap maklum >>>>
    Pada Halaqah Kursy tertinggal turutan dan turutan adalah seperti di bawah:

    4. Halqah Kursy > Izrail > Isa > Ali > Imam Mahdi > Syed Abd Rahman(Tok Ku Paloh)

  6. zulkipli bin md isa berkata:

    Bagi anda yang mencari dan yakin dgn Perjuangan Panji Hitam dari Timur yang mana inilah Hakikat Wawasan Akhir Zaman yakni inilah Wawasan MELAYU maka atas pertunjuk maka Allah telah meletakkan 3 Orang PentingNya Iaitu Isa as(Imam), Mahdi as dan Fata At Tamim.

  7. Al-Hafiidz berkata:

    jadi..IMAM MAHADI AKAN LAHIR DARI BANGSA MELAYU KE?????

  8. ahmed bin biden berkata:

    Apa maksud tuan,

    ‘hari dijanjikan hampir tiba’ hari apa kah itu dan bagaimana?

  9. sham azzman berkata:

    SALAM SA UDARAku.Maaf lah tuan.RASULULAH sendiri tidak suka membeza bezakan antara muslim.jgn mudah mengatakan SYED SHARIFAH itu adlh AHLUL BAIT kerana NABI sendiri tiada pangkat TENGKU @ RAJA @ SYED @ APA SAJA pangkat diawal nama BAGINDA.
    Sesungguhnya PEMUDA BANU TAMIM ini adlh org kebanyakan yg tiada pangkat diawal namanya tapi beliau adlh RAJA akhir NUSANTARA yg bakal memerintah setelah negeri2 TIMUR dilanda huru hara.Beliau adalah RAJA PERANG yang bakal memegang PANJI HITAM INSHAALLAH TAALA…..

  10. ct berkata:

    tak sangka bangsa melayu adalah satu bangsa yang sgt hebat dan unik!!

  11. izman berkata:

    ssnghye bnsa melayu mmpnyai rentetan sejarah yg sgt pnjng..seandainye benr IMAM MAHADI adalah lahir di klangn org melayu ssghye brsyukurlah wahai umat melayu krna ALLAH SW telah mngangkat darjat & martabat bngsa ini ke maqam yg tinngi.setelah mlalui berbagai2 rntangan..Alhamdullilah..ALLAHUAKHBAR..

  12. DD berkata:

    Senang aje kalau korg nak tau engkorang ada darah DNA KAmbujiya-Sakya ni,especially darah keturunan semit (Arab,Israel atau Aryan-Kambujiya),cuba tengok tapak tangan masing-masing kalau betul keturunan seperti yg di sebut di atas tapak tangan mesti putih kemerah-merahan makna memang ada DNA semit sebab kalau ikut kan sirah/riwayat nabi Adam A.S rona kulitnya berwarna kemerah-merahan, sebagai iktibar kepada seluruh Bani Adam,warna asal kulit adam a.s seperti warna kuku kita yakni kemerah-merahan,tak kira orang Negro,China,India mesti warna kuku sama iaitu kemerah-merahan.Cuma warna tapak tangan saja berbeza antara satu sama lain.Kalau tapak tangan kaum China @ras mongoloid putih kekuningan (Kunig Langsat),India putih rona gelap,Scandinavian(Norway,Sweden,Denmark-Golongan bangsa Viking atau Norseman,ini ikut DNA Siti Hawa) memang putih mcm warna ‘susu’ manakala orang Nasrani,Yahudi atau bangsa Europe lain putih merah(ikut DNA Adam A.S yakni merah-merah).Begitulah mengikut pemerhatian melalui kaedah variasi genetik dan sedikit Sirah tentang Nabi Adam A.S.

  13. Agus berkata:

    Retakan bahagian bawah,pemegang kunci rahsia:

    Ahli Bait yang lari dari pemerintahan kejam Umayyah dan Abbasiah,setelah kematian Hassan Al Askari r.a yang diracun, Ahli Bait keturunan Rasullullah s.a.w telah hilang,atau menyembunyikan identiti,kadang-kadang berselindung pada nama Syed dan Syarifah (namun kini semakin ramai orang Melayu memakai gelaran ini sehingga ia menjadi tidak ekskusif lagi kepada keturunan Rasullullah s.a.w).

    Benar sekali masih rahsia…Islam tu dagang..

    • saifulzam berkata:

      jangan salahkan pemerintahan umayyah & abbasiyah..mereka adalah wakil allah/kalifah allah yang melaksanakan pemerntahan hukum allah dibumi ini pada waktu itu,mungkin segelintir dari pemimpin itu agak keras caranya disebabkan besarnya wilayah tahklukanya..ataupun yang lari itu takut atas kesalahanya .

  14. putera yg hilang berkata:

    kosong adalah sesuatu,apabila telah kosong akn bermula sesuatu.tiada bangsa atau pun agama yg ada hanya dia.rahsia ttp rahsia walau terbuka kamu ttp tidak tahu.semakin kamu kejar dia semakin jauh dia lari,bila kamu tunggu tidak juga dia akn dtg.

  15. saifulzam berkata:

    salam..imam mahdi ?imam yg di idamkan oleh umat islam..apa gambaranya ada magic ?boleh terbang?macam superman ha.ha.ha tertipu dengan istilah ..imam itu maksudnya pemimpin@khalifah lebih tepatnya dan mahdi itu kebenaran /yang benar …khalifah yang membawa kebenaran,apa kebenaranya ? yakni Al Quran /kitabullah@kitab Allah.apa lagi yang kita boleh percayai selainya sekiranya yang lain tidak dapat derpercayai lagi…

  16. Riono berkata:

    Ass. Melayukah, kulit putih kah, hitam kah atau merah kah bukan kah kita ini semua keturunan anak cucu cicit Adam? Kenapa kita harus berselisih satu sama yang lain ……..????

Tinggalkan komen