Melayu bangsa gunung



‘Bangsa Gunung’

Nama ‘Melayu’ adalah nama moden yang digunakan untuk menerangkan bangsa atau bahasa yang mendominasi Tanah Melayu dan kepulauan Melayu di Asia Tenggara.Sebelum itu bangsa ini bukanlah bergelar Melayu lagi.Ini samalah dengan perkataan ‘Hindu’ yang diberikan oleh sarjana Barat merujuk kepada Hind atau satu lembah di Sungai Ganges.Padahal sebelum itu ajaran purba ini bukanlah Hindu tetapi satu ajaran kuno yang berasal dari agama meyembah Tuhan yang Satu.Begitu juga dengan masalah yang kita bincangkan ini,perkataan Melayu,’Malaya’ ,Malay atau Malaysia adalah nama moden yang digunakan pada abad-abad terakhir hingga kini.Namun bangsa ini sebelum digelar Melayu mempunyai pelbagai nama yang menerangkan tempat tinggal bangsa ini semasa pengembaraan atau gelaran atau sifat bangsa ini.Di antara nama-nama ini adalah Malai,Funan,Sailendra,Nam dan Champa.Malai adalah nama yang berasal dari tradisi Vedic-Parsi yang bererti ‘gunung’.Begitu juga dengan yang lainnya SEMUANYA MERUJUK KEPADA ‘GUNUNG’ ATAU ‘BUKIT’.Ini memberikan satu petunjuk tentang kemaraan bangsa Aryan dari arah pergunungan utara India seperti Himalaya-Tibet dari arah Asia Tengah,dari perbatasan Parsi seperti Bactria,Parthia dan Aria.Bangsa ini juga menerbitkan suku pahlawan Kamboja berkasta Ksyatria,merupakan salah satu suku Aryan yang menyerang perbatasan India dan menubuhkan kerajaan-kerajaan purba India.

Bangsa misteri ini digelar bangsa gunung atau kaum yang datang dari pergunungan adalah kaum yang dihormati dan digeruni oleh suku-suku asli atau kerajaan-kerajaan kecil di Benua India.Bangsa ini berubah-rubah namanya akibat asimilasi dan percampuran bangsa ini dengan etnik-etnik asli tempatan.Bangsa ini telah melahirkan keturunan Sakya dan Ksyatria ketika tinggal di Tibet dan di Benua India.Bangsa ini juga menghasilkan sukukaum Champa,Funan dan Khmer juga sebahagian Viet dari asimilasi Mala dengan etnik-etnik yang kecinaan di perbatasan sempadan Yunnan-China dan Indochina.Nampaknya bangsa misteri inilah yang mewarnai sebahagian besar bangsa-bangsa Asia di mana bangsa ini yang berasal dari keturunan Keturah seperti ditugaskan untuk membawa risalah ajaran Ibrahim ke Timur dan memajukan bani Adam yang terdiri dari etnik-etnik asli yang kurang bertamadun yang berasal dari keturunan para pengikut Nabi Nuh yang bertebaran ke sana.

Perjalanan darat bangsa Mala dapat ditelusuri dari salah satu suku Mala-Aryan Purba yang digelar Kambuja.

About Sifuli

Bicara tentang makan minum, tidur baring, dan beranak pinak yang membina adat resam untuk kehidupan rohani, jasmani, jiwa dan raga. Diantara weblog Sifuli yang popular adalah seperti berikut: Dukun Asmara bicara tentang beranak pinak. Hipnotis Sifuli bicara tentang tidur baring. Jalan Akhirat bicara tentang adat resam (agama) Doa Ayat dan Zikir untuk rohani jasmani jiwa dan raga. Jika tak suka sekali pun janganlah tinggalkan komentar yang keterlaluan. Kerana segalanya adalah sekadar ilmu pengetahuan. Wasalam.
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Tinggalkan komen