Melayu dari keturunan ibunda Katurah



Kembali Kepada Ibunda Keturah

“Keturah adalah bonda kami,

wajahnya lembut tiada amarah,

berwatak tenang hilang hanahorragha

Budi pekerti pekerma diraja

Jika bersimpuh,bima diwani

Jika berkata,

sukkachitta

melapas dukka

sutramawarni

Keturah adalah bonda kami

seroja dilangit

kemboja berlayupan di darat

airmata hidangkan dengan senyuman

mentari jadi salju dedayu

Keturah adalah bonda kami

pelukan kasih seorang ibu

bagai syurgaloka

seri dharma”

(Tiada bernama)

Jejak telah hilang di sini.Dimana kunci-kunci rahsia?Tiada kunci rahsia lagi.Tiada peti yang perlu dibuka.Kembali.

Kembali kepada bonda.

Keturah,begitulah namanya.Gadis misteri dari Timur.Semisteri namanya.Keturah adalah nama yang ganjil bagi budaya Yahudi Kuno,bagi puak-puak bani Israel malah dalam sejarah Akkadia-Babylon.Dari manakah datangnya gadis misteri ini?Siapakah Keturah?

Mungkin jika bertanya pada gadis aneh yang berpaling tadi,kita mungkin akan tahu siapa moyangnya,Keturah yang misteri ini.

Tapi si dia ada meninggalkan sesuatu.Jejak.

Selendang wangi berwarna merah.

Dan huruf Ibrani Kuno ‘mem’ juga adalah ‘mim’ dalam tulisan Arab.Alter terahsia bangsa Melayu.

Tapi…siapakah Keturah??

Menurut satu versi dari sebuah manuskrip kuno,Keturah adalah isteri ketiga Nabi Ibrahim a.s.Setelah kewafatan Sarah, Nabi Ishak a.s. telah merayu Nabi Ibrahim a.s. untuk berkahwin dengan ibu angkat beliau dari kerajaan Champa Kuno (bukan Champa Baru di era Angkor). Akhirnya Nabi Ibrahim a.s. bersetuju dan berkahwin dengan Keturah dan telah dikurniakan ALLAH 6 orang anak. Nama anak-anak Keturah adalah Zimran, Jokshan, Medan, Midian, Ishbak dan Shuah .

Anak-anak mereka inilah menjadi pengasas kepada bangsa Melayu.Melayu diambil dari perkataan Mala (nama bangsa asas Keturah iaitu Mala/Mon).Lihat, nama ini sama dengan nama yang tertulis dalam manuskrip yang dikaji oleh Ralph Olssen.

Bukan itu sahaja, keturunan Keturah inilah yang ramai tinggal di Tanah Melayu, Sumatera, Jawa, Borneo, Sulawesi dan Mindanao. Kesemua tempat ini merupakan tempat yang mempunyai tulisan purba yang diadaptasi dari tulisan Semitik Purba (termasuk di dalamnya tulisan Aramaik Kuno dan Ibrani). Tulisan Rencong adalah tulisan rasmi Melayu.Jawa dan Bugis juga mempunyai tulisan yang hampir serupa. Agama rasmi Melayu adalah agama Jawi. Agama Jawi adalah agama Nabi Ibrahim a.s.Jawi ada perkaitan dengan Levi,iaitu anak kepada Nabi Yaakob a.s.Levi merupakan ketua Ulama dan ketua Rahib bagi agama Nabi Ibrahim a.s. di kalangan Bani Israel.Sejak penggalian di sebuah daerah di Jordan menemukan kota purba yang bernama Jawi/Jawa (Jevi),minat sarjana Barat untuk mengkaji bangsa Mala semakin kuat.

Keturah bukanlah Melayu. Walaupun beliau melahirkan bangsa Melayu, Keturah adalah daripada bangsa Mala/Mon.Sekiranya kita lihat orang-orang asli seperti Mahmeri dan Jakun, bahasa mereka adalah diambil dari bahasa Mala/Mon. Semua bangsa seperti Mahmeri, Jakun, Iban, Kadazan, Melanau, Bajau, dan seumpamanya adalah merupakan bangsa asal Mala/Mon. DNA bagi bangsa ini adalah 01m-19a.Ini menerangkan Keturah mungkin berasal dari satu kerajaan purba yang sedia ada di Timur ketika zaman Nabi Ibrahim a.s.

Jika kita lihat DNA Melayu Kedah dan Iban, kedua-dua mereka mempunyai persamaan. Tetapi kenapa Melayu Kedah (mewakili kepada semua Melayu di semenanjung dan Indonesia yang pernah mempunyai peradaban dan kerajaan) lebih bijak dan segak,ini adalah kerana mereka daripada keturunan Nabi Ibrahim a.s. dan Keturah. Begitu juga Melayu Selangor,Perak,Johor dll serta Mahmeri. Kedua-dua puak ini mempunyai DNA yang serupa. Namun Melayu Selangor jauh lebih bijak dan segak daripada Mahmeri. Punca perbezaan adalah daripada genetik Nabi Ibrahim a.s.

Namun Mala/Mon bukanlah bangsa asal. Mala/Mon adalah daripada bangsa Scythia. Scythia merupakan bangsa asas kepada semua puak Eskimo, asli Yunan, asli Dai, asli Taiwan, hingga ke ke kaum Ainu di Jepun dan suku misteri di pulau-pulau Jepun sebelum kedatangan kaum Yamato (kaum dominan Jepun pada hari ini) Lembah Mekong, Tanah Melayu, Borneo, Sumatera, Jawa, Sulawesi , Filipina, Pasifik , Madagascar dan Amerika Latin.

Scythia merupakan sebuah bangsa nomad berkerajaan yang berasal daripada Asia Tengah (ingat Teori kapak Tua dan bangsa Kambuja?) berhampiran dengan Laut Hitam. Kaitan antara Melayu dengan Scythia telah dirumus oleh seorang arkaelogis Eropah di sekitar tahun 1830an lagi.Maka ada kemungkinan Scythia merupakan bangsa asal daripada Nabi Adam a.s. Ini kerana Nabi Adam a.s. mempunyai 22 pasang anak,atau bermaksud 22 bangsa asas (kemungkinan dari kajian setakat ini).

Kambuja,Aryan,Mala,Manessah,suku Sakya dan Buddha

Di mana mahu kita mulakan? Pintu rahsia semakin banyak.Menunggu untuk dibuka.Huruf ‘Mim’ pada selendang wangi si gadis misteri begitu membantu.

About Sifuli

Bicara tentang makan minum, tidur baring, dan beranak pinak yang membina adat resam untuk kehidupan rohani, jasmani, jiwa dan raga. Diantara weblog Sifuli yang popular adalah seperti berikut: Dukun Asmara bicara tentang beranak pinak. Hipnotis Sifuli bicara tentang tidur baring. Jalan Akhirat bicara tentang adat resam (agama) Doa Ayat dan Zikir untuk rohani jasmani jiwa dan raga. Jika tak suka sekali pun janganlah tinggalkan komentar yang keterlaluan. Kerana segalanya adalah sekadar ilmu pengetahuan. Wasalam.
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

4 Responses to Melayu dari keturunan ibunda Katurah

  1. paradop berkata:

    Assalamualaikum, Mr blogger.

    Is keturah is the one who has been referred as Rebecca/Rahil in Torah/Bible version?

    Thank you!
    I like all your postings.
    Mind blowing.

  2. Hafiz berkata:

    terima kasih di atas perkongsian yang sangat menarik.

    tapi saya ada sedikit pertanyaan untuk meningkatkan pemahaman saya terhadap apa yang saudara kaji dan ingin sampaikan.

    saya mula membaca artikel saudara bermula dengan siri2 bangsa mim. di dalam artikel itu saudara menyatakan bahawa ketika banjir besar nuh, satu bumi telah ditelan air. kemudian dari banjir besar itu, hanya mereka yang bersama nabi nuh yang terselamat dan memulakan peradaban manusia baru.

    jika dirujuk di atas, saudara mengatakan bahawa keturah berasal dari bangsa schythia iaitu dari salah seorang dari anak adam. bagaimanakah boleh begitu? jika bangsa schythia ini adalah keturunan langsung adam, dan tiada kaitan dengan nabi nuh, masakan pula mereka terselamat dari banjir besar ketika zaman nuh?

    harap saudara dapat memberi respon.

    assalamualaikum

  3. Ryo Zackey Xyzyx berkata:

    cmana nak share kt fb?

Tinggalkan komen