Rahsia terahsia wangian Melayu



Selamat datang ke ‘Gua Rahsia’.Tuan-tuan dan Puan-puan!…di sini terdapat beberapa peti.Peti-peti ini telah disimpan di sini sejak sekian lama,tetapi awas!ada pihak yang mahu mengambil peti ini dan menyimpannya di tempat mereka.Mari kita lihat peti-peti ini.

Peti yang bertanda ‘Bangsa Gunung’ telah dibuka.Anda sudah tahu apakah isinya dan mengapa bangsa misteri digelar dengan bangsa gunung atau bangsa Tanah Tinggi oleh bangsa-bangsa lain.Anda juga boleh menggelar mereka ‘Highlander’ aha…jika anda mahu.Lihat peti sebelah kiri,peti ini berlabelkan ‘Laut’.Ini adalah petunjuk jika kita mahu mengenali karakter bangsa misteri.Bangsa yang menyebar di kepulauan sudah tentu mempunyai kemahiran kelautan yang tinggi,perbintangan dan arah angin serta ilmu membina kapal-kapal.Bangsa kelautan (maritim) juga sudah pasti berinteraksi dengan bangsa-bangsa lain dan bertukar-tukar pengetahuan dan budaya.

Ada sekumpulan peti yang terletak di atas batu leper.Peti yang pertama berlabel, ‘Abraham dan Keturah’.Ini adalah nama sepasang suami isteri yang dikaitkan dengan bangsa misteri.Peti sebelahnya bertanda ‘Parsi dan Sumeria’.Peti ini jika dibuka akan ditemukan helaian-helaian berlabel ‘Vedic’ dan ‘Aryan’.Peti yang dihadapannya berlabel ‘Emas’,dan jika dibuka anda akan tahu mengapa Nabi Sulaiman (King Solomon) sanggup menghantar delegasi mencari emas terbaik di sini dan mengapa raja-raja Melayu Srivijaya mampu mengeluarkan syiling-syiling emas sebagai matawang.Terdapat beberapa peti yang lain,yang kita akan pergi melihatnya kelak,tetapi mari kita buka satu peti ini,yang terletak terasing sedikit di sudut pintu gua.

Peti ini mempunyai ukiran bunga melur yang indah di atasnya.Peti ini berlabel ‘Wangi-wangian’.

RAHSIA DARI WANGI-WANGIAN

“Dang Nila memangku puan
Berembang buah pedada
Adakah gila bagimu tuan
Burung terbang dipipiskan lada

(Bunga Tanjung Biru -Sejarah Melayu)

Untuk membicarakan sejarah Melayu,kita tidak seharusnya mengongkong diri dengan sempadan geografi.Kita mesti berfikir secara global.Atau lebih tepat secara Alam Melayu.Atau secara ‘Nusantara’.Dahulu,beratus tahun atau beribu-ribu tahun dahulu tiada apa yang dinamakan ‘Malaysia’ atau ‘Indonesia’ atau ‘Brunei’ atau sebagainya.Yang ada ialah Alam Melayu atau Nusantara.Perkataan ‘Melayu’ itu sendiri diketahui oleh bangsa-bangsa lain seperti yang terdapat dalam arkib Sanskrit dan Tamil,Parsi,China dan Eropah menunjukkan bangsa ini telah lama bertamadun dan yang penting mereka tahu bahawa budaya,bahasa dan tempat tinggal mereka adalah sama iaitu Alam Melayu yang meliputi Benua Siam (IndoChina),Semenanjung dan kepulauan Melayu merangkumi pulau-pulau Indonesia,Filipina sehingga ke Taiwan dan mencapai pulau-pulau selatan Jepun,pulau-pulau kecil di lautan Hindi hingga mencapai Madagaskar.Perkataan ‘Nusantara’ pula setakat ini diketahui dikesan dalam Sumpah Palapa yang diucap oleh Gajah Mada iaitu Mahapatih Majapahit (Menteri Besar) bagi kerajaan Majapahit (1334-1359)

“Sira Gajah Madapatih Amangkubhumi tan ayun amuktia palapa, sira Gajah Mada: “Lamun huwus kalah nusantara isun amukti palapa, lamun kalah ring Gurun, ring Seran, Tañjung Pura, ring Haru, ring Pahang, Dompo, ring Bali, Sunda, Palembang, Tumasik, samana isun amukti palapa”.

(Gajah Mada Mahapatih Majapahit)

Maksudnya:Beliau Gajah Mada Patih Amangkubumi tidak ingin melepaskan puasa.Beliau Gajah Mada, “Jika telah mengalahkan Nusantara, saya (baru akan) melepaskan puasa. Jika mengalahkan Gurun, Seram, Tanjung Pura, Haru, Pahang, Dompo, Bali, Sunda, Palembang, Tumasik, demikianlah saya (baru akan) melepaskan puasa”.

Gajah Mada adalah seorang negarawan ulung Alam Melayu ketika itu.Istilah ‘Nusantara’ yang disebut olehnya menunjukkan bahawa kata ini telah digunakan sejak sekian lama di seluruh kepulauan Melayu.Bangsa Malai yang mendominasi Nusantara terdiri daripada etnik-etnik Mala-Aborigine;mereka biasanya berambut kerinting,berkulit gelap,bertubuh pendek dan tinggal di pinggir-pinggir hutan dan bukit.Sebahagian besar mereka tinggal di kepulauan Melayu hingga ke Pasifik seperti Hawaii,Papua dan Easter. Kemudian etnik-etnik keJawaan;mereka ini berkulit sawo matang dan bertubuh tegap.Ada di antara mereka memiliki mata yang kecil.Mereka adalah etnik Mala yang rajin dan suka mendominasi sesuatu.Selebihnya ialah etnik Malai Polinesian iaitu etnik yang agak terbuka identiti etnik mereka.Warna kulit mereka pula bervariasi dari yang gelap,sawo matang,kuning langsat sehinggalah cerah.Mereka ini agak terbuka dengan bangsa asing yang ingin mengenali mereka dan bersikap peramah.Melayu Kedah (termasuk etnik semenanjung yang lain),Acheh,Cham,Siam,Pattani dan Bugis (sekadar menyebutkan beberapa contoh) adalah tergolong dalam kelompok ini.Mereka amat mementingkan kostum dan hias-hiasan pada tubuh mereka.Mereka juga digelar kaum Tanah Besar kerana majoriti mereka tinggal di semenanjung hingga ke Segenting Kera dan sejauh Indochina sehingga mencapai Yunnan,dan sebahagian yang lain ada yang tinggal di kepulauan seperti di Borneo dan Sulawesi.Ini adalah sekadar kategori sahaja berdasarkan cara hidup dan perubahan geografi yang merubah etnik-etnik Mala ini di The Land of The East.Hakikatnya mereka adalah dari rumpun yang sama iaitu NUSANTARA.

Bangsa Mala yang tinggal di kepulauan sudah semestinya berasal dari Tanah Besar juga,tetapi terdapat tiga kemungkinan,

1.Sama ada mereka berasal Tanah Kanaan,menuju ke Himalaya,merentasi Sungai Mekong hingga ke Yunnan seterusnya menurun ke Benua Siam (Indochina) dan belayar ke Kepulauan Melayu.Rujuk Teori Ibrahim-Keturah

2.Atau dari Tanah Kanaan,mereka menuju ke arah laut dan belayar hingga ke kepulauan Melayu.Rujuk Teori Pelayaran Raja Mus.

3.Mereka sememangnya tinggal di daratan Tanah Besar tetapi perubahan geografi menyebabkan Tanah Besar terpisah-pisah menyebabkan terjadinya pulau-pulau.Rujuk Teori Lemuria dan pencairan ais ketika berakhirnya Zaman Ais serta Teori Hanyutan Benua.

Perkataan ‘Mala’ adalah kata yang diambil dari satu manuskrip kuno (scriptures) yang menceritakan kehidupan,perjuangan untuk hidup dan peperangan yang terjadi di Nusantara beribu tahun dahulu.’Mala’ sebenarnya bermaksud ‘bunga’ atau ‘haruman’.’Mala’ adalah asas bagi nama bunga Melati dan Melur;dua bunga yang menjadi lambang yang bertahap ‘cult’ dalam mistik dan kesusasteraan Melayu.Nama gadis-gadis Melayu purba kerapkali diberi nama Melati atau Melur,menunjukkan nama dua bunga ini adalah nama yang tertua dan terkenal sekali di kalangan bangsa Mala.Perkataan Mala adalah nama asli bangsa ini,ketika di sebelah Parsi-Sumeria,bangsa ini digelar Mala-Ur atau negeri Mala/kaum Mala,tidak hairanlah sarjana Tamil atau Sanskrit Purba menamakan bangsa ini sebagai Malai-Ur atau Malayur,ini kerana sudah tentu mereka mengambil nama ini dari manuskrip Sanskrit dan Avesta kerana bangsa Aryanlah yang membawa budaya Vedic dan warisan ilmu pengetahuan dan kesusasteraan ke Benua Kecil India.Perhatikan kata Mala-Ur ini berubah menjadi Melur di lidah orang Melayu.Para sarjana China Purba pula menamakan bangsa ini Mo-Lo-Yue dan kata ini berasal dari kata Ma-La-Yu.’Mala-Yu’ adalah nama yang diberi oleh raja-raja Babylon dan Assyria kerana -Yu adalah suffix dalam bahasa kuno Avesta yang merujuk kepada budaya,pemikiran seterusnya kaum itu sendiri.Gadis yang bernama Mala,Melur atau Melati adalah lambang gadis suci yang penuh sopan-santun dan adat Melayu ketimuran.

Dari sukukata ‘Mala’,bangsa purba memberikan pelbagai panggilan dengan penambahan suffix yang berbeza.

Bunga,haruman dan wangi-wangian adalah salah satu kod rahsia bangsa misteri.Jika kita ingin mengenali bangsa ini,kita perlu tahu apakah signifikannya perlambangan bunga dan wangi-wangian kepada bangsa Melayu.Bangsa misteri ini telah sekian lama menghasilkan wangi-wangian untuk tujuan perubatan,mistik atau mengawet sesuatu.Bangsa misteri selain menggunakan bunga-bungaan,sering juga menggunakan rempah-rempah untuk mewangikan ruangan rumah atau balai.Mengapa kerajaan-kerajaan Eropah berlumba-lumba mahu menguasai Selat Melaka?Antara faktor terbesar ialah untuk menguasai perdagangan rempah.Rempah-ratus adalah bahan yang penting untuk memanaskan tubuh,sebagai ubat-ubatan dan resepi masakan.Dan perdagangan rempah sebenarnya telah dikuasai oleh pelabuhan-pelabuhan Melayu.Mengapa?Pada zaman dahulu ketika para pedagang Eropah mendapat bekalan rempah dari pedagang India dan Arab,mereka tertanya-tanya dari manakah para pedagang Arab dan India ini memperolehi bekalan rempah ini dalam jumlah yang banyak.Ini membuatkan mereka berusaha untuk mengetahui sumber segala rempah ratus ini dan berharap dapat menguasai tempat di mana rempah-rempah ini didapati.

Rempah adalah satu bahan yang penting dalam kehidupan mistik di dalam istana Firaun dan rahib-rahib Judea Kuno.Para ahli sihir Firaun adakalanya menaburkan rempah-rempah di dalam persembahan sihir mereka kerana bau rempah-rempah yang harum dan beraroma ini menimbulkan sensasi dan mengkhayalkan;membantu mereka dalam kerja-kerja sihir mereka.Para rahib Judea (Kerajaan Yahudi Kuno,selain kerajaan Samaria) kerapkali membakar kemenyan;salah satu campuran rempah dalam bentuk getah pepejal untuk melengkapkan ritual mereka.Pokok Kemenyan (Styrax benzoin Dryand) adalah pokok yang biasanya ditemui di Kepulauan Melayu.Sebab itu para Firaun secara rahsia mengimport rempah-ratus dan kemenyan dari Kepulauan Melayu.Di Kuil Hatshepshut,ada terukir kisah-kisah pelayaran delegasi Firaun ke Nusantara,dan terdapat ukiran pohon-pohon besar yang amat rendang seperti yang terdapat pada pokok Jati,Keruing atau Merapoh.Pohon-pohon besar ini juga ada yang dibawa ke Mesir untuk di tanam di sana.Kemenyan dan rempah sememangnya diketahui hanya didapati dari Nusantara.

Kemenyan dalam bahasa Inggeris ialah Benzoin Resin,dan resin bermaksud damar atau getah kemenyan itu.Perkataan ‘Benzoin’ (banjawin,benjamin) berasal dari bahasa Arab iaitu ‘lubban jawi’.Perkataan ‘jawi’ adalah nama tempat itu diambil iaitu Tanah Jawi,dan ini adalah fakta bahawa para pedagang Arab sedar dari mana kemenyan berasal iaitu sebagai contoh dari Sumatra (S.Benzoin -Sumatra benzoin),Benua Siam (S. tonkinensis -Siam benzoin) dan Jawa (Javan frankincense).’Lubban’ adalah nama Arab bagi wangi-wangian pepejal.Pada masa dahulu di Timur Tengah,wangi-wangian pepejal tempatan diperbuat dari campuran bunga-bungaan dan diproses menjadi pepejal yang wangi.Namun kemenyan dari ‘Jawi’ ini adalah ‘lubban’ yang terbaik dan memiliki kasta tertinggi dan kerap dijual dengan harga yang mahal kerana wangian kemenyan ini bukan berasal dari bunga-bunga tetapi getah resin (damar) asli yang sedia berbau wangi.

Rempah-ratus juga digunakan untuk upacara mengawet mayat.Mumia-mumia Firaun diawet dengan menggunakan rempah-ratus ini dan segala rempah-ratus ini terutamanya kapur barus dipercayai diimport melalui pelabuhan yang terletak di Barus,di Sumatera Utara.Kemenyan juga dikesan penggunaannya di dalam budaya Yahudi Kuno di dalam ritual-ritual mereka termasuk menyambut kelahiran bayi dan segala bekalan kemenyan ini di dapati dari Nusantara.

Sebab itu apabila apabila seorang gadis dari Nusantara telah disunting oleh seorang lelaki terhormat dari Tanah Kanaan,sumber-sumber Judeo-Sumeria menggelarkan gadis itu Keturah,atau ‘kemenyan/wangi-wangian’ dalam bahasa Ibrani menunjukkan nama sebenar gadis itu kemungkinan adalah ‘Melur’,’Melati’ atau ‘Damar Wangi’ dalam sebutan Nusantara.

Sebelum kita meneruskan topik yang semakin menarik dan misteri ini,mari kita telusuri beberapa jenis bunga yang popular dalam masyarakat Melayu.

About Sifuli

Bicara tentang makan minum, tidur baring, dan beranak pinak yang membina adat resam untuk kehidupan rohani, jasmani, jiwa dan raga. Diantara weblog Sifuli yang popular adalah seperti berikut: Dukun Asmara bicara tentang beranak pinak. Hipnotis Sifuli bicara tentang tidur baring. Jalan Akhirat bicara tentang adat resam (agama) Doa Ayat dan Zikir untuk rohani jasmani jiwa dan raga. Jika tak suka sekali pun janganlah tinggalkan komentar yang keterlaluan. Kerana segalanya adalah sekadar ilmu pengetahuan. Wasalam.
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

1 Responses to Rahsia terahsia wangian Melayu

  1. fatimah (ema) berkata:

    rahsia wangian bunga melur dan melati…aje diketengah macam mana pulak bunga teratai,bunga tulip dan bunga sundal malam serta kenanga…

Tinggalkan komen