Rahsia Melayu dari keturunan Nabi Nuh as



RAHSIA DARI KETURUNAN NABI NUH AS

Yang agak berkemungkinan disusurgalur ialah dari salasilah Nabi Nuh daripada tiga anaknya, iaitu Ham, Yafit (Japheth), dan Sam. Dikatakan bahawa Ham berpindah ke Afrika yang keturunannya kemudian disebut Negro berkulit hitam, Yafit berpindah ke Eropah yang kemudian dikenali sebagai bangsa kulit putih, dan Sam tinggal di Asia menurunkan bangsa kulit kuning langsat. Putera kepada Sam ialah Nabi Hud yang tinggal di negeri Ahqaf yang terletak di antara Yaman dan Oman.Untuk menyiasat dan menjejaki dari mana asal-usulnya bangsa misteri ini kita terpaksa ke masa-masa terjadinya Banjir Besar,beribu-ribu (atau mungkin sampai jutaan tahun?) sebelum kelahiran Sargon dari Akkadia dan bangsa Sumeria apatah lagi kewujudan dinasti-dinasti China seawal Dinasti Xia dan kelahiran Tamadun Indus.

Difirmankan: “Hai Nuh, turunlah dengan selamat sejahtera dan penuh keberkatan dari Kami atasmu dan atas umat-umat (yang mukmin) dari orang-orang yang bersamamu. Dan ada (pula) umat-umat yang Kami beri kesenangan pada mereka (dalam kehidupan dunia), kemudian mereka akan ditimpa azab yang pedih dari Kami.” (Huud 11:48)

Selepas Banjir Besar surut,maka Nabi Nuh a.s pun keluar bersama-sama para pengikutnya seramai 80 orang (mengikut jumlah yang disepakati di dalam manuskrip-manuskrip kuno).Tempat di mana mendaratnya bahtera Nabi Nuh (Noah’s Ark) tidak dapat dipastikan dengan jelas tetapi pendapat yang popular ialah di Buki Judi di Pergunungan Ararat di Turki.Setelah keluar dari bahtera maka bertebaranlah pengikut-pengikut Nabi Nuh ke seluruh bumi termasuk anak-anaknya iaitu Ham,Sam dan Yafid (Japheth).Ham telah mengembara ke kawasan di sebelah Afrika,manakala Yafid bergerak arah barat di mana nanti anak cucunya akan hidup merentasi kawasan Mediteranean,Kaukasus,Tanah Besar Eropah dan kawasan di sebelah utara seperti Denmark,Norway dan lainnya.Sam pula menetap di Asia khususnya di Asia Barat.Sebahagian anak keturunannya ada yang bergerak ke timur jauh merentasi perbatasan China di mana terlebih dahulu direntasi oleh pengikut-pengikut Nabi Nuh yang bergerak ke kawasan sebelah Timur. INI ADALAH LAPISAN PERTAMA pergerakan anak-anak manusia selepas peristiwa Banjir Besar.

Nabi Nuh dan kaum kerabatnya yang lain masih menetap di Asia Barat.Dari kerabat Nabi Nuh ini maka lahirlah bangsa-bangsa purba Mesopotamia seperti Akkadia,Assyria dan bangsa-bangsa purba Babilon (termasuk Sumer dan Samiyah).Bangsa-bangsa ini membentuk peradaban Mesopotamia telah diperakui merupakan tamadun tertua di dunia dan digelar pusat ketamadunan dunia (adalah tamadun yang dikenalpasti mula-mula mencipta roda).Bangsa-bangsa yang membentuk tamadun ini merupakan bangsa yang bijak dan terdiri dari keturunan yang terlatih,mahir dan genius.Ini tidak menghairankan memandangkan mereka berasal dari keturunan Nuh sendiri dimana Nabi Nuh adalah seorang yang pintar dan seorang ‘patriarch’ yang disegani.Manakala pengikut-pengikut Nabi Nuh yang telah sampai di sebelah India,China dan Timur Jauh tetap meneruskan hidup mereka namun agak terbelakang dari segi pencapaian bangsa-bangsa yang tinggal di pusat tamadun Mesopotamia.Ini memandangkan para pengikut Nabi Nuh adalah terdiri dari orang-orang yang miskin dan melarat dimana sebelum Banjir Besar mereka bolehlah dikatakan tinggal dikawasan perkampungan (atau perumahan kos rendah pada istilah kini) ataupun menetap di setinggan-setinggan.Tahap pendidikan mereka yang rendah tidak memungkinkan mereka mendidik keturunan mereka secara intensif tidak seperti keturunan Nabi Nuh yang berasal dari golongan berpendidikan dan bijakpandai memandangkan Nabi Nuh sendiri selain seorang ahli agama, beliau juga adalah pakar dalam bidang zoologi dan kejuruteraan perkapalan.Beliau juga seorang ahli marin dan pelayaran yang berkemahiran.Sesungguhnya Allah s.w.t ,mengangkat para utusan-Nya dari kalangan yang terbaik dan dari keturunan yang terpelihara.Di sini kita boleh menimbangkan dua petunjuk misteri ini,

*Adakah bangsa Melayu berasal dari kaum kerabat Nabi Nuh AS?

*Atau berasal dari salah seorang pengikut Nabi Nuh AS?

‘Petunjuk Dari Banjir Besar’ ini juga dapat menjawab mengapa di Tanah Melayu telah terdapat kaum-kaum lain yang fizikal dan rupaparas mereka amat berlainan dari bangsa Melayu.Mengapa terdapat kaum di sebelah kepulauan Pasifik yang mengaku mereka berasal dari bangsa Melayu yang belayar dari sebelah Afrika (rujuk kaum Maori dan kaum-kaum kuno di kepulauan Hawai).Juga misteri Pulau Easter dimana patung-patungnya menyerupai batu-batu nisan Toroja dan tugu-tugu suku Batak.Sampai kini bangsa yang pernah mendiami pulau misteri tersebut masih samar-samar.Namun selepas ekspedisi yang digelar Kon-Tiki dalam tahun 1950′an yang mungkin merupakan ekspedisi paling penting selepas ekspedisi Galapagos,sebahagian misteri Pulau Easter telah terungkap.Kemajuan dari ekspedisi ini adalah kajian rapi mereka dari segi arkeologi,linguistik dan etnografi.Yang paling menarik adalah keputusan DNA dari tulang temulang yang dijumpai di sana menjelaskan bahawa kaum yang membina tugu-tugu misteri itu bukanlah berasal dari Indian Amerika tetapi Polinesia yang menerangkan mengapa penduduk setempat memanggil pulau itu sebagai Rapa Nui yang mana bunyi linguistiknya mendekati ala Tahitian dan orang Tahiti mendekati asalnya dari kumpulan Molukas-Samoa (keduanya dari kumpulan etnik yang sama).Merekalah yang belayar ke Kepulauan Marquesas kemudian ke Hawaii selepas itu ke New Zealand dan akhirnya ke Tahiti.Dan pelayaran ini berkemungkinan hanya menggunakan kayak purba dan ia digelar sebagai Catamaran/Trimarant yang dikenali sebagai kapal kecil yang stabil yang mampu mengharungi gelombang lautan.Dan yang menariknya kaum-kaum kuno di Indonesia telah lama diketahui menggunakan Trimarant yang mudah ditolak ketika pendaratan pantai.Sebab itu karakter tugu misteri di Pulau Easter menyamai tugu kaum Toroja dan Batak.

Betapa misterinya apabila ramai pengkaji tidak sependapat untuk menerangkan kehadiran kaum asli seperti Orang Asli,Jakun,Senoi dan sekumpulan dengan mereka di Tanah Melayu dan pada masa yang sama terdapat pula satu bangsa yang berbeza yang berkulit cerah sedikit atau sawo matang,berpakaian kemas,lebih terurus kehidupannya,berorganisasi malah berkerajaan sendiri dan pernah membina empayar-empayar hebat,tidaklah bercawat,dan masih mengamalkan kehidupan primitif seperti berburu binatang dan bercucuk tanam iaitu mengamalkan ekonomi sara diri.Ini tidak sepening kes antropologi lain seperti kehadiran bangsa kulit putih di Australia dan Benua Amerika.Kes unik antara bangsa Melayu dan Orang Asli adalah masalah beribu-ribu tahun dahulu tidak seperti kes Red Indian dan Koloni Eropah.Ini menunjukkan sebelum konotasi ‘Dunia Baru’ yang popular digunakan dikalangan pengembara Eropah seperti Amerigo Vespucci,Magellan dan Columbus merujuk kepada Tanah Amerika,bangsa Melayu telah lama menemui ‘Dunia Baru’ mereka beribu tahun yang lampau lama sebelum kelahiran Raja Manuel Sepanyol mahupun Christopher Columbus.

Kunci kepada rahsia ini adalah terletak kepada pergerakan keturunan Ham,iaitu salah seorang anak Nabi Nuh yang menurunkan bangsa-bangsa berkulit gelap seperti di sebelah Afrika dan pergerakan bangsa Mala dari keturunan Keturah mengikut jalan laut.Kunci ini akan membuka satu persoalan yang sekian lama menghantui para ahli antropologi mengapa kaum-kaum Polinesia seperti Orang Asli,Maori,Aborigin dan suku-suku Hawaii umumnya berambut keriting,berkulit gelap serta memiliki raut wajah dan postur seperti kaum-kaum di Afrika dan berlainan dari etnik-etnik Melayu seperti Jawa,Banjar,Bugis,Kedah,Pahang dan sebagainya.Kaum asli Polinesia ini adalah HYBRID KEPADA KETURUNAN HAM DAN BANGSA MALA-KETURAH.Pergerakan pertama dipercayai adalah dari jurai keturunan Heth bin Kanaan bin Ham bin Nuh a.s.Merekalah yang sampai dahulu di Kepulauan Pasifik dan pulau-pulau Polinesia termasuk Australia membentuk kaum Aborigin.Kemudian tibalah pula keturunan Keturah setelah memakan beberapa generasi.Keturunan Keturah ini adalah kumpulan kedua iaitu yang mengikut jalan laut dari sebelah barat (dari arah Afrika) di mana kumpulan pertama bangsa Mala melakukan perjalanan darat menuju ke hujung dunia ‘Semenanjung Emas’.Ini menerangkan mengapa kaum asli di salah satu kepulauan Jepun,kaum asli purba di Taiwan dan etnik-etnik Polinesia di Pasifik seperti di Hawaii,Papua dan sebagainya memiliki beberapa perkataan mirip bahasa Melayu berserta maksud yang sama seperti ‘batu’ dan ‘mata’.Kaum asli ini yang berasal dari keturunan Ham anak Nabi Nuh a.s yang menurunkan bangsa Afrika mengalami pertentangan untuk bertahan dengan kedatangan bangsa Mala keturunan Siti Keturah dan Nabi Ibrahim yang lebih maju dan berfizikal lebih besar dari mereka.Akibatnya mereka yang tidak dapat berasimilasi terpaksa berpindah ke kawasan lebih pedalaman.Terdapat juga interaksi sosial di antara kedua-dua kaum ini seperti perdagangan malah ada yang berkahwin sesama mereka.

Advertisements

About Sifuli

Bicara tentang makan minum, tidur baring, dan beranak pinak yang membina adat resam untuk kehidupan rohani, jasmani, jiwa dan raga. Diantara weblog Sifuli yang popular adalah seperti berikut: Dukun Asmara bicara tentang beranak pinak. Hipnotis Sifuli bicara tentang tidur baring. Jalan Akhirat bicara tentang adat resam (agama) Doa Ayat dan Zikir untuk rohani jasmani jiwa dan raga. Jika tak suka sekali pun janganlah tinggalkan komentar yang keterlaluan. Kerana segalanya adalah sekadar ilmu pengetahuan. Wasalam.
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

5 Responses to Rahsia Melayu dari keturunan Nabi Nuh as

  1. melayubodoh berkata:

    Menurut kajian yang lebih tepat, melayu asal dari kacukan
    1. setan + babi
    2. setan + anjing

    sekaligus menjadikan melayu satu bangsa haram yang laknat.

    sekian

    • khaijoon berkata:

      cantik sungguh combinasi nye tu..dari mana saudara melayubodoh dapat jawapan kajian tu?minta share.

    • sokong melayu berkata:

      dua-dua tu hanya keturuna kau…….

    • JoeOtai berkata:

      jawapan kat budak ingus meleleh kuo iyak: 22 Januari 2012 at 9:47 pm ….
      mak bapak u tu daa..tak pun turun kt u kan??takkan kecut perut baca artikel MELAYU??

  2. Nora Aziz berkata:

    MasyaAllah apa punya Manusia lah yea MBodoh tu ~ tapi yg hairannya suka lak baca sampai khatam ~ dah lah x nak mengkaji ~ otak pun mcm campuran yg di sebut kan ~ hahaha mcm2 manusia ni ~

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s