Melayu Kambuja



Kambuja

Menurut kajian antropologi terkini,Kamboja adalah suku kaum Ksyatria dari Zaman Besi di India,selalu disebut dalam kesusasteraan Sanskrit dan Pali,tampil kali pertama di dalam Mahabharata dan kesusasteraan Vedanga semasa (secara kasar dari abad ke 7 Masehi).Kerajaan Kemboja terletak berdekatan Gandhara di barat laut India di Asia Tengah (ingat Teori Kapak Tua?).Sesetengah sarjana menerangkan Kamboja Kuno adalah sebahagian dari Indo-Aryan,sebahagian kecil yang lain kemungkinan dari Indo-Iranian,ketika yang lainnya menurut Vedic Index of Keith and Macdonnel,mengiktiraf mereka sebagai mempunyai kedua-dua keturunan India dan Iran.Walaupun begitu kebanyakan komuniti sarjana kini bersetuju yang Kamboja adalah dari Iran yang sama dengan Indo-Scynthian.Kamboja juga dikenali oleh sarjana sejarah sebagai sukukaum diraja bagi Scynthian.

Ketika penaklukan ke atas India ketika era Pra-Kushana,suku Kemboja telah bergerak ke Gujerat,Selatan India,Sri Lanka dan kemudian ke Bengal dan seterusnya ke Cambodia.

Berdasarkan manuskrip purba,kaum Kamboja adalah kaum terhormat dari bangsa Aryan dan dikelaskan setaraf dengan Vasishtas-hero dalam budaya India Kuno,dan diperkirakan di antara 6 golongan sarjana dalam Kesusasteraan Vedic India.Pakaian dan tahap sosial Kamboja adalah sama dengan Vasishthas.Selain muncul dalam Mahabharata,Kamboja juga muncul dalam Kshatria-Dharama sebagai pahlawan dan pemerintah dan juga disebut sebagai pakar dalam Vedas.Dari sukukaum Kamboja inilah munculnya kerajaan Champa dan Funan dan juga mewariskan kerajaan Khmer.Cambodia adalah nama Perancis merujuk kepada sukukaum Kemboja.

Walaupun begitu ramai sarjana berpendapat Kemboja Kuno adalah pusat kepada Tamadun Iran Purba.Dalam perbincangan setakat ini tentu ada pembaca yang masih tertanya-tanya kaitan antara budaya Iran dan India Kuno.

Kaitan Antara Budaya Iran dengan Vedic India

Semenjak di dapati bahawa terdapat persamaan kata di dalam bahasa Sanskrit dan bahasa Parsi Kuno Zoroaster,sememangnya para sarjana antropologi sudah maklum akan penyerapan budaya Iran kuno dengan India dan fenomena hibrid ini digelar budaya Vedic.Bangsa Iran Kuno sudah lama berhubungan dengan etnik-etnik asli yang mendiami India.Dalam kesusasteraan India,bangsa Iran yang datang menduduki India pada zaman purba dahulu dikenali sebagai bangsa Aryan (perhatikan perubahan ‘Iran’ ke ‘Aryan’).Bangsa Aryan inilah yang membawa budaya Vedic berserta bahasa Sanskrit yang berasal dari bahasa Iran Kuno yang dapat ditelusuri dalam kesusasteraan Avestan seperti di dalam Kitab Zoroaster, Zend Avesta.Mereka juga membawa juga dikatakan orang-orang yang bertanggungjawab membawa agama Hindu ke India bermula di sebuah lembah di Sungai Ganges.Walaupun ada sarjana yang menentang teori ini berdasarkan teori Mohenjo-Daro dan Harappa,sebenarnya dua negarakota ini bukanlah ada kaitan dengan budaya Vedic-Aryan malah usia kota ini lebih tua dan sezaman dengan era Sumeria-Babilon.Ini kerana terdapat bukti perdagangan antara negarakota Ur di Sumeria dan Harappa berdasarkan penemuan artifak-artifak yang sama di kedua-dua tapak arkeologi.Malah pakar-pakar sejarah begitu bingung dengan penemuan kaca-kaca hitam yang berselerakan di jalan-jalan kedua-dua negarakota,padahal kaca-kaca hitam itu tidak dapat ditemui di mana-mana tempat dan bukan semulajadi kerana hanya didapati di loji-loji nuklear.Hasil dari penguraian uranium dan haba berantai akan menghasilkan sisa-sisa buangan berbentuk kaca-kaca hitam tadi.Inilah yang mewujudkan teori perang nuklear tambahan pula boleh dikatakan tiada rangka manusia ditemui di tapak arkeologi.Dan ini menyebabkan Mohenjo-Daro dan Harappa dikatakan sezaman pula dengan Kerajaan Rama,Atlantis dan Lemuria yang telah tenggelam.

Bahasa Iran Purba iaitu Avestan adalah asal kepada bahasa Sanskrit.Dan bahasa Sanskrit adalah bahasa elit di dalam agama Hindu.Bahasa Avestan pula digunakan dalam kitab Zend Avesta dan terdapat dalam manuskrip-manuskrip purba Iran seperti Agatha.Lihat persamaan bahasa di antara kedua-duanya.

təm amavantəm yazatəm

tam amavantam yajatam

surəm damohu scvistəm

suram dhamasu savistham

miθrəm yazai zaoθrabyo

mitram yajai hotrabhyah

Di sebelah atas adalah Avestan dan dibawahnya adalah Sanskrit.Perhatikan juga kata ‘deva’ dalam Sanskrit bermaksud dewa/tuhan tetapi dewa dalam Avestan adalah ‘ahuras’ atau ‘asuras’ manakala ‘devas’ pula bermaksud syaitan.

INI ADALAH PEMBAYANG KEPADA AKTIVITI BANGSA MALA DISEMPADAN INDIA DAN PARSI.

About Sifuli

Bicara tentang makan minum, tidur baring, dan beranak pinak yang membina adat resam untuk kehidupan rohani, jasmani, jiwa dan raga. Diantara weblog Sifuli yang popular adalah seperti berikut: Dukun Asmara bicara tentang beranak pinak. Hipnotis Sifuli bicara tentang tidur baring. Jalan Akhirat bicara tentang adat resam (agama) Doa Ayat dan Zikir untuk rohani jasmani jiwa dan raga. Jika tak suka sekali pun janganlah tinggalkan komentar yang keterlaluan. Kerana segalanya adalah sekadar ilmu pengetahuan. Wasalam.
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

2 Responses to Melayu Kambuja

  1. ASAL NAMA KAMBOJA DARI BENTUK RUPA BUMINYA. SEPERTI BUAH KAMBOJO .JADI BANGSA MANA YANG MEMANGGIL BUAH KAMBOJO DAN APA ITU BUAH KAMBOJO

  2. BERAPA BANYAK YANG MENGAKU UMAT ISLAM YANG BERTUHANKAN ALLAH TAALA DAN BERAPA BANYAK PULA YANG BERTUHANKAN HAWA NAFSU SENDIRI.

Tinggalkan komen