Jenis-jenis amalan khurafat orang Melayu

jenis-jenis amalan khurafat orang Melayu

Diantara jenis-jenis amalan khurafat orang Melayu adalah seprti berikut;

1. Anggapan sial atau membawa malapetaka kepada seseorang ataupun masyarakat dengan kehadirannya dan amalan buang sial: tepung tawar, Lenggang perut, Mandi bunga/Sintok limau dan Mandi Safar.

Islam menganggap setiap orang itu ada qadar baiknya dan ada qadar buruknya dan sama sekali tidak ada kesialan pada diri seseorang. Begitu juga cara untuk menghindari sesuatu musibah adalah memohon kepada Allah yang menciptakan segala-galanya bukannya dengan amalan-amalan buang sial.

2. Kepercayaan kepada hantu dengan alasan untuk tinggal selamat di suatu tempat atau memberi makan kepada hantu peliharaannya ataupun konon-kononnya untuk membayar niat tertentu.

Sesungguhnya Islam dengan aqidah dan tauhid yang amat kental mengajak manusia agar beriktikad bahawa segala sesuatu yang memberi bekas adalah Allah SWT saja yang tidak ada sekutu dengannya. Oleh itu tidak perlu menjamu kepada sesiapa kerana segalanya adalah makhluk ciptaan Allah SWT yang amat lemah.

3. Ilmu seru gerak yang kebiasaannya diamalkan oleh kumpulan silat yang mengamalkan jurus kebatinan.

Islam itu lengkap dan amat sempurna dari unsur-unsur luar yang bercadang untuk menyempurnakan Islam. Ilmu mempertahankan diri adalah amat baik dan Islam amat menggalakkan umatnya mempersiapkan kelengkapan dan segala kekuatan bagi mempertahankan kesucian Islam tetapi bukan dengan sesuatu yang tidak ada asalnya dari Islam seperti : ilmu seru gerak dan jurus kebatinan.

4. Jampi serapah yang ada unsur-unsur syirik atau menghina Islam atau tidak difahami maksudnya.

Para ulama berbeza pendapat dalam masalah membaca jampi serapah yang bukan bersumber dari al-Qur’an dan hadits kepada beberapa pandangan. Sebahagian mereka tidak mengharuskan sama sekali sebarang jenis bacaan jampi jika bukan dari al-Qur’an mahupun hadits. Tetapi sebahagian yang lain mengharuskan dengan syarat difahami maknanya dan tidak ada unsur-unsur yang dilarang dalam agama di dalam bacaan jampi tersebut. Seperti : seruan kepada sesuatu, menghina Allah, Nabi Muhammad SAW, ajaran Islam, memohon sesuatu kepada selain Allah SWT, termasuk meminta keapad batu atau kayu dan sebagainya.

5. Mempercayai percakapan, ramalan dan tilikan dukun samada terhadap perkara yang telah lalu atau di masa akan datang.

Sebahagian daripada perkara yang haram, berdosa besar bahkan syirik di dalam Islam ialah mempercayai tilikan dukun. Teruskan membaca

Posted in Uncategorized | Tinggalkan komen

Ciri adat, bahasa dan agama orang Melayu

Ciri adat, bahasa dan agama orang Melayu

Melayu secara puak (etnis, suku) bukan dilihat dari faktor genekologi seperti kebanyakan puak-puak lain. Di Malaysia, tetap mengaku beretnis Melayu walau moyang mereka beretnis Jawa, Mandailing, Bugis, Keling dan lainnya. Beberapa tempat di Sumatera Utara, ada beberapa Komunitas keturunan Batak yang mengaku ‘Orang Kampong’ etnis Melayu.

Ini semua karena diikat oleh kesamaan agama yaitu Islam, bahasa dan adat Resam Melayu. Orang Melayu memegang filsafat: “Berturai, Bergagan, Bersyahadat”. Berturai bermakna mempunyai sopan santun baik bahasa dan perbuatan dan memegang teguh adat resam, menghargai orang yang datang, serta menerima pembaharuan tamaddun yang senonoh.

Usul menunjukkan asal, bahasa menunjukkan bangsa. Taat pada petuah, Setia pada sumpah, mati pada janji, melarat karena budi. Hidup dalam pekerti, mati dalam budi”. “Tak cukup telapak tangan, nyiru kami tadahkanu”. “Apabila meraut selodang buluh, siapkan lidi buang miangnya. Apabila menjemput orang jauh, siapkan nasi dengan hidangnya”.

“Sekali air bah, sekali tepian berubah. Bergagan bermakna keberanian dan kesanggupan menghadapi tantangan, harga diri dan kepiawaian”. “Kalau sudah dimabuk pinang, daripada ke mulut biarlah ke hati. Kalau sudah maju ke gelanggang, berpantang surut biarlah mati. Bermula dari hulu, haruslah berujung pula ke hilir”.

“Apa tanda si anak melayu, matinya ditengah gelanggang, tidurnya di puncak gelombang, makannya di tebing panjang, langkahnya menghentam bumi, lenggangnya menghempas semak, tangisnya terbang kelangit, esaknya ditelan bumi, yang tak kenalkan airmata, yang tak kenalkan tunduk kulai”. Bersahadat bermakna Orang Melayu disebut Melayu jika sudah mengucap kalimat syahadat, yaitu mengakui Allah sebagai Tuhan dan Muhammad sebagai Rasul panutan.

Anak Melayu lebih dahulu diperkenalkan mengaji Al Qur’an, baru mengenal ilmu pengetahuan yang lain. Kata ‘Laailaha Illallah Muhammadarosulullah’ sebagai gerbang keislaman, selalu dipakai Orang Melayu dalam berbagai amalan, karena melayu percaya bahwa semua amalan akan tidak tertolak dalam pemahaman Islam jika mengucap Laailaha Illallah Muhammadarosulullah. Makanya jika seorang anak berkelakuan menyimpang dari kaedah yang diatur, maka ia disebut, ‘Macam anak siarahan, Macam anak tak disyahadatkan”.

“Bergantung kepada satu,
berpegang kepada yang Esa”.

“Untuk apa meramu samak,
kalau tidak dengan pangkalnya.
Untuk apa berilmu banyak,
kalau tidak dengan amalnya.”

“Budak jambi sedang menampi,
alahai budak tinggal sanggulnya.
Banyak jampi perkara jampi,
Allah jua letak kabulnya”.

Jadi Melayu adalah beragama Islam, beradat resam Melayu dan Berbahasa Melayu”. Karena ikatan Islam itulah, Orang Melayu yang masih berpegang pada konsep tradisi namun akan takut jika tidak disebut Islam.

Artikel ini ditulis oleh : Darmansyah

Posted in Uncategorized | Tinggalkan komen

Agama dan Kepercayaan 0rang Melayu

Agama dan kepercayaan orang Melayu

Definisi Melayu adalah sebagai penduduk pribumi yang bertutur dalam bahasa Melayu, beragama Islam, dan yang menjalani tradisi dan adat-istiadat Melayu.

Di Malaysia, penduduk pribumi dari keturunan suku-suku di Indonesia, seperti Minangkabau, Aceh, Bugis, atau Mandailing, yang bertutur dalam bahasa Melayu, beragama Islam dan mengikuti adat-istiadat Melayu, semuanya dianggap sebagai orang Melayu selain daripada Melayu Anak Jati yang berasal daripada Tanah Melayu itu sendiri. Bahkan orang bukan pribumi yang berkawin dengan orang Melayu dan memeluk agama Islam juga diterima sebagai orang Melayu.

1.1 Pengertian Agama dan Kepercayaan menurut masyarakat Melayu

Jika merujuk pada tatanan ilmu social, maka agama dikatakan sebagai sistem kepercayaan yang teratur atau terorganisasi. Sedangkan kepercayaan adalah keyakinan yang ditujukan kepada satu-satu fenomena kepercayaan atau tidak memimiliki ciri-ciri yang terorganisasi ataupun tersistem.

Pada masyarakat melayu, mereka membedakan antara agama dan kepercayaan. Menurut masyarakat melayu, Agama yang dianggap oleh mereka adalah agama-agama besar yang diakui oleh pemerintah. Seperti Islam, Kristen, Khatolik, Hindu dan Budha. Sementara keyakinan-keyakinan seperti penyembahan pada ‘dewa-dewa’ dan kepercayaan akan kekuatan yang dimiliki makhluk halus (jin, hantu, jembalang, sikodi dan lainnya) hanya dianggap sebagai suatu kepercayaan saja. Seperti yang terdapat pada suku ‘terasing’ – Suku Talang Mamak, Suku Akit, Suku laut, dan lainnya. Maupun kepercayaan yang juga mencangkup masalah upacara-upacara yang lahir dari kebiasaan-kebiasaan lama orang melayu, seperti tepung tawar, mati tanah dan lainnya.

Namun sebenarnya yang dikatakan kepercayaan dalam masyarakat melayu itu bukan hanya dalam kepercayan lama saja yang menjadi peninggalan masa lampau seperti animisme, tapi juga kepercayaan yang datang setelahnya, seperti kepercayaan agama agama hindu, budha dan Islam sendiri. Dimana Islam yang datang terakhir mengakomodir semua unsur kebudayaan tersebut secara perlahan, serta melakukan penelusuran terhadap hal-hal yang bertentangan dengan Islam.

1.2 Kepercayaan awal dalam kehidupan orang Melayu

Kepercayaan awal masyarakat melayu sebelum kedatangan agama adalah ‘animisme’, dimana mereka percaya semua benda di dalam dunia ini mempunyai roh atau semangat yang mempengaruhi kehidupan manusia sama ada baik atau buruk.

Roh atau semangat ini perlu dipuja agar membawa kebaikan dan menambahkan rezeki. Keadaan ini telah mempengaruhi kehidupan mereka kerana terdapatnya aktivitas memuja pantai atau semangat padi bagi menjamin keselamatan dan menambahkan hasil padi. Teruskan membaca

Posted in Uncategorized | Tinggalkan komen

Animisma diantara kepercayaan orang Melayu

Animisma merupakan satu kepercayaan yang terdapat dikalangan masyarakat yang masih dalam kehidupan sederhana. Sebutan animisme ini diciptakan oleh E.B Taylor dari perkataan latin “anima ” dan animisma berarti kepercayaan kepada mahluk-mahluk halus (spiritual beings). Kepercayaan yang kepada mahluk halus dan roh merupakan asas kepercayaan agama yang mula tumbuh dalam alam pemikiran manusia primitif. Menurut E.B. Taylor, manusia yang awal hidup di dunia menempuh pengalaman seperti mimpi , khayalan dan peristiwa kematian. Perisitiwa-peristiwa yang ditempuh itu menjadi tanda tanya kepada mereka, sehingga mereka berfikir dan menyakini wujudnya roh (spirit) dalam diri manusia, dan disebut sebagai animisma.

Sebelum agama Hindu berkembang di alam melayu, orang melayu di pengaruhi oleh fahaman animisma, fahaman ini berbentuk kepercayaan kepada semangat, pemujaan roh nenek moyang dan mahluk alam gaib. Kepercayaan animisma ini adalah kepercayaan yang amat komplek. Kepercayaan ini mengatur tingkahlaku manusia terhadap alam sekeliling, karena mereka percaya bahwa setiap fenomena alam mengandung kekuatan gaib atau penunggu. Pengaruh kepercayaan animisma ini terdapat dalam warisan perubatan tradisional yang berteraskan kepercayaan animisma memuji dan memuja roh dengan jampi serapah dan mentera untuk mengubati penyakit manusia.

Posted in Uncategorized | 2 Komen

Perempuan Melayu paling kuat bersetubuh selepas India

Perempuan yang kuat bersetubuh

Bangkok (The Nation/ANN) – Kaum lelaki Indonesia paling kerap mengamalkan hubungan seks, menurut sebuah kaji selidik yang dijalankan terhadap mereka yang aktif seks dalam 10 buah negara di Asia.

Kajian yang dijalankan oleh Pfizer yang dinamakan sebagai “Kajian Kekerapan Hubungan Seks Di Asia” mendapati bahawa kaum lelaki Indonesia selalunya akan mengadakan hubungan seks dengan purata 9.8 kali. Tempat kedua diduduki oleh kaum lelaki di Filipina dengan purata 9.4 kali sebulan, manakala di India sebanyak 8.8 kali setiap bulan.

Bagi lelaki Thai pula, mereka mendapat purata sebanyak 7.7 kali sebulan.

Segala keputusan yang diperoleh dari kajian ini dilancarkan di sebuah hotel di bangkok pada Khamis lalu. Kaji selidik tersebut dijalankan terhadap 1,658 lelaki dan 1,624 wanita di China, Hong Kong, India, Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura, Korea Selatan, Taiwan dan Thailand. Setiap responden berumur antara 31 hingga 74 tahun, dan telah mengadakan hubungan seks dalam masa 12 bulan.

Bagi responden wanita pula, wanita di India dilaporkan mempunyai jumlah kekerapan yang lebih banyak iaitu sebanyak 8.7 kali setiap bulan. Seterusnya adalah Indonesia dan Malaysia, kedua-duanya dengan jumlah kekerapan sebanyak 6.6 kali setiap bulan.

Wanita Thai pula mempunyai kekerapan sebanyak 5.7 kali, menurut kaji selidik tersebut.

Assoc Prof Dr George Lee, seorang perunding pakar bedah urologi di Monash University di Kuala Lumpur berkata bahawa kaji selidik yang dijalankan mendapati bahawa kadar kekerasan terhadap ereksi menjadi kunci utama terhadap kepuasan seks dalam kalangan penduduk Asia.

“Contohnya, 90 peratus kaum lelaki Malaysia menyatakan bahawa faktor tersebut adalah amat penting,” kata beliau.

Hanya satu per tiga daripada responden menyatakan bahawa kadar masa hubungan seks yang menjadi faktor utama dalam mencapai kepuasan seks.

Asst Prof Dr Pansak Sugkraroek, pakar kesihatan seksual dan doktor obgyn di Thailand berkata, hampir 2.7 juta kaum lelaki di Thailand mempunyai masalah mati pucuk (erectile dysfunction).

“Walau bagaimanapun, hanya 27,000 pesakit telah datang untuk menjalani rawatan,” kata beliau.

Pansak berkata bahawa selain daripada ubat-ubatan, menukar cara hidup juga dapat membantu dalam mengatasi masalah tersebut.

“Senaman dan pengambilan makanan seimbang juga amat membantu bagi mengatasi masalah ini,” tambah beliau.

Posted in Uncategorized | Tagged , , , , , | Tinggalkan komen

Orang Melayu adalah bangsa yang membunuh utusannya

Kesihan kepada para pejuang dan pengasas yang menghidupkan Utusan Melayu dengan susah payah. Yusuf Ishak,Ab Rahim Kajai,Pak Sako, Samad Ismail dll

Kini akhbar yang mereka bina itu tidak lagi wujud di pasaran sebagai media harian sejak diterbitkan pada tahun 1939. Ini sesuatu yang amat malang dan sukar diterima sama sekali. Ia merupakan bencana kepada tamadun, jatidiri dan warisan bangsa kita. Ternyata kini satu daripada warisan tamadun kita telah terkubur.

TERPUPUS dengan perbuatan kita sendiri di era pasca kemerdekaan. Mengapa ? Ini berpunca akibat dasar pendidikan kita yang mematikan tulisan jawi tulisan asal bahasa Melayu.Tidakkah ini satu jenayah terbesar ke atas bangsa kerana membunuh salah satu warisan kita yang terbesar.
UMNO bertanggung jawap penuh ke atas kepupusan dan kesinambungannya !

Satu daripada warisan kita yang terbesar telah sirna. Sedangkan akhbar harian China dan India terus subur. Berapa besarkah pembaca akhbar Tamil sehingga dapat menerbitkan 3 akhbar harian untuk kaum India . Adakah lebih besar daripada khalayak pembaca Melayu.

Apa petakanya , mengapa ia boleh hidup subur di era penjajahan tetapi tidak mendapat tempat selepas kemerdekaan.Sedangkan Utusan Melayu sangat berjasa kepada bangsa , agama dan negara. Siapa boleh menafikannya ? Mana pembelanya yang moto perjuangannya untuk agama, bangsa dan tanah air.

Puncanya kenapa ? Puncanya apabila kerajaan memansuhkan subjek tulisan jawi dan bacaan jawi daripada sekolah-sekolah pada awal tahun 1960an semasa Khir Johari menjadi Menteri Pelajaran.

Akibatnya pembaca tulisan jawi, tulisan asal bahasa Melayu semakin mengecil dan terus pupus. Selepas 30 tahun timbul satu generasi yang buta jawi. Amat mengejutkan sehingga hendak membaca teks Al Quran pun perlu dirumikan.

Itulah kesannya apabila tergamak membuat dasar yang memupuskan warisan bangsa kita.Bila sudah hilang pun masih tidak tersadar.Masih kurang kepekaan dan kepedulian kerana terlalu mementingkan kemajuan yang melulu bersifat kebendaan, Bahawa tamadun ini adalah kebendaan, projek material dan gah semata-mata .

Perlu disedari salah satu kehebatan bahasa Melayu ialah satu-satunya bahasa di dunia yang memiliki dua sistem tulisan yang sama kuat. Huruf Jawi dari Timur (Arab) dan huruf Latin dari Barat.

Adakah bahasa yang sedemikian wujud di mana-mana bahagian dunia. Mengapakah keistimewaan ini tidak dikekalkan.Agak pelik taksub kita kepada tamadun barat sehingga sanggup mengorbankan tulisan asal bangsa sendiri. Kita bangga dengan hanya menggunakan satu sistem tulisan sahaja iaitu huruf rumi “Latin”. Sumbangan Islam yang terbesar telah dinafikan dengan sengaja. Satu fobia ke atas tulisan tersebut. Mungkin dianggap kuno dan serba ketinggalan oleh golongan pendidikan barat yang menguasai pemerintahan.

Perlu diingat Jawi adalah warisan kita yang asal, tulisan permulaan BM sehingga menjadi ligua franca. Tulisan inilah yang mencetuskan tamadun kepada bangsa kita. Terbit ungkapan BAHASA JIWA BANGSA. Tulisan itu beserta khazanahnya mengisi jiwa dan jatidiri bangsa Melayu. Bila jawi terhapus bermakna segala khazanah tamadun kita akan dinyahkan daripada bangsa kita terutama generasi muda.

Justeru untuk memperkasakan BM, akhbar yang menggunakan dua tulisan mesti dihidupkan. Perlu ada daya usaha untuk menerbitkannya dengan nama Utusan Melayu, Utusan Bangsa, Utusan Rakyat atau apa saja.

Tujuannnya untuk menonjolkan kehebatan dan keistimewaan Bahasa Melayu seantero dunia. Satu-satunya bahasa yang memiliki dua sistem tulisan yang sama hebat Jawi dan Rumi di dunia.

Rencana tambahan :

Nasib tulisan Jawi

Awang tertarik dengan rencana tulisan seorang pembaca, Shahabudeen Jalil dalam ruangan Islam Global, sisipan harian Mega, Utusan Malaysia, 3 Februari lalu.

Beliau memaparkan pengalamannya melawat Xinjiang dan bagaimana pihak berkuasa di sana memberi penekanan kepada tulisan Jawi. Mengikut sejarah, majoriti penduduk autonomi Xinjiang berasal dari Turki. Islam tiba di wilayah itu lebih 1,000 tahun lalu (934 Masihi).

Menurut Shahabudeen, tulisan Jawi di wilayah itu yang menjadi asas kepada bahasa Uighur bukan sahaja masih kekal malah diagungkan. Tulisan tersebut dapat dilihat di papan-papan tanda jalan, iklan, poster mahupun dalam kad pengenalan.

Sambil Awang senyum tanda syukur kerana tulisan tersebut masih terbela di Xinjiang, Awang tertanya-tanya tentang nasib tulisan Jawi di Malaysia.

Suatu ketika tulisan Jawi menjadi skrip ilmu, komunikasi dan perantaraan yang penting di nusantara terutama di tanah air kita. Tetapi ia makin pupus dan hari ini tulisan tersebut sudah tidak mempunyai nilai komersial. Awang tidak mahu mengulas panjang tentang faktor-faktor semakin lenyapnya Jawi.

Begitu juga tentang lesunya komitmen untuk menyelamatkan tulisan itu. Selagi Melayu tidak sayang dan pertahan budaya, selagi itulah terlerai satu demi satu khazanah bangsa termasuk Jawi. Persoalannya apakah masih ada harapan untuk memasyarakatkan semula tulisan itu atau mungkin ia akan lebih cepat berkubur? Jawapannya bukan pada Awang tetapi pada kita semua.

Posted in Uncategorized | Tagged , , , , , | 2 Komen

Hasad dengki adalah budaya orang Melayu

Dan janganlah kamu iri hati terhadap apa yang dikurniakan Allah kepada sebahagian kamu lebih banyak dari sebahagian yang lain. (Kerana) bagi orang lelaki ada bahagian dari pada apa yang mereka usahakan, dan bagi para wanita (pun) ada bahagian dari apa yang mereka usahakan, dan mohonlah kepada Allah sebagian dari kurnia-Nya. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala sesuatu” (An-Nisa’ : 32)

Umumnya semua kita punya sifat ini, cuma bergantung kepada kekuatan diri untuk mengawalnya. Ada yang tidak mempedulikannya. Ada yang mengikutinya hingga menggadaikan maruah diri dan orang sekitarnya. Kita seringkali lupa bagaimana Allah mendidik kita supaya sentiasa meminta kepadaNya.

Tentulah Allah lebih tahu apa yang ingin dipinta kerana sifatNya yang maha mengetahui. Namun kita tetap disuruh meminta untuk menunjukkan pegabdian diri kepada Allah selaku pencipta yang tahu kebaikan untuk ciptaanNya. Jika kita tidak meminta, hanya kitalah yang rugi dan kecewa.

Akibatnya kita akan menyalahkan kelemahan diri kerana sikap pesimis (rendah hati) yang keterlaluan dan menurunkan keazaman untuk terus berjaya. Jika kita benar beriman, pastinya Allah menguji kita tanda Dia sedang melihat keazaman kita menerima takdir dan kekuasaanNya sebagai penentu segala-galanya. Yakinlah dengan setiap doa yang dipinta. Bersangka baiklah dengan Allah.

Iri Hati Itu Boleh.

Irihati tu boleh, jika kita iri hati melihat orang lain lebih banyak ibadahnya dari kita. Jika kita lihat orang lain lebih baik amalannya dari kita. Jika kita lihat orang lain lebih rajin dari kita. Seterusnya menaikkan semangat kita untuk melakukan seperti mereka.
Berazam untuk beribadah, beramal dan bekerja dengan lebih. Melebihi orang lain, ini iri hati yang baik. Iri hatilah kepada para ilmuan Islam yang telah banyak menyumbangkan buah fikiran dan gerak kerja Dakwah yang belum mampu kita laksanakan.

Iri Hati Bertukar Hasad Dengki dan Mendengki.

Hasad dengki muncul akibat bisikan syaitan yang menghembus ke benak hati untuk melakukan sesuatu kezaliman orang lain, menggunakan cara kotor untuk menjatuhkan orang dan berasa puas dengan taktik tersebut. Inilah yang minta dilindungi kepada Allah dari perasaan manusia yang hatinya busuk dan sentiasa memikirkan cara untuk naik ke atas dan memijak orang lain dengan bangganya.

Yakinlah Dengan Keadilan Allah.

Allah menciptakan kita dengan pelbagai kelebihan. Masing-masing punya kelebihan yang tidak dimiliki oleh sebahagian yang lain. Tidak lain dan tidak bukan adalah untuk melengkapkan sesama manusia. Kerana kita semuanya memerlukan antara satu sama lain.

Jika kawan kita pemarah, ada yang boleh sabarkannnya, jika kita pemboros, ada yang boleh mengawalnya, jika kita pemalas, ada yang akan menegur supaya jadi rajin. Jika kita tidak tahu, ada yang akan beritahu. Jika kita tahu, kitalah yang kena beritahu yang tak tahu.

Inilah bukti adilnya Allah menciptakan makhluknya yang sentiasa memerlukan dan tidak boleh hidup sendiri. Maka kita semua perlu saling menghormati kerana tidak satu pun di kalangan kita boleh hidup sendiri. Kita saling memerlukan. Aku memerlukan kamu. Dan kamu memerlukan aku.

Posted in Uncategorized | Tagged , , , , , | 1 Komen

Perangai nenek moyang orang Melayu

Clifford adalah Residen di Pahang dan beliau menceritakan tentang negeri-negeri Pantai Timur iaitu Pahang, Terengganu dan Kelantan. Walaupun negeri-negeri ini berdekatan tetapi rakyat negeri-negeri ini jauh berbeza, sama ada dari segi rupa, pakaian, dialek, watak mahupun adat resam.

Orang Pahang, mengikut Clifford, hanya menggunakan fikiran dan minda mereka untuk mencari jalan berkelahi, bergaduh, berasmara dan bercumbu dan berjudi, yang mereka tahu dan sedar dilarang sama sekali oleh agama Islam. Orang Pahang, jelasnya, adalah seorang penyabung ayam dan pejudi yang sering terlibat dalam pergaduhan. Dia mempunyai perasaan bangga dirinya, bangsanya dan negaranya. Dia kurang arif, kurang ugama dan kurang daya keintelektualannya sehingga dibuat orang Melayu lain bidalan tentang mereka:

kecek anak Melaka; bual anak Minangkabau; tipu anak Rembau; bidaah anak Terengganu; penakut anak Singapura; pencelok anak Kelantan dan sombong anak Pahang.

Namun demikian, orang Pahang juga banyak kualiti yang baik. Mereka jantan dan berani mati. Kelemahan mereka adalah di permukaan sahaja dan mereka jarang mahu menyurukkan kelemahan ini. Mereka sombong! Mereka berpakaian segak dan sebagai kaki judi sering boros. Mereka juga suka bertindak mengikut nafsu tanpa berfikir panjang tentang hasil atau kesan tindakan mereka. Mereka juga amat taat dan setia kepada Raja.

Begitu juga taat setia mereka kepada seseorang atau sesiapa yang dipercayainya, tidak berbelah bagi. Hubungan ini adalah berasaskan saling mempercayai di antara satu sama lain. Mereka sentiasa bergembira dan suka melawak dan berjenaka dan bahan ketawa mereka adalah orang lain (suka mengusik dan mempermainkan orang lain). Mereka tidak suka membaca atau bekerja. Mereka juga tidak boleh dipaksa membaca Koran. Mereka juga hanya akan sembahyang setelah dipaksa. Mereka menghadiri sembahyang Jumaat kerana takut kena denda.

Kalau boleh orang Melayu tidak mahu bekerja dan tidak akan melakukan sebarang kerja walapun dibayar gaji atau upah yang tinggi dan lumayan. Dia akan melakukannya (kerja) apabila dia dikerah, iaitu atas permintaan dan suruhan orang-orang besar ataupun raja. Kerja-kerja kerah tidak dibayar upah dan di dalam kebanyakan kes mereka terpaksa membawa makanan sendiri.

Kerja Raja dikelek sedangkan kerja sendiri diabaikan. Mereka akan mengerjakan kerja-kerja kerah ini tanpa sebarang rungutan seolah-olah itu adalah tugas hakiki mereka.

Clifford melihat ini sebagai satu sifat yang bertentangan dengan jiwa orang Melayu itu. Dari satu segi, secara sukarelanya, orang Melayu malas bekerja walaupun ganjaran yang dibayar lumayan tetapi dari satu segi yang lain dia sanggup pula dipaksa bekerja dan menyerahkan tenaganya secara percuma.

Hugh Clifford (“The People of the East-Coast” dalam buku, In Court and Kampung)

Itu adalah pandangan Hugh Clifford mengenai orang Pahang diwaktu feudal dahulu. Mungkin betul dan juga mungkin tidak apa yang diperkatakan oleh orang putih ni. Tapi selalunya orang putih dahulu adalah jujur dalam memberikan pandangan. Cuma mungkin dia tersilap atau tak memahami cara hidup orang melayu. Jadi dia merasakan orang melayu ini membuat sesuatu yang salah. Padahal corak pemikiran dan cara hidup setiap bangsa adalah berlainan.

Budaya judi dan sabung ayam memang tidak dinafikan didalam masyarakat melayu dahulu. Malah itu dianggap permainan kegemaran ataupun sukan rakyat dahulukala. Seiring dengan peredaran zaman dan bertambah pengetahuan agama, budaya ini telahpun dibuang.

Mengenai kerja yang diarah oleh Raja, menjadi kebiasaan dizaman feudal, masyarakat bawahan atau rakyat akan melakukan kerja yang diarahkan oleh pemerintah. Pekara ini juga berlaku kepada bangsa eropah dizaman feudal dahulu.

Posted in Uncategorized | Tagged , , , , , | 2 Komen

Orang Melayu suka pisang

Pisang (nama botani: Musa spp.) merupakan sejenis tumbuhan yang tergolong dalam famili Musaceae. Pisang mempunyai buah yang sedap dan lazat serta mudah ditanam. Di Malaysia, kultivar seperti pisang mas, berangan, cavendish dan rastali ditanam untuk dimakan segar. Kultivar seperti pisang nangka, raja, lang, relong, tanduk, nipah dan pisang awak pula sesuai untuk dimasak atau diproses sebagai makanan ringan. Pisang yang pada mulanya merupakan sejenis tumbuhan liar di Asia Tenggara, kini telah dikomersialkan.
Isi kandungan

Daun pisang biasanya digunakan sebagai alas makanan kerana ia menghasilkan bau yang harum apabila terkena makanan yang panas. Daun pisang boleh digunakan sebagai pelindung hujan, pembalut kuih, dan pembalut masakan seperti ikan bakar atau kuih lepat.

Batang pisang pula boleh digunakan untuk membuat rakit. Selain itu batang pisang mempunyai gentian yang banyak dan boleh diproses secara perdagangan untuk membuat tali dan bahan seumpamanya seperti guni.

Buah pisang boleh dimakan masak begitu sahaja atau diambil semasa muda untuk dimasak sebagai lauk, digoreng, dibuat sira, dibuat pengat pisang, dan dijadikan kerepek. Selain buah pisang, jantung pisang juga boleh dibuat sebagai ulam selepas dicelur. Batang pisang juga mempunyai empulur lembut atau dipanggil umbut di tengah-tengahnya dan sesuai dijadikan sumber makanan.

Pisang juga boleh mengubati penyakit tertentu seperti:

1.Darah tinggi dan strok – pisang membantu menurunkan tekanan darah tinggi kerana kandungan potasiumnya yang tinggi.

2.Kolestrol – pisang rendah dari segi kalori lemak, sodium yang membantu merendah kolestrol.

3.Cirit-birit – potasium dan magnesium yang terkandung di dalam pisang amat sesuai merawat orang yang mengalami cirit-birit.

4.Anaemia – anaemia ialah penyakit kurang darah. Kerana pisang kaya dengan zat besi, ia boleh merangsang penghasilan haemoglobin di dalam darah.

5.Kemurungan – orang yang sedang murung lebih cepat ceria apabila makan pisang. Ini kerana kandungan sejenis protein membantu kita menjadi tenang.

6.Pening-pening – cara paling cepat merawat rasa pening-pening ialah dengan meminum minuman susu pisang kocak (banana milkshake) yang dicampur madu. Minuman ini bukan sahaja merawat malah sedap pula.

Posted in Uncategorized | Tagged , , , , , | Tinggalkan komen

Bahasa orang Melayu di punahi oleh SMS

MASALAH bahasa ringkas dalam dunia digital seperti ‘mn ko nk pegi?’ atau ayat sebenarnya ‘ke mana kau mahu pergi?’ bukanlah isu baru namun ia belum mendapat perhatian ramai.Kalau dulu ringkasan melalui khidmat sistem pesanan ringkas (SMS) mungkin disebabkan had teks sebanyak 150 perkataan yang ditawarkan dalam telefon bimbit menjadi penghalang, namun apa pula alasannya jika bersembang atau chatting di ruang siber kerana jumlah teks tidak pula dihadkan?

Tentunya, bahasa ringkas membawa implikasi besar dalam kehidupan manusia kerana ia membabitkan komunikasi harian serta membabitkan jati diri setiap bangsa diwakili.Pakar bahasa dan motivasi, Dr Rubiah K Hamzah, berkata bahasa singkatan menjadi amalan harian memandangkan ia sentiasa didengar, dilihat dan dipertontonkan terutama dalam teknologi semasa.”Amalan seharian yang diguna pakai ini menjadi ikutan remaja diperturunkan daripada ibu bapa sehingga mereka mengadaptasikan sebagai bahasa ringkas dalam perbualan siber,” katanya.

Menurut beliau, remaja akan sentiasa peka menggunakan setiap perkara yang didengar, ditonton dan dilihat setiap hari termasuk penggunaan bahasa ketika mereka menggunakan teknologi seperti ruang sembang siber, SMS dan blog.”Ledakan teknologi menyebabkan bahasa turut masuk dalam arus perkembangannya memandangkan ia bentuk komunikasi digunakan seharian.”Secara tidak langsung ia mempengaruhi komunikasi secara online apabila pengguna mahu menggunakan bahasa ringkas atau rojak untuk berhubung antara satu sama lain,” katanya.

Katanya, penggunaan bahasa ringkas dan rojak secara berleluasa tanpa sekatan mengakibatkan remaja malas untuk mempelajari bahasa sebenar secara menyeluruh.”Bahasa ringkas dan rojak digunakan lebih meluas berbanding bahasa sebenar kerana penerimaannya lebih selari dengan aliran kini sehinggakan remaja kurang berminat untuk berkomunikasi melalui bahasa terutama bahasa Melayu yang memiliki tatabahasa dan frasa lebih tersusun,” kata Rubiah.

Beliau berkata, penggunaan ayat dalam ruang sembang siber seperti Yahoo Messenger, GoogleTalk dan MSN Messenger mengurangkan pengayaan bahasa dalam jiwa remaja.”Boleh dikatakan teknologi memperkenalkan bahasa yang kurang tersusun dari segi tatabahasa, frasa dan banyak aspek lain memandangkan ia tidak diambil berat dalam bidang terbabit,” kata Rubiah.

Menurutnya, jika keadaan itu berterusan, masyarakat akan membenarkan bahasa terutama bahasa Melayu rosak memandangkan keindahan ayat terkandung di dalamnya bakal terhakis.”Sebaik fenomena terbabit menular tanpa kawalan di kalangan remaja, mereka beranggapan tutur bahasa yang baik dipandang enteng kerana penggunaan bahasa ringkas lebih diutamakan dalam perbualan online,” katanya.

Rubiah berkata, amat sukar untuk mendidik remaja menggunakan bahasa dengan tepat dalam perbualan harian serta mengelak untuk mempelajari lenggok keindahan bahasa apabila beranggapan penggunaannya tidak perlu serius.”Tentunya ramai menyuarakan pandangan, apa perlunya bahasa yang dipelajari secara tersusun jika bahasa ringkas lebih mudah dan kerap digunakan seharian,” katanya.Beliau berpendapat, generasi yang terhasil daripada pembangunan teknologi tidak seimbang boleh mengundang keanehan kaedah komunikasi lebih kasar berasaskan bahasa kurang sopan.”

Malah, kedudukan bahasa itu sendiri akan tergugat mengakibatkan keindahannya terhakis dek campur aduk istilah sehingga mengganggu strukturnya sendiri yang secara tidak langsung memupuskan ketamadunan bangsa,” kata Rubiah.Tambahnya, aspek jangka panjang akibat masalah bahasa ringkas di ruang sembang siber dan SMS boleh mengakibatkan generasi baru tidak lagi terliur untuk mempertahankan bahasa sebenar mereka memandangkan bahasa ringkas lebih sebati dalam jiwa.”Inilah virus lebih teruk daripada serangan virus yang menular ke sistem komputer apabila ‘virus jiwa’ dibawa teknologi itu sendiri tidak disedari manusia secara terang-terangan walaupun kita bukanlah mahu menidakkan perkembangannya,” katanya.
Menurutnya, manusia kerap berbicara mengenai tahap pemikiran tertinggi, tetapi terlupa memperkatakan tahap bahasa yang semakin rendah akibat perkembangan arus teknologi.”Hilang bahasa bermakna terhapuslah jati diri manusia itu sendiri seterusnya menghilangkan martabat yang sepatutnya dipertahankan.”Kita tidak dapat mengelak daripada ledakan teknologi, tetapi jika tidak terkawal, ia menyebabkan orang ramai ‘ditapaikan’ dengan penggunaan bahasa kurang cantik sehingga adab sopan pun boleh terabai,” katanya.
Beliau menasihatkan masyarakat agar tidak menciplak bahasa ringkas atau rojak sebagai bahasa rasmi melalui ruang teknologi yang ada ke dunia sebenar sehingga menjadikan bahasa sendiri parah diserang tanpa disedari.”Semua pihak perlu memberi kerjasama dalam mempertahankan keindahan bahasa sendiri kerana ia adalah nadi bangsa seterusnya membina masyarakat berakhlak mulia di zaman letusan teknologi melanda dunia,” katanya.

Masalah bahasa ringkas membabitkan seluruh bahasa dituturkan masyarakat sedunia, malah terdapat laporan di Dublin sedikit masa lalu yang mendapati SMS mengancam kemampuan pelajar sekolah menulis, menurut ahli akademik.Menurut Suruhanjaya Peperiksaan Dublin, kesalahan nahu dan tatabahasa pelajar kini di tahap membimbangkan.”Kewujudan telefon bimbit dan peningkatan penggunaan SMS dalam komunikasi nampaknya memberi kesan kepada tahap penulisan pelajar,” menurut laporan itu.

Dalam banyak keadaan, laporan berkenaan menyatakan, pelajar gemar menggunakan perkataan ringkas, ayat mudah dan perbendaharaan kata terhad.Sementara itu, pensyarah bahasa Inggeris Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof Madya Raishah Abd Hamid, berkata masalah bahasa ringkasan di arus teknologi membabitkan semua bahasa di dunia dan mampu mengundang masalah jangka panjang.”Masyarakat gemar meringkaskan bahasa dengan menggunakan ayat tertentu, tetapi tidak menyedari ia dilakukan tanpa perbendaharaan tepat sehinggakan bahasa jadi tunggang terbalik,” katanya.

Menurut Raishah, ejaan yang digunakan dalam Yahoo Messenger, GoogleTalk, MSN Messenger dan sebagainya mempengaruhi kosa kata digunakan ketika belajar dan mengarang esei.”Saya sendiri berpengalaman memeriksa ayat ditulis pelajar mendapati ada antara mereka yang sudah biasa menggunakan bahasa ringkas melakukan perkara sama ketika belajar,” katanya.Menurutnya, ia mengundang kesalahan ejaan yang ketara seperti penggunaan ‘U’ bagi menggantikan ‘You’ tanpa disedari akibat terlalu biasa dengan perbualan harian di ruang siber.”

Tidak cukup dengan itu, pelajar yang mengaplikasikan bahasa teknologi malas untuk mengarang esei panjang apabila merasakan ia menyusahkan mereka,” katanya.Raishah turut berpendapat tahap komunikasi masyarakat akan merudum kerana terlalu berhubung dengan mesin berbanding manusia.Pakar bahasa, Prof Dr Datuk Nik Safiah Karim pernah menceritakan keadaan di Amerika Syarikat satu ketika dulu apabila seorang guru mengeluh kerana tidak memahami perkara yang ditulis pelajarnya memandangkan bahasa digunakan tidak menyerupai bahasa Inggeris biasa.

Beliau berkata, budaya bahasa dalam teknologi mempengaruhi pengguna komputer dan telefon bimbit sehingga lahir satu generasi yang amat gemar perhubungan melalui cara ini kerana beranggapan ia lebih cepat, ringkas dan canggih. Nik Safiah melahirkan kerisauan apabila dari sudut bahasa itu sendiri, ia boleh mengakibatkan bahasa yang buruk, ejaan tidak betul serta sifat bahasa yang terlalu ringkas sehingga melanggar kemurnian dan keaslian bahasa.

Menurut Nik Safiah, pelajar perlu dipupuk supaya dapat membezakan antara bentuk rasmi dan bentuk tidak rasmi bagi mengelak timbulnya kerisauan mengenai kecacatan bahasa.Sebaliknya, terdapat kajian yang dilakukan pensyarah universiti tempatan suatu ketika dulu berpendapat bahasa ringkas melalui SMS mampu merevolusikan bahasa Melayu.Kajian Prof Madya Dr Supyan Husin daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ketika itu yang dibentangkan beberapa tahun lalu beranggapan, bahasa ringkas tidak boleh menggantikan bahasa Melayu rasmi, tetapi memungkinkan komunikasi jadi lebih pantas berdasarkan beberapa kategori bahasa.

Lima kategori singkatan yang boleh diterima pakai adalah singkatan lazim, singkatan gugur vokal atau konsonan, singkatan lazim kolokial, singkatan perwakilan bunyi dan singkatan kata ganda, sementara dua kategori lagi boleh mencemar bahasa.

Posted in Uncategorized | Tinggalkan komen