Wangian yang hilang di timur jauh



Wangian Yang Hilang Di Timur Jauh

Melayu itu orang yang bijaksana

Nakalnya bersulam jenaka

Budi bahasanya tidak terkira

Kurang ajarnya tetap santun

Jika menipu pun masih bersopan

Bila mengampu bijak beralas tangan.

Melayu itu berani jika bersalah

Kecut takut kerana benar,

Janji simpan di perut

Selalu pecah di mulut,

Biar mati adat

Jangan mati anak.

Melayu di tanah Semenanjung luas maknanya:

Jawa itu Melayu, Bugis itu Melayu

Banjar juga disebut Melayu,

Minangkabau memang Melayu,

Keturunan Acheh adalah Melayu,

Jakun dan Sakai asli Melayu,

Arab dan Pakistani, semua Melayu

Mamak dan Malbari serap ke Melayu

Malah mua´alaf bertakrif Melayu

(Setelah disunat anunya itu)

Dalam sejarahnya

Melayu itu pengembara lautan

Melorongkan jalur sejarah zaman

Begitu luas daerah sempadan

Sayangnya kini segala kehilangan

Melayu itu kaya falsafahnya

Kias kata bidal pusaka

Akar budi bersulamkan daya

Gedung akal laut bicara

Malangnya Melayu itu kuat bersorak

Terlalu ghairah pesta temasya

Sedangkan kampung telah tergadai

Sawah sejalur tinggal sejengkal

tanah sebidang mudah terjual

Meski telah memiliki telaga

Tangan masih memegang tali

Sedang orang mencapai timba.

Berbuahlah pisang tiga kali

Melayu itu masih bermimpi

Walaupun sudah mengenal universiti

Masih berdagang di rumah sendiri.

Berkelahi cara Melayu

Menikam dengan pantun

Menyanggah dengan senyum

Marahnya dengan diam

Merendah bukan menyembah

Meninggi bukan melonjak.

Watak Melayu menolak permusuhan

Setia dan sabar tiada sempadan

Tapi jika marah tak nampak telinga

Musuh dicari ke lubang cacing

Tak dapat tanduk telinga dijinjing

Maruah dan agama dihina jangan

Hebat amuknya tak kenal lawan

Berdamai cara Melayu indah sekali

Silaturrahim hati yang murni

Maaf diungkap senantiasa bersahut

Tangan diulur sentiasa bersambut

Luka pun tidak lagi berparut

Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan

Selaga yang ada sanggup diberikan

Sehingga tercipta sebuah kiasan:

“Dagang lalu nasi ditanakkan

Suami pulang lapar tak makan

Kera di hutan disusu-susukan

Anak di pangkuan mati kebuluran”

Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu

Masihkan tunduk tersipu-sipu?

Jangan takut melanggar pantang

Jika pantang menghalang kemajuan;

Jangan segan menentang larangan

Jika yakin kepada kebenaran;

Jangan malu mengucapkan keyakinan

Jika percaya kepada keadilan.

Jadilah bangsa yang bijaksana

Memegang tali memegang timba

Memiliki ekonomi mencipta budaya

Menjadi tuan di negara Merdeka

(Usman Awang)

Advertisements

About Sifuli

Bicara tentang makan minum, tidur baring, dan beranak pinak yang membina adat resam untuk kehidupan rohani, jasmani, jiwa dan raga. Diantara weblog Sifuli yang popular adalah seperti berikut: Dukun Asmara bicara tentang beranak pinak. Hipnotis Sifuli bicara tentang tidur baring. Jalan Akhirat bicara tentang adat resam (agama) Doa Ayat dan Zikir untuk rohani jasmani jiwa dan raga. Jika tak suka sekali pun janganlah tinggalkan komentar yang keterlaluan. Kerana segalanya adalah sekadar ilmu pengetahuan. Wasalam.
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

2 Responses to Wangian yang hilang di timur jauh

  1. hadis berkata:

    BEGITU MENDALAM MAKSUD TERSIRAT YANG INGIN DISAMPAIKAN.. HANYA ORANG YANG BERAKAL DAPAT BERFIKIR DAN MEMAHAMI BAIT-BAIT TERSEBUT..

  2. zulkipli bin md isa berkata:

    Untuk memahami Melayu anda perlu tahu apa hubungan kait Kitab Hikayat Melayu iaitu
    1. Hikayat Tamim Ad Dari 2. Hikayat Merong Mahawangsa 3. Misa Melayu 4. Salatus Salatin(Sejarah Melayu)…… Anda juga perlu mengambil sedikit mukaddimah dari Hikayat Raja2 Pasai. Kerana Dalam Hikayat Raja2 Pasai ada menyebut tentang 1 hadis yg benar…dinyatakan perjalanan Syeikh Ismail dan Fakir Muhammad iaitu Syerif Muhammad Al Baghdadi yang mengislamkan Merah Silu atau Sultan Malikus Soleh.

    Selepas pengislaman maka Syerif Muhammad ke Hulu Terengganu…disana baginda telah MENABAL DIRI sebagai MELAYU ASLI atau Melayu Pertama yakni tempat dimana Tamim Ad Dari di jelmakan dari Alam Jin selepas perjalanan selama 13 tahun. Bermula dari situ MELAYU diADUN dan dibentuk maka Usulnya

    Era Syerif Muhammad Al Baghdadi >> Melayu Sejati/Melayu Asli
    Era Syeikh Abdullah(Tok Ku Pauh)>> Melayu Deli
    Era Maulana Malik Ibrahim >> Melayu Jawa
    Era Kesultanan Melaka >> Melayu Bugis

    Jawabannya untuk akhir zaman>>
    Jibrail > Mikail > Isafil > Izrail = Allah SWT
    Nuh > Ibrahim > Musa > Isa = Muhammad SAW
    A. Bakar > Umar > Uthman > Ali = Bilal
    Tamim > Imam Ghazali> S A Kadir > Imam Mahdi = Imam Isa AS
    Tok Ayah > Tok Ku Pauh > Tok Ku P Manis> Tok Ku Paloh = Fata At Tamimi

    Inilah inti pati untuk sajian anda ,,,,untuk anda mengerti perjalanan USUL dan yg termeterai di Batu Bersurat.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s