Orang Melayu adalah bangsa yang membunuh utusannya

Kesihan kepada para pejuang dan pengasas yang menghidupkan Utusan Melayu dengan susah payah. Yusuf Ishak,Ab Rahim Kajai,Pak Sako, Samad Ismail dll

Kini akhbar yang mereka bina itu tidak lagi wujud di pasaran sebagai media harian sejak diterbitkan pada tahun 1939. Ini sesuatu yang amat malang dan sukar diterima sama sekali. Ia merupakan bencana kepada tamadun, jatidiri dan warisan bangsa kita. Ternyata kini satu daripada warisan tamadun kita telah terkubur.

TERPUPUS dengan perbuatan kita sendiri di era pasca kemerdekaan. Mengapa ? Ini berpunca akibat dasar pendidikan kita yang mematikan tulisan jawi tulisan asal bahasa Melayu.Tidakkah ini satu jenayah terbesar ke atas bangsa kerana membunuh salah satu warisan kita yang terbesar.
UMNO bertanggung jawap penuh ke atas kepupusan dan kesinambungannya !

Satu daripada warisan kita yang terbesar telah sirna. Sedangkan akhbar harian China dan India terus subur. Berapa besarkah pembaca akhbar Tamil sehingga dapat menerbitkan 3 akhbar harian untuk kaum India . Adakah lebih besar daripada khalayak pembaca Melayu.

Apa petakanya , mengapa ia boleh hidup subur di era penjajahan tetapi tidak mendapat tempat selepas kemerdekaan.Sedangkan Utusan Melayu sangat berjasa kepada bangsa , agama dan negara. Siapa boleh menafikannya ? Mana pembelanya yang moto perjuangannya untuk agama, bangsa dan tanah air.

Puncanya kenapa ? Puncanya apabila kerajaan memansuhkan subjek tulisan jawi dan bacaan jawi daripada sekolah-sekolah pada awal tahun 1960an semasa Khir Johari menjadi Menteri Pelajaran.

Akibatnya pembaca tulisan jawi, tulisan asal bahasa Melayu semakin mengecil dan terus pupus. Selepas 30 tahun timbul satu generasi yang buta jawi. Amat mengejutkan sehingga hendak membaca teks Al Quran pun perlu dirumikan.

Itulah kesannya apabila tergamak membuat dasar yang memupuskan warisan bangsa kita.Bila sudah hilang pun masih tidak tersadar.Masih kurang kepekaan dan kepedulian kerana terlalu mementingkan kemajuan yang melulu bersifat kebendaan, Bahawa tamadun ini adalah kebendaan, projek material dan gah semata-mata .

Perlu disedari salah satu kehebatan bahasa Melayu ialah satu-satunya bahasa di dunia yang memiliki dua sistem tulisan yang sama kuat. Huruf Jawi dari Timur (Arab) dan huruf Latin dari Barat.

Adakah bahasa yang sedemikian wujud di mana-mana bahagian dunia. Mengapakah keistimewaan ini tidak dikekalkan.Agak pelik taksub kita kepada tamadun barat sehingga sanggup mengorbankan tulisan asal bangsa sendiri. Kita bangga dengan hanya menggunakan satu sistem tulisan sahaja iaitu huruf rumi “Latin”. Sumbangan Islam yang terbesar telah dinafikan dengan sengaja. Satu fobia ke atas tulisan tersebut. Mungkin dianggap kuno dan serba ketinggalan oleh golongan pendidikan barat yang menguasai pemerintahan.

Perlu diingat Jawi adalah warisan kita yang asal, tulisan permulaan BM sehingga menjadi ligua franca. Tulisan inilah yang mencetuskan tamadun kepada bangsa kita. Terbit ungkapan BAHASA JIWA BANGSA. Tulisan itu beserta khazanahnya mengisi jiwa dan jatidiri bangsa Melayu. Bila jawi terhapus bermakna segala khazanah tamadun kita akan dinyahkan daripada bangsa kita terutama generasi muda.

Justeru untuk memperkasakan BM, akhbar yang menggunakan dua tulisan mesti dihidupkan. Perlu ada daya usaha untuk menerbitkannya dengan nama Utusan Melayu, Utusan Bangsa, Utusan Rakyat atau apa saja.

Tujuannnya untuk menonjolkan kehebatan dan keistimewaan Bahasa Melayu seantero dunia. Satu-satunya bahasa yang memiliki dua sistem tulisan yang sama hebat Jawi dan Rumi di dunia.

Rencana tambahan :

Nasib tulisan Jawi

Awang tertarik dengan rencana tulisan seorang pembaca, Shahabudeen Jalil dalam ruangan Islam Global, sisipan harian Mega, Utusan Malaysia, 3 Februari lalu.

Beliau memaparkan pengalamannya melawat Xinjiang dan bagaimana pihak berkuasa di sana memberi penekanan kepada tulisan Jawi. Mengikut sejarah, majoriti penduduk autonomi Xinjiang berasal dari Turki. Islam tiba di wilayah itu lebih 1,000 tahun lalu (934 Masihi).

Menurut Shahabudeen, tulisan Jawi di wilayah itu yang menjadi asas kepada bahasa Uighur bukan sahaja masih kekal malah diagungkan. Tulisan tersebut dapat dilihat di papan-papan tanda jalan, iklan, poster mahupun dalam kad pengenalan.

Sambil Awang senyum tanda syukur kerana tulisan tersebut masih terbela di Xinjiang, Awang tertanya-tanya tentang nasib tulisan Jawi di Malaysia.

Suatu ketika tulisan Jawi menjadi skrip ilmu, komunikasi dan perantaraan yang penting di nusantara terutama di tanah air kita. Tetapi ia makin pupus dan hari ini tulisan tersebut sudah tidak mempunyai nilai komersial. Awang tidak mahu mengulas panjang tentang faktor-faktor semakin lenyapnya Jawi.

Begitu juga tentang lesunya komitmen untuk menyelamatkan tulisan itu. Selagi Melayu tidak sayang dan pertahan budaya, selagi itulah terlerai satu demi satu khazanah bangsa termasuk Jawi. Persoalannya apakah masih ada harapan untuk memasyarakatkan semula tulisan itu atau mungkin ia akan lebih cepat berkubur? Jawapannya bukan pada Awang tetapi pada kita semua.

Advertisements

About Sifuli

Bicara tentang makan minum, tidur baring, dan beranak pinak yang membina adat resam untuk kehidupan rohani, jasmani, jiwa dan raga. Diantara weblog Sifuli yang popular adalah seperti berikut: Dukun Asmara bicara tentang beranak pinak. Hipnotis Sifuli bicara tentang tidur baring. Jalan Akhirat bicara tentang adat resam (agama) Doa Ayat dan Zikir untuk rohani jasmani jiwa dan raga. Jika tak suka sekali pun janganlah tinggalkan komentar yang keterlaluan. Kerana segalanya adalah sekadar ilmu pengetahuan. Wasalam.
This entry was posted in Uncategorized and tagged , , , , , . Bookmark the permalink.

2 Responses to Orang Melayu adalah bangsa yang membunuh utusannya

  1. ady berkata:

    assalamualaikum wr wb Tuan guru,mengenai artikel kat atas sy sokong,cuma pertanyaan saya yg dhaif ini,betul kah sebutan bahasa jawi ni? cth ba di sebut be,ta jdi te dan seterusnya,klu btul mcmna dgn huruf arab,sbb salah sebut makna jadi lain,ustaz2 belah sana mmg ajar mengaji mcmni lah.

    • bulbasaur berkata:

      huruf jawi berasal dari huruf arab, tapi telah diubah suai untuk menulis bahasa melayu. tidak timbul kekeliruan sebutan, sebab saya rasa semua orang islam tahu quran perlu dibaca dalam bahasa arab maka sebutan pun arab lah. janganlah terkeliru antara tulisan jawi dan tulisan arab, nampak serupa tapi bahasanya kan berbeza. takkan lah baca quran macam baca tulisan jawi pulak….

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s