Sejarah Beting Beras Basah



Kaitan Kesultanan Perak dengan Beting Beras Basah telah wujud sejak zaman Sultan Muzaffar Syah 1 ( 1528 – 1549 ). Sejak itu, setiap Sultan Perak yang akan ditabalkan disyaratkan datang ke Beting Beras Basah ini untuk istiadat pertabalan pusaka dan bersiram tabal dan beberapa upacara lain yang akan disempurnakan oleh Pawang Diraja.

Selain Sultan, Raja Perempuan juga harus melakukan upacara yang sama. Kali terakhir upacara tabal raja ialah sewaktu pertabalan Sultan Azlan Shah dan Raja Perempuan Bainun pada penghujung tahun 1985.

Menurut cerita orang-orang tua di Bagan Datoh, sewaktu Almarhum Sultan Idris hendak ditabalkan menjadi Sultan Perak ke 33, dalam tahun 1963, baginda telah menyusur menggunakan sampan kecil hingga sampai di tapak tempat Sultan Muzaffar Shah mendarat pada 1528.

Beting Beras Basah adalah sebuah tempat yang terletak di muara Sungai Perak berhampiran dengan pekan Bagan Datoh, Perak. Terdapat dua cara untuk sampai ke Beting Beras Basah iaitu dengan melalui jalan darat dan jalan laut. Dari Teluk Intan, anda perlu melalui jalan raya sejauh 45 km menuju Pekan Bagan Datoh. Setelah sampai di pekan tersebut, anda boleh menaiki bot atau sampan untuk ke sana atau melalui Kampung Sg Balai dengan mengikut jalan darat yang mempunyai jambatan.

Istiadat pertabalan sultan-sultan Negeri Perak dilaksanakan di sini. Ini kerana mengikut sejarahnya, Sultan Muzaffar Shah iaitu Sultan Perak pertama telah ditabalkan disini. Sejak itu, keturunannya atau sesiapa yang akan menjadi Sultan Perak diwajibkan datang ke Beting Beras Basah untuk istiadat pertabalan.

Beting Beras Basah hanya dapat dilihat sewaktu air Sungai Perak surut terutamanya pada waktu pagi dan ianya akan tenggelam sewaktu air pasang. Tempat ini dianggap keramat oleh penduduk kampung kerana pelbagai peristiwa aneh. Menurut sumber lisan orang tua, tempat ini dijaga oleh Jin Negeri Perak yang dipunyai oleh Raja Ahmad ( putera Sultan Abdul Malik Shah ) sehingga kini.

About Sifuli

Bicara tentang makan minum, tidur baring, dan beranak pinak yang membina adat resam untuk kehidupan rohani, jasmani, jiwa dan raga. Diantara weblog Sifuli yang popular adalah seperti berikut: Dukun Asmara bicara tentang beranak pinak. Hipnotis Sifuli bicara tentang tidur baring. Jalan Akhirat bicara tentang adat resam (agama) Doa Ayat dan Zikir untuk rohani jasmani jiwa dan raga. Jika tak suka sekali pun janganlah tinggalkan komentar yang keterlaluan. Kerana segalanya adalah sekadar ilmu pengetahuan. Wasalam.
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

3 Responses to Sejarah Beting Beras Basah

  1. Husaini Mohdnoor berkata:

    king solomon the legend…..

  2. Syasyarina berkata:

    Saya adalah cicit kpd ibrahim md taha,waris dr isteri ke 4 yg makamnye berada di sg.durian..

  3. HALIJAH BT MOHD YUSOF berkata:

    saya adalah generasi ke4 drpd almarhum moyang saya iaitu MUHAMAD SARBAINI IBNI HJ.ABDULLAH ISMAIL.Beliau lebih dikenali sebagai LEBAI MAT PALEMBANG berdasarkan susur galur silsilahnya yg berasal dari kesultanan PALEMBANG.Masih igt lg ketika arwah atok iaitu MAT SHAH masih ada keluarga besar kami akan pergi ke BETING BERAS BASAH beramai2.Disana beberapa org ahli keluarga yg lebih tua akan melakukan satu upacara di ASTAKA yang terdapat disitu.PULUT KUNING,AYAM GOLEK,BERTIH dan beberapa perkara lagi diletakkan diatas astaka.Generasi paling muda pula dimandikan dengan air yang mengalir terus ke laut lalu kami diusap dengan asap kemenyan.selesai disitu kami terus ke tepi pantai BETING BERAS BASAH.Menjejak kaki disitu adalah harus,kata arwah ATOK.Kini dah lebih 20 tahun ATOK tiada.Walaupun adat ini tidak lagi kami lakukan tapi kami tetap ke BETING BERAS BASAH kerana disini bermulanya silsilah keturunan kami yang berasal dari PALEMBANG,INDONESIA.

Tinggalkan komen