Siapakah sebenarnya Bani Tamim ?



TA MIM

Tahukah anda bahawa quran di turunkan dengan berbahasa arab dan surah pertama berbunyi iqra’..”bacalah” Bacalah di sini membawa maksud ‘break the code’. Agama hanif mengandungi rahsia-rahsia dan rahsia itu di simpan di dalam kitab dan pada dada mereka yang di beri keilmuan. Kajilah dan anda akan jumpai sesuatu.

TA = tanah,

MiM= Melayu

Andalah pemuda-pemuda bani ta mim yang mampu menghancurkan bukit bukau itu.

Kenapa tanah melayu saja?

Anda harus tahu di mana sudut geografi tanah melayu ini. Seperti saya sebutkan di atas, Dunia melayu yang saiznya sebesar eropah ini adalahsecara keseluruhannya di gelar tanah melayu. Tapi, sebenar-benar TANAH itu adalah ‘tanduk’ / ‘Zakar’ / ‘jantung’ bumi ini.

Jadi, berbaik sangkalah sesama rumpun dan teruskan persatuan agar MIM itu mekar berdiri di hujung zaman. Kita juga tahu bahawa, keturunan di raja adalah dari keturunan iskandar zulkarnain. Jika di katakan iskandar itulah cyrus the great, maka kita tahulah iskandar itu datangnya dari parsi dan membawa bangsa aryan bersama ke sini. Tapi, harus di ingat kesultanan haruslah tahu tentang ilmu agama, ilmu kebatinan, ilmu perubatan, ilmu sains teknologi, ilmu kesaktian dan berbagai lagi demi bergelar sultan. Jika tidak, anda hanyalah sultan pada nama. \Ddirect to the point bukan?! Ini di tambah lagi dengan kesetiaan bangsa asli (orang asli/pribumi) yang tinggal di sini dan di merata dunia. Mereka tidak akan mengambil tahta bahkan mereka akan membantu untuk membangun demi kesejahteraan bersama. Orang asli ini adalah mereka yang terselamat di dalam banjir besar itu. Mereka tinggal di gua-gua. Bukti arkeologi seperti Perak Man adalah bukti tentang wujudnya komuniti orang asli ini yang telah tinggal di gua-gua selepas tamat era banjir besar. Kemudiannya, mereka merantau dan menuju ke segenap pelusuk dunia demi penerusan survival. Yang tinggal kini adalah saki baki penduduk asal tanah sunda yan tidak lagi mahukan kehebatan kerana cukuplah dengan bencana yang pernah berlaku dulu. Kenapa itu terjadi? Ini kerana di sinilah bermulanya ketamadunan pertama dunia. Tidak dapat terima hakikat ini?

Terdapat faktor-faktor Orang asli yang merantau ke seluruh dunia (asalnya dari sini) dan terselamat dari banjir besar oleh Peter Bellwood dalam buku the Austronesian:-

-berdasarkan rantaian makanan

-berdasarkan pengangkutan (perkapalan adalah teknologi paling ‘advance’ di tanah melayu)

-berdasarkan daya mengelak dari suhu sejuk (bila banjir surut, suhu jadi sejuk)

-berdasarkan explorasi peta sekitar

-berdasarkan pembiakan waris

-berdasarkan material kegunaan

Berdasarkan teori ini, orang asli ini membuka penempatan di seluruh dunia kerana mereka pada masa itu cukup ‘advance; tapi kenapa kini kita melihat mereka bercawat dan ketinggalan zaman. Ini kerana mereka tidak mahu lagi keberadaan kerana keberadaan atau kekayaan nenek moyang mereka dululah menyebabkan mereka hampir lupus di muka bumi.

MEREKALAH SATU-SATU BANGSA YANG MASIH ‘HIDUP’ BERSAMA BANGSA MIM. Walaubagaimanapun, proses asimilasi juga berlaku di kalangan mereka dan ‘pendatang’ dari waris NUH. Maka terlahirlah Mala-aborigin, Austranesian dan sebagainya. Apa yang penting adalah, mereka ini cukup taat pada sultan yang di pilih setelah anak raja itu mengalami proses pembelajaran 3,5,7 dan 9.

Apakah proses itu 3,5, 7, 9?
Proses ini adalah proses pembelajaran anak-anak raja demi menjadi raja-raja agung. Pada usia kecil mereka akan di dedahkan dengan adat-adat yang di pegang oleh kewalian 3, seterusnya belajar silat dari kewalian 5, seterusnya belajar agama dari kewalian 7 dan akhirnya belajar tentang kehidupan dari kewalian 9. Mereka di dedahkan demi mecncapai syariat,hakikat makrifat dunia dan akhirat. Akhirnya tahulah mereka apakah itu ILMU SEGALA.

Ilmu segala yang telah di turunkan pada yang haq adalah lesen mengenai siapakah mereka-mereka ini. Jika mereka mampu menyebut nama-nama ilmu dalam titisan lautan keilmuan ALLAH, makanya, dialah waris ADAM, NUH, IBRAHIM dan MUHAMMAD yang bertubuh manusia berjiwa dewa.

Melayu tidak harus tinggalkan adat dan ilmu lama kerana itu adalah haq melayu (sebagaimana bangsa lain, mereka juga di beri haq keilmuan masing-masing). Islam pula adalah agama universal yang dapat menyatupadukan umat di seluruh dunia. Tapi, sedihnya saya tidak dapat melihat itu di zaman ini kerana masing-masing mahu menunjukkan siapa lebih islam. Bagaimana mereka nyatakan mereka islam sedangkan hati mereka tidak pun islam/selamat = tenang. Mereka melihat tubuh badan orang lain sedangkan ALLAH lebih dekat pada urat leher pada diri sendiri. Ini adalah kegilaan apa? Ini adalah bahana penyakit cinta dunia takut mati yang sudah merasuk kedalam tubuh badan umat islam itu.

Akhir kata, ISLAM itu UNIVERSAL,bertemu MELAYU bersifat UNIVERSAL, di tanah bekas UNIVERSAL.

Ajaibnya, inilah metafora syariat+hakikat+makrifat. Syariat=islam, Hakikat=kerahsian melayu universal, Makrifat=bekas pentas sunda syurga dunia. Sekali lagi saya ingatkan anda bahawa anda harus faham apa itu melayu dan buangkan kebangsaan melayu buatan politik. Jika tidak anda tidak mampu untuk menafsir apa yang sedang dan akan berlaku. Jika sesuatu berlaku, mereka yang tidak ketahui tadi akan sengsara dan merana lantas datanglah dajjal cuba menipu sedaya upaya dengan hakikat makrifat yang menipu yang bersandarkan pada firaun. Meskipun benar, tapi ia bukanlah kebenaran sebenar.

Dek kerana itulah takkala munculnya pak Dajjal ini, segala tok-tok imam akan masuk geng dia. Ini kerana Dajjal mengetahui kerahsiaan hakikat dan makrifat. Melalui itulah juga dia akan membelit kita semua. Mula-mula mengaku sebagai penyelamat, kemudiannya sebagai nabi dan seterusnya menjadi tuhan, sama seperti firaun lakukan. Pada era firaun dulu, para firaun ini mengetahu hakikat yang cukup tinggi yang mana sebarang kata mereka pasti jadi. Dari situ timbul bongkak dan akhirnya dia bertemu seteru yang sama taraf dengannya yakni MUSA dan HARUN. Dua orang nabi di hantar untuk menumpaskan firaun tapi akhirnya firaun tumpas di ‘makan’ lautan. Apatah lagi tika dajjal ini keluar. Anda mampu menanganinya?! Apapun, saya hanyalah seorang murid dan sedang belajar dari anda juga.

Takkala ini, saya melihat ramai yang cuba untuk meng-arab-kan adat serta jalan dakwah. Dek kerana itulah terjadinya ‘perang’ di antara umat islam di seluruh dunia. Dakwah harus kreatif dan berdasarkan kesuaian adat dan istiadat sesuatu kaum itu. Sekarang ini masih ramai yang melihat serban dan janggut berbanding kain pelikat serta orang tua bertongkat. Kita jarang melihat keilmuan di dalam diri seseorang itu. Kita sering saja menyerang seseorang tanpa sebab lalu berdabik dada mengatakan ‘ilmu aku cukup kerana aku pernah belajar di al-azhar atau telah mendapat PHD dalam sekian-sekian jurusan”. Persoalannya, adakah golongan ini yang akan membangkitkan sesuatu dari timur.

Apa yang saya lihat, golongan ini semakin menyemarakkan api perselisihan dan pertelingkahan lastas membunuh saudara seislam dengan label-label tertentu. Belum lagi di tambah dengan frasa politik dan polimek. Islam dan melayu kelihatannya seperti sarkas. Alif wau mim..sarkas.

……………………………………………………………

PENGAKHIRANNYA

Apa yang saya beritahu ini hanyalah kajian, pendapat dan soal selidik saya selama ini dalam membongkar rahsia kemelayuan yang sering saja di salah ertikan. Ini ditambah pula dengan mainan para pembelot bangsa serta musuh-musuh di sekeliling kita tanpa kita sedari.
Tidaklah saya menyuburkan perkauman di sini tapi cukup sekadar saya memberitahu apa makna MELAYU sebenarnya.

Ada pemimpin tahu akan rahsia MIM ini tapi mereka masukkan pula unsur politik, terus jadi rojak. Jika anda ke UiTM Shah Alam, anda akan dapat lihat dari jauh di bangunan chanselori, satu replika MIM yang berbentuk keris di letakkan atas bukit. APA MAKNANYA INI? Di tambah pula dengan sentimen politik pada tahun lepas di mana UiTM menyiarkan slogan “UiTM benteng melayu terakhir”. Fahamkah mereka apa yang mereka war-warkan itu? Replika di atas bukit itu bermaksud bahawa bangsa melayu ini datangnya dari bangsa-bangsa gunung (Pentas sunda yang tenggelam, Tibetan, Aryan dan lain-lain).

Pergabungan ini akhirnya menjadikan Malaysia seolah-olah satu-satunya negara yang mempertahankan kemelayuan?! Apakah indonesia tidak begitu? Apakah Thailand lebih-lebih lagi selatan thai tidak mempertahankan kemelayuan? Apa yang pasti mereka semua mempertahankannya tapi tidak langsung bergabung atau bersatu akibat politik, ketenteraan, keselamatan dan perbezaan pendapat serta kepentingan sosio-ekonomi. Ternyata ketidaksatupaduan ini telah meremuk secara halus kemelayuan sedikit demi sedikit. Mungkin lagi 10 tahun, kita tidak lagi akan di gelar melayu tapi sebagai satu negara bangsa. Negara bangsa Malaysia, negara bangsa indonesia, filipina, Thailanda dan sebagainya. Manakala sisa-sisa kota-kota lama akan di ubah mengikut siapa yang memegang tampuk penguasaan itu. Jika di situ budhaa yang pegang, maka candi tadi akan di nyatakan sebagai candi budhaa 1000 tahun lalu!!! Kalau hindu pula, mereka nyatakan candi itu milik hindu dan sebagainya. Akibatnya anak cucu tidak lagi dapat melihat asal usul bangsa ini. Jadi, jika ini terjadi, selamat tinggal bangsa Melayu, kerana kalian telah pun membangsakan MIM itu dan kalian termaktub dalam sunnatullah tentang penghapusan bangsa-bangsa seperti di dalam Al-quran. Maka, tunggulah bencana yang bakal menimpa.

“Tiap-tiap umat mempunyai batas waktu ; maka apabila telah datang waktunya mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaatpun dan tidak dapat memajukannya”
ayat 34 surah al-araf

Pilihan di tangan anda. Anda mahu memilih untuk menjadi negara bangsa atau menjadi nusabangsa berNUSA-Antara (bermaksud; international/universal). Itu adalah pilihan anda. Saya hanya memberi sedikit bukti yang saya ketahui dan saya yakin terdapat banyak lagi bukti di luar sana. Ini belum lagi di tambah dengan kenapa gempa bumi berlaku di janda baik dan sekitar pahang serta baru-baru di negeri sembilan. Kepada mereka yang telah membaca dan menganalisa teori FUTURE PHENOMENON dari saya, sudah pastinya kalian akan dapat melihat kenapa ianya berlaku dan kenapa di timur.

Ini ada sedikit lagi klue yang harus saya berikan. Antaranya ialah:-

-Waris Ibrahim adalah tanda pemegang ekonomi. Pada zaman dulu, waris Hajar yakni bangsa arab memegang ekonomi dunia (tika empayar khalifah bermula). Kemudian, di susuli dengan ekonomi para yahudi dan campurannya (yakni zaman sekarang). Maka, masa depan adalah hak milik waris dari Qeturah/Jawiyah ini pula. Tapi bagaimana pula ianya bangkit. Itu anda sendiri yang jawab.

-Bunian adalah sebangsa dengan puteri Balqis yang berkahwin dengan Nabi Sulaiman. Maka, dari situ lahirlah suatu bangsa ‘jin tak jin, manusia tak manusia’…Hanya alam melayu banyak perkara perihal bunian selalu terjadi. Anda percaya?!

-Ketua Pemuda Bani Ta MIM ini adalah Syuib Salleh. Untuk mengetahui kuncinya, carilah mengenai nabi Syuib (kaum Madyan) dan Nabi Salleh (kisah unta)

-1435 Hijrah adalah tarikh ‘akhir’ seorang reformer atau mujaddid harus ‘muncul. Sekarang menghampiri 1431, jadi di mana beliau?

-Melayu hebat kerana keilmuannya bukan kerana sifat badannya yang berketul-ketul seperti puak-puak rom sana. Jika seorang melayu yang berbadan kecil berlawan dengan seorang ‘fighter’ berbadan tegap dari u.s, saya rasa fighter tadi akan kalah dulu. Ini kerana akalnya melayu itu ligat dan cepat. Tapi kenapa sekarang sudah tidak ligat dan cepat? Anda jawab!!!

-Orang sekarang sudah tidak menganggap melayu itu islam. Kerana islam itu adalah islam, kenapa pula harus melayu. Memang benar pernyataan tersebut. Tapi, jika anda seorang ‘melayu’, tidakkah anda juga seorang islam. Zaman sekarang ini saja baru muncul Melayu kristian atau Melayu hindu. Ini semua akibat ‘kebebasan beragama’. Maka taniah saya ucapkan. Lagi cepat bencana yang akan turun.

-Bencana yang selalu berlaku sering kali di anggap kebetulan atau bencana akibat alam. Tapi bila di herdik mengenai islam, terus melatah dan keluarkan hujah Al-quran dan hadis, tapi bila sebut bencana-bencana ini tidak pula mereka kata itu adalah ‘amaran’ dari ALLAH. Tidakkah mereka berfikir?!

-Kebangkitan adalah dengan perang? tak de benda lain ke? atau muslim dah buntu mencari jalan demi kebangkitan islamiyah?!

Apa yang pasti, seorang ‘melayu’ itu tidak harus tinggalkan keilmuan kemelayuannya, juga tidak harus tinggalkan spiritualnya kerana nenek moyang kita adalah orang baik-baik. Seorang Melayu itu juga harus hidup berlandaskan syariat islamiyah serta mengadaptasikan IHSAN kedalam diri.

IHSAN adalah ‘engkau menyembah Allah dengan cara seakan-akan engkau melihat-Nya. dan, jika engkau tidak melihat-Nya, maka ketahuilah bahwa Dia melihatmu.”. Senang kata IHSAN itulah TARIQAT yang membawa kepada HAKIKAT dan menuju ke MAKRIFAT. Bila ini berlaku, syariat tadi menjadi cukup utuh sehinggakan jika datang musuh untuk memusnahkan kita, seorang ‘melayu islam’ itu akan dapat menghapuskan 1000 daripadanya. Inilah IKHWAN YANG TIDAK TERKALAH ITU. Walaubagaimanapun, seorang melayu itu haruslah bersopan santun kerana moyang kita adalah seorang penyantun serta tidak terpegaruh dengan pemakaian untuk di tonjolkan. Hal ini berlaku sehinggakan kita tidak akan tahu siapa mereka-mereka ini tapi jika musibah berlaku, ramai yang akan datang tampil sebagai pendekar, bukannya pesilat.

“Sesungguhnya Ibrahim itu benar-benar seorang yang penyantun lagi penghiba dan suka kembali kepada Allah.”
Surah Hud ayat 75

……………………………………………………………

AKHIR KATA

Syukur Alhamdulilah akhirnya telah selesai amanah yang harus saya sampaikan. Ia cukup-cukup membebankan dan selagi saya tidak menyampaikan, ia akan memberatkan saya.

Definisi yang harus anda faham adalah:-

Bangsa MIM adalah asimilasi kepelbagaian bangsa lantas menjadi satu identiti tapi masih mengekalkan ada istiadat sesuatu kaum yang asal.

Melayu pula adalah bahasa penyatuan yang menyatupadukan rumpun-rumpun kemelayuan di dunia melayu.

Dunia melayu adalah geografik tempat tinggalnya rumpun-rumpun melayu yang mana adalah bekas pentas sunda yang tenggelam dan ia merangkumi semenanjung tanah melayu, kepulauan jawa, sumatra, borneo, sulawesi, filipina, kepulauan polynesia, utara australia dan indo-china.

Keilmuan Melayu adalah ilmu yang berasal dari nenek moyang (mungkin dari jurai kenabian) yang mana merangkumi spiritual, fizikal, sains, kimia kuno dan astronomi serta maritim. Ia juga merangkumi ilmu keagamaan islam serta sedikit dari agama hanif Ibrahim.

MIM adalah huruf hijayiah/arab/jawi yang bermaksud Muhammad rasullulah serta bersimbolkan anak kunci kepada sesuatu pintu.

Definisi yang saya ingin berikan mengenai bangsa mim+melayu islam di nusantara ini adalah seperti berikut:-

“Bangsa asimilasi berjuraikan kenabian, berdarah para dewa dan raja agung, dari tanah-tanah tinggi yang berasal dari tanah sunda tertinggi yang mengamalkan syariat islamiyah serta hidup berserumpun bersandarkan bahasa melayu sebagai bahasa penantara”

Sekali lagi kita imbas untuk kali terakhir:-

“Nabi ADAM di beri ilmu segala dan di wariskan kepada anak cucunya untuk menjadi khalifah di muka bumi ini. Kerana hebatnya ilmu itu, skala kekhalifahan itu merangkumi langit dan bumi. Akibat dari kehebatan mereka itu, para manusia ini mengidolakan mereka sehingga membuat patung-patung lalu di sembah. Dek kerana itulah ada para dewa ini menetap terus di ‘langit-langit’ dan tidak lagi mahu turun sehinggalah pintu kayangan itu di tutup sepenuhnya tika kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. Pintu itu tidak akan terbuka lagi tapi hanya yang berhaq atau di beri ilmu warisan ini saja yang dapat berhubung dengan para kayangan di ‘atas’ sana. Di muka bumi pula, kekufuran telah berlaku dan berluasa sehinggalah banjir besar terjadi. Banjir besar itu telah menenggelamkan PENTAS SUNDA si tanah paling tinggi bergelar syurga dunia itu sehingga hanya puncak-puncak paling tinggi yang kelihatan. Di puncak inilah kita diami sekarang.

Bahtera NUH itu di penuhi dengan pelbagai ras kaum dan bangsa. Besarnya Bahtera itu tidak di jangkau akal sehinggakan di gelar ‘rumah’ pada tika itu. Proses asimilasi berlaku di dalam ‘rumah’ itu dan menwujudkan bangsa MIM atau Quraisy kuno. Dari susur galur NUH ini terbitnya bangsa-bangsa kini. Tapi, ada juga bangsa di musnahkan kerana kesesatan yang nyata mereka bawa akibar dari penyembahan sesama makhluk.Waris yang di beri ilmu segala ini seterusnya harus mengajar dan mendidik kaum dan bangsa mereka. Ada yang di musnahkan dan orang yang beriman dari kalangan bangsa musnah itulah yang seterusnya menerbitkan bangsa baru sehinggalah membawa kepada generasi kita.

Era Ibrahim adalah era di mana ketentuan di ‘takdirkan demi masa depan’. Hajar menerbitkan arab. Sarah menerbitkan Bani israel dan Qeturah atau jawiyah ini menerbitkan madyan dan lain-lain yang mana menerbitkan bangsa aryan lalu di bawa kemari waris itu oleh para pelarian kemboja asli. Lalu di asimilasikan dengan penduduk asal di tanah bekas pentas sunda yang tenggelam ini yakni orang asli yang telah terselamat dan tinggal di gua-gua. Seterusnya hasil dari pedagangan china dan arab membawa kembali salasilah Ibrahim dari susur galur HAJAR. Salasilah SARAH pula di bawa secara rahsia oleh NABI MUSA lantas di kenali sebagai the lost tribe. Kerana ‘lost’nya tribe ini, maka ia tidak dapat di jumpai sehinggalah kini ia di buka sendiri oleh para pengkaji eropah serta cendikiawan dari sini.

Ketamadunan dari jurai kenabian ini telah di pegang oleh raja yang harus mengetahui ilmu dunia dan akhirat. Jika tidak, atas nama saja sultan itu berkuasa dan daulat itu tiada. Daulat itu adalah tanda adanya haq pada mereka dan takkala daulat itu di sanggah, terimalah dikau akan balasan kerana yang di pilih bukan kerana makhluk tapi keranaNYA. Jika tiada haq, pasti bala akan terima dan akibatnya Melaka jatuh ketangan portugis dan seterusnya pergaduhan sesama kesultanan terjadi. Maka, lahirlah negara bangsa seperti sekarang ini. Tapi sudah pasti mereka yang amat logikal akalnya akan berkata ‘ahh..itu cuma kebetulan’. Kebetulan kepala hotakkau berjambul kata P.ramlee. Apakah dunia ini juga di cipta kerana kebetulan dan kebetulan pula kita sebagai manusia?! Anda yang jawab.

Kerahsiaan bangsa MIM baru atau di gelar MELAYU ini akhirnya di buka dengan kerahsiaan demi kebangkitan kali kedua ISLAM. Jika bukan kerana ISLAM, melayu takkan bangkit kerana ISLAM adalah penyebab Melayu harus bangkit. Jika tidak, selamanyalah melayu itu me-layu dan tidur di tendang-tendang oleh musuh-musuh di sekeliling. SANG NAG SEDANG TIDUR, MARI KITA BUNUH DIA. Tapi, sekali naga bangkit, bukan saja musuh malah bumi pun gentar. Ini termaktub dalam hadis nabi yang mana kebangkitan adalah dari timur. Tapi, ramai orang beranggapan timur itu di Asia tengah timur sikit, akibatnya perang tak sudah di nyalakan di sana. Tak puas dengan itu, nusantara pun terkena biasnya. Ekonomi meruntuh tapi nak runtuhkan bagaimana jika ‘giliran perekonomian IBRAHIM’ itu sedang berlangsung.

Kita lihat saja dalam masa terdekat, mungkin 1-2 tahun ini, sistem kapitalis atau ekonomi yang di pegang oleh yahudi dan para campurannya akan mendesup jatuh tanpa di selamatkan lagi. Tiba-tiba, muncul pula ramai orang kaya di sekitar nusantara. Nanti anda saksikanlah ia.”

Demi 1431 hijrah yang jatuh pada hari jumaat serta tahun 2010 yang juga jatuh pada hari jumaat dan bertajul mulukkan ‘air’, maka kita akan lihat bangsa ‘air’ akan mengambil alih bintang ‘ikan’ kepada ‘balang berisi air’ ini. Jika mahu berjaya, sistem maritim adalah kekuatan nusantara ketika dulu. Pelabuhan dunia adalah gelaran kita. Selain itu, wujudkan juga keilmuan lama yang di beri nafas segar seiring dengan masa serta beralaskan syariat islamiyah yang benar agar ia tidak lagi terpesong dan tiada lagi ‘jin belaan’ akan di gendong. Wujudkanlah juga sains islam yang tidak langsung memandang barat yang hanya percaya pada tuhan fizikal. Kita berspiritual dan berfizikal dan kita adalah sempurna kerana kita memiliki kedua-dua elemetn. Jika ini berjaya, nanti lihatlah kenyataan “cacat seorang lelaki itu jika tidak dapat berjalan atas air dan terbang” akan menjadi kenyataan.

Realiti ini amat jelas jika kita melihat di sana sini orang mulai mencari spiritual dan kekuatan tenaga alam semesta. Realiti itu sehinggakan di pawagam ada saja Hollywood menayangkan cerita-cerita ‘superpower’ seperti x-man dan sebagainya agar bila orang menceritakan perkara itu, lantas mereka akan memotong lalu berkata “kau banyak tengok movie ni”. Apakah ALLAH itu lemah dalam memberikan sesuatu yang di luar adat manusia. Adat manusia kini saja yang tidak mempercayai kekuatan spiritual sedangkan ianya adalah kebiasaan pada zaman dulu kala. Maka, fikirkanlah. Apapun, sekali lagi saya katakan bahawa siri-siri bangsa MIM ini adalah kajian, pendapat, hasil pengumpulan data dan cerita orang lama. Maka, ianya hanyalah ‘tool’ untuk anda untuk mempercayai bahawa kisah kebangkitan akhir zaman bukanlah satu dogengan atau cerita bertaraf ‘Harry Potter’.

Oleh itu, di tangan andalah ianya akan di luaskan. Jika anda sayangkan Islam dan Melayu, maka sebarkanlah ia dengan kreativiti anda sendiri. Jangan pula taklid pada ilmu saya kerana ilmu saya masih cetek. Kaji dan analisalah klue dan ‘tools’ yang saya berikan ini agar kebangkitan islam kedua akan menjadi realiti. Insyallah ianya akan menjadi realiti. Akhir kata dari saya, ampun maaf jika ada salah silap dalam karya ini dan semoga ianya dapat membantu kita dalam menjalani kehidupan seharian. Dunia adalah permaian dan gurauan tapi AKU tidak bermain dengannya.
”Barangsiapa Yang Mengamalkan Ilmu Yang Ia Ketahui Maka Allah Akan Memberikan Kepadanya Ilmu Yang Belum Ia Ketahui”. (HR Imam Ahmad)

“Apabila jiwa manusia benar-benar berjanji akan meninggalkan semua dosa, nescaya akan terbang dia ke alam malakut (di langit), kemudian kembali membawa berbagai ilmu hikmah tanpa berhajat pada guru”. (HR Imam Ahmad)

Allah berfirman kepada Isa: “Aku akan mengirimkan satu umat setelahmu (ummat Muhammad Saw.), yang jika Aku murah hati pada mereka, mereka bersyukur dan bertahmid, dan jika Aku menahan diri, mereka sabar dan tawakal tanpa [harus] mempunyai hilm (kemurahan hati) dan ‘ilm [ilmu].” Isa bertanya: “Bagaimana mereka bisa seperti itu ya Allah, tanpa hilm dan ‘ilm?” Allah menjawab: “Aku memberikan mereka sebagian dari hilmKu dan ‘ilmKu.”(Hadis Qudsi; Futuh Mishr wa Akhbaruha)

“TAKKAN MELAYU HILANG DI DUNIA”
Hang Tuah

Anda fahaminya sekarang?!

INFO PENDEKAR SUFI
rujukan:-

-Al-QURAN dan hadis
-EDEN in the east, STEPEHN OPPENHEIMER
-ATLANTIS; FINALY FOUND, Prof Arysio Santos
-Hikayat Inderapura
-Hikayat Merongmahwangsa
-Hikayat Sejarah Melayu
-cerita-cerita orang tua

About Sifuli

Bicara tentang makan minum, tidur baring, dan beranak pinak yang membina adat resam untuk kehidupan rohani, jasmani, jiwa dan raga. Diantara weblog Sifuli yang popular adalah seperti berikut: Dukun Asmara bicara tentang beranak pinak. Hipnotis Sifuli bicara tentang tidur baring. Jalan Akhirat bicara tentang adat resam (agama) Doa Ayat dan Zikir untuk rohani jasmani jiwa dan raga. Jika tak suka sekali pun janganlah tinggalkan komentar yang keterlaluan. Kerana segalanya adalah sekadar ilmu pengetahuan. Wasalam.
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

20 Responses to Siapakah sebenarnya Bani Tamim ?

  1. As’kum,daripada kajian saya Bani tamim(yang sering diperkatakan) TAMIM bermakna SAMA.Akan muncul diakhir zaman ini Pemuda Bani Tamim,yang akan bersama dengan Imam Mahdi.Imam disini bermaksud,Ketua sementara Mahdi bermaksud penyelamat.Mereka berdua akan memimpin manusia di akhir zaman kejalan benar,membetulkan akidah seluruh manusia seluruh dunia tentang kebenaran keagungan ALLAH tuhan Rabul alamin.Mereka berdua ini ber asal dari keturunan Nenek Nabi Sulaiman a.s.Nenek Nabi Sulaiman selain diangkat menjadi seorang Nabi Beliaulah juga dianugerahkan ALLAH sebagai seorang Raja pertama dimuka bumi,yang bergelar SULTAN ISKANDAR ZULKARNAIN.Dianugerah ALLAH mukzizat memerintah seluruh makhlok dan kejadian diantara langit dan bumi,sampai baginda berkahwin dengan Puteri anak Raja Jin ia itu Nenek Puteri Balkis.Disitu era Raja memerintah dimuka bumi.beliau memerintah dialam nyata dan alam ghaib.Pemuda Bani Tamim akan membawa Panji-Panji hitam dari timur,beliau lahir kedunia dizamannya dahulu sebelum zaman Nenek Rasulullah lagi.beliau tidak wafat seperti Nenek Nabi yang lain melainkan diangkat kelangit,beliau lahir membawa nama kekuasaan ALLAH dimuka bumi ini.Beliau memiliki mukzizat yang ALLAH anugerah dan diakhir zaman beliau akan kembali muncul dan akan membawa Panji-Panji hitam bersama Imam Mahdi.Sementara Imam Mahdi adalah seorang yang paling Istemewa di sisi ALLAH,Baginda Jua yang awal dan juga yang akhir,Pembawa rahmat di muka bumi ini,sesuai dengan sifat ar-rahman dan ar-rahim Baginda.mereka bersama berperang memerangi jihat akhir zaman,Zihat Nafsu.memerangi manusia bergelar syaitan dikalangan manusia,mereka sejenis makhlok sombong bongkak,takabor dan banggadiri,bersifat angkoh.yang di panggil DAJJAL.Yang tanda-tanda jelas dajal.yang tersurat dan tersirat.mereka sebenarnya sudah ada di kalangan kita umat manusia dibumi ini.hanya menanti untuk mengistihar diri mereka sahaja.awasi manusia disekelilingi anda mungkin antara mereka pengikut dajal.amalan di akhir zaman ini 2 perkara dalam 1.Wassalam.

  2. Salam, nak tanyala. Macam mana penulis tahu 1435 Hijrah adalah tarikh ‘akhir’ seorang reformer atau mujaddid harus ‘muncul? Boleh nyatakn sumber x? Sy benar2 nak tahu ni… TQ =)

  3. khairul says:

    Al ‘ajal ya Imam Zaman A.S..

  4. Kenchana_md says:

    Askm Pakcikli.
    Terima kasih pendedahan ini.
    Ulasan saya mengenai phrasa kata tuan ini:

    “-1435 Hijrah adalah tarikh ‘akhir’ seorang reformer atau mujaddid harus ‘muncul. Sekarang menghampiri 1431, jadi di mana beliau?”

    Komen saya: Tarikh akhir seorang feformer/mujaddid itu pada 21.12.2012 atau 7 Safar 1434H (Hari Jumaat), kerana pada tarikh itu planet bumi memasuki “zon kiamat”. al-Quran mengatakan (54:1):”Telah dekat (datangnya) saat itu dan telah terbelah bulan”. Perhatikan perkataan “telah terbelah bulan” tarikh itu pada 7 Safar 1434H(Jumaat). Ini bermakna bumi memasuki ‘zon kiamat'(sangat hampir) ibaratnya kita telah memasuki Tol Gombak dari Pantai Timur atau Tol jalan Duta dari utara atau Tol Sungai Besi dari arah Selatan.Dalam soal ini Barat lebih nampak dari kita tetapi maklumat dari Barat lebih kepada ‘barang tiruan’ berbanding dalam Islam yang ‘original’ tetapi orang Islam tidak mengetahuinya.Bila dah sampai Tol Gombak atau Tol Jalan Duta atau Tol Sungai Besi maknanya dah dekat dengan KL tu, begitulah bila dah sampai bulan terbelah pada 7 Safar 1434H atau 21.12.2012 (jumaat)dekatlah dengan kiamat atau ‘zon kiamat’.Signalnya ‘bulan terbelah’ kerana pada pengamatan kita ‘bulan penuh’ atau bulan purnama jatuh pada 15hb Qamariah jadi bulan separuh/terbelah pada 7hb Qamariah.Itu perkiraan kita sebenarnya.

    Bagi saya perlu ada ‘reformer’ atau ‘mujaddid’ untuk mengepalai kenderaan yang apabila memasuki ‘zon kiamat’ ni bukan seperti pemimpin yang kita fikirkan sekarang.

    Petanda memasuki zon kiamat ini adalah bencana besar 2012 yang bersepah dibincangkan di Internet sekarang ini. Perihal ini sudah diberitahu oleh al-Quran pada ayat 210 surah ke 2, keterbalikan 2012 atau ‘pole shifting’ pada tahun berkenan yang dibincang oleh Barat. Dalam ayat itu al-Quran menyatakan.
    (210 surah ke 2) (Orang yang ingkar itu) tidak menunggu melainkan kedatangan (azab) Allah kepada mereka dalam lindungan-lindungan awan, bersama dengan malaikat (yang menjalankannya), padahal telahpun diputuskan perkara itu; dan kepada Allah jua kembalinya segala urusan.

    Perhatikan keyword ‘dalam lindungan awan’. Pada 21.12.2012 planet bumi berada dalam lidungan awan/the dark rift seperti gambarajah disini http://www.infinitelymystical.com/essays/2012-astronomy.html

    Semoga kit termasuk golongan yang berfikir mengenai fenomena ini. Fikir-fikirkanlah 21.12.2012 atau 7 Safar 1434H ini atau keperluan tarikh munculnya seorang reformer untuk menginderai planet bumi ini selanjutnya.

  5. ikhwan2011 says:

    HambaNYA Yg Ingin Tahu….berkata
    Salam, nak tanyala. Macam mana penulis tahu 1435 Hijrah adalah tarikh ‘akhir’ seorang reformer atau mujaddid harus ‘muncul? Boleh nyatakn sumber x? Sy benar2 nak tahu ni… TQ =)

    Assalamualaikum wrt,
    biarlah saya jawab bagi pihak penulis. 1435H adalah anggaran penulis sahaja [pada pendapat saya]. sewajarnya selewat-lewatnya ialah penghujung 1433H kerana yang dikatakankan awal kurun ialah 100 bahagi 3 = 33 tahun 4 bulan.
    Mujadid kurun ini mestilah mengisytiharkan diri selewat-lewatnya dalam tahun tersebut untuk umat manusia berbaiah dan mengikutinya untuk keselamatan dunia dan akhirat mereka.
    Lain-lain persoalan perlulah merujuk kepada Mujadid kerana beliau diberi panduan bagaimana untuk menyelesaikan masalah.
    Mujadid ini muncul setiap 100 tahun dan yang dikatakan awal kurun mestilah 33 tahun 4 bulan. bermakna tinggal tahun depan sahaja untuk kita menunggu dan tidak salah bagi mereka yang sudah tahu dan memahami mencari siapakah mujadid tersebut.
    Sekiranya kita peka dengan suasana sudah tentu kita akan mencari mujadid tersebut sebab tanda-tandanya sudah jelas.
    Ketepikan soal kepentingan peribadi sebaliknya teruslah berbaiah kerana beliau adalah Pemimpin Kebenaran yang ditunjuk Tuhan.
    Bacalah rangkap-rangkap hadis di bawah yang di susun secara bebas:-

    Al Mahdi dan Fata Tamimi
    bersama dengan jemaahnya
    mereka adalah para Ikhwan di akhir zaman
    Di tangan mereka inilah
    Allah akan Islamkan dunia

    Jika kamu mendengar tentang mereka
    Datangilah dan berbaiahlah
    Sekalipun merangkak di atas salji

    Berbahagialah orang yang bertemu denganku dan beriman denganku
    berbahagialah tujuh kali orang yang tidak bertemuku tapi beriman denganku

  6. SEBELUM KEMUNCULAN PEMUDA BANI TAMIM KELIHATANNYA KITA AMAT BERSUNGGUH2 UTK MENCARINYA APAKAH SESUDAH KEMUNCULANNYA KITA AKAN BERSAMANYA ATAU MENENTANGNYA .SESUNGGUHNYA PEMUDA BANI TAMIM BERSERTA IKHWANNYA JASADNYA DI DUNIA HATINYA DI AKHIRAT & RASANYA BERSAMA ALLAH . KITA BOLEH MENGIMBAS KEMBALI SIRAH RASULULLAH SAW BAGAIMANA SIKAP ORG2 YAHUDI YG MENGHARAPKAN LAHIRNYA UTUSAN ALLAH DAN MEREKALAH PUAK YG KUAT MENENTANG KERASULAN BAGINDA RASULULLAH SAW.ALQURAN TELAH MEMPERINGATKAN KITA SESUNGGUHNYA ORANG2 YG BERSYUKUR ITU SEDIKIT.BUAT PERINGATAN KIYA BERSAMA MARILAH KITA MEMPERSIAPKAN DIRI KITA SUPAYA LAYAK BERSAMA PEMUDA BANI TAMIM.MENGIKUT KETERANGAN LAIN YG SAYA DAPAT WALLAHU’ALAM PEMUDA BANI TAMIM ADA TANDA DI TUBUH BADANNYA BERUPA PETA MALAYSIA HINGGA KE KHURASAN SEBAGAIMANA LAKARAN YG TERDAPAT PD BUKU YG BERJUDUL PEMUDA BANI TAMIM PERINTIS JLN IMAM MAHDI KARANGAN ABU MUHAMMAD ATTA DAN INSAN TERSEBUT PERNAH MENCERITAKAN PERIHAL MIMPINYA DI MANA DI DLM MIMPINYA IA TELAH MEMIJAK LAMBANG SALIB YG TERUKIR CANTIK SEBABNYA BUKANKAH KITA TELAH DIPERINGATKAN OLEH NABI KITA KITA AMAT MUDAH MENGIKUT CARA HIDUP KRISTIAN ATAUPUN YAHUDI MESKIPUN TIDAK PERLU MENUKAR AGAMA.BERBALIK KPD CERITA MIMPI TADI SESUDAH IA MEMIJAK LAMBANG SALIB TADI IA LIHAT ADA SOSOK TUBUH YG CUBA MEMBUKA TUNGGUL KAYU YG USANG TETAPI IA TIDAK MAMPU LALU PEMUDA YG MEMIJAK SALIB TERSEBUT BERJAYA MEMBUKA TUNGGUL KAYU TERSEBUT DGN LAFAZ LAHAULAWALA QUATAILLABILLAHIL’AZIM SERAYA TUNGGUL KAYU ITU MENGUCAPKAN SALAM KPDNYA. OLEH ITU SAYA MEMINTA INSYAALLAH JIKA ADA SESIAPA YG MAMPU MENAFSIRKAN MIMPI TERSEBUT SIAPAKAH SEBENARNYA PEMUDA TERSEBUT….SEKIAN WASSALAM

  7. MUHAMMAD says:

    Aku begitu kagum denganmu,teruskan pencarian supaya dapat memimpin kami yang kabur dipentas dunia…

  8. akum…bagi saya maksudnya disini adalah org yang belajar jalan para nabi dan wali(sufi) Allah sahaja yg boleh mengetuai atau mengalahkan kejahatan(darkside)…

  9. Ikhwan says:

    Assalamualaikum……..
    Info yg sgt membantu untuk meneruskan kehidupan dlm era baru ini…….Syukran sy ucapkan…..

  10. abu ammar says:

    alhamdulillah

  11. BAIN says:

    saatnya bersatu tanah nusantara indonesia, malaysia, bruney, moro, patani dlain sebagainya jadi 1 wilayah hukum… setujukah malaysia bergabung dengan indonesia yg mayoritasnya adalah keturunan melayu.kemudian satukan kembali tanah melayu lainya..

  12. pendekar selendang putih says:

    Ta= tariqat, mim= ma’arifat…….golongan yg benar2 merintis jalan ilmu Rasulullah s.a.w dimana ilmu tariqat yakni jalan utk mengenal Allah…ma’arifat mencapai tahap haqqul yakin dlm mengesakan zat Allah dimana setelah seseorang manusia sebenar2 mengenal diri maka dgn itu mengenal Allah maka terhapuslah jasadnya kerana semuanya adalah hak Allah semata-mata….dan apabila benar2 faham akan hak Allah maka tubuh yg zahir ini tentu sekali tdk dpt dibinasakan oleh sesama makhluk sebagaimana ayat la takhwala takhzan innallah hama ana latataharroku zarrotun illa biiznillah za tulbukti aina za tul haq….

    • pakden says:

      penjelasan ringkas saudara menepati yang dimaksudkan ‘Ta’ ‘Mim’..
      meskipun bukan hak hamba membenarkannya, tapi ternyata kedengaran luhur menyerkap hati. terima kasih mengingatkan.

  13. As”kum,Setahu saya yang bermaksud TA-MIM ertinya SAMA.bani ini tidak memilih sesiapa baginya manusia adalah SAMA sahaja..Selagi mereka dapat berbuat baik sesama manusia dan berkasih sayang.sesuai dengan jihat mereka jihad akhir zaman jihat menentang nafsu,kerana nafsu manusia membeza2kan tiap sesuatu didunia ini.berpegang pada akidah yang sebenar2nya,Wasiat dari ALLAH.iaitu selagi kita berpegang pada al-kitab dan al-sunnah kita tidak akan sesat walau dimana kita berada didunia maupun akhirat.Mereka yang sentiasa menjaga hubungan manusia dengan Allah.dan menjaga hubungan sesama manusia.Mereka ini sentiasa melihat hal keduniaan dengan matahati dan berpandukan akal.belajar dari al-kitab dan al-sunnah.Awalnya atok Adam hanya manusia dan dia juga manusia tetap berdiri hidup sebagai manusia.tiada beza baginya.Manusia SAMA.Dialah Manusia bergelar Nur iman disisi Allah.Dia sememangnya datang dari timur,di mana timur.Adakah Malaysia,Indonesia,jangan lupa kelompak ramai yang ber agama islam di hujung Timur ia itu pulau Mindanau. Jadi dimana dia datang.Allah lebih mengetahui.tetapi dia sudah melata di sekeliling kita hanya menunggu untuk mengistihar diri,bila dan di mana?Kerana pintu kebenaran dari langit sudah terbuka atas izin ALLAH RABULALLAMIN.tiada satupun kejadian tidak menerima hakikat ini hanya manusia sahaja belum mengetahui dan masih berdusta tentang hakikat kebenaran bercahaya di seru sekelian alam ini.Dan atok Nabi Isa pun sudah berlegar di muka bumi ini.Menunggu saat janji2 ALLAH.Wassalam dari hamba allah yang hina.

  14. Abg Ngoh says:

    Al-Mahdi ialah seorang yang akan mengembalikan Islam kepada keadaan asalnya.
    Tiada Wahyu baru yang akan diturunkan untuk kejayaannya kerana Wahyu / Al-Qoran telah sempurna.
    Sunnah adalah Muhammad SAW, Wahyu adalah Al-Qoran… Hanya 2 perkara ini yang akan menjadi senjata.
    Sebagaimana seorang Muhammad SAW 1400 lebih dahulu mampu merombak dunia…..
    Al-Mahdi akan menghidupkan Berbillion Muhammad berbekalkan berbillion Al-Qoran disegenap pelusuk dunia.

    Yang mana sejak sekian lama terselindung dan terhalang angkara bid’ah.. Hingga menyelubungi Al-Qoran dan sunnah iaitu kitab2 berwajah agama dan juga manusia berwajah Ulamak yang telah menukargantikan dan mempergunakan QS secara bid’ah sehingga Umat +Islam sebenarnya terpisah….

    Sesungguhnya senjata telah ADA dan tersedia.
    Sesuatu yang amat berat ialah untuk menghukum ulamak2 dan menghapuskan jutaan kitab2 yang mana telah juga dihapuskan oleh takdir bersebabkan serangan tentera Monggol berjuta kitab2 dibakar….

    Perkara ini hanya akan dilakukan oleh Al-Mahdi iaitu seseorang yang bernama Muhammad yang diberi Hidayah (petunjuk atau klu sebenar)…

    p/s: Sekiranya Al-Mahdi datang tidak bertepatan dengan hukum dan kehendak Al-Qoran dan Sunnah- maka ia adalah palsu dan sesat. Kerana wahyu telah sempurna dan wajib yakin tidak akan ada sebarang seruan yang baru melainkan akan digunakan juga yang asal.(hanya Al-Qoran dan Sunnah Muhammad SAW SAHAJA).Dan yang paling perlu diekstrakkan ialah sunnah selain Rasulullah. Selagi umat islam berpegang, taksub, ambil sesuatu yang datang sesudah kewafatan Rasulullah, selagi itulah Islam makin hancur…sunnah Muhammad SAW hanya SATU, Sunnah selainnya berjuta-juta…

  15. ISKANDAR ZULKARNAIN says:

    Salam ikhwanul muslimin…
    Pemuda Bani Tamim mungkin sedang menunggu perintah Allah untuk memulakan langkahnya…Allah tidak pernah gagal di dalam merencanakan sesuatu….tingkatkan iman akhlak n amal kerana bencana besar sedang menanti kita…banyakkan selawat n istighfar mudahan2 kita
    diberikan perlindungan Allah…bencana yg menanti kita sangat dahsyat…PBT n IM telah lahir n menunggu masa mengumpulkan ikhwan yang dirindui Nabi Muhammas saw..hnya yang melihat dengan mata hati yang mengetahui kehadirannya…

  16. Ejai says:

    sekarang dah tahun 2013..masih tak kiamat..so camne ni..hehe…

  17. saifuddin says:

    bani tamin dikasihi nabi muhaad sebab penentang dajjal=pembohong Bani Tamim
    Hadis 1204 jilid 3 Sahih bukhari
    Dari Abu hurairah radhialllahu anhu telah berkata …
    Saya sentiasa mengasihi bani tamim semenjak saya dengar 3 hal dari rasulullah salllahu alaihi waSalam yang bersabda…
    Baginda mengenai bani Tamim. Saya dengar baginda bersabda…
    Bani Tamim adalah umatku yang sangat kuat berani melawan dajjal. Dan waktu sedekah dari bani Tamim tiba…rasulullah sallallahu alahi wasalam berkata…Ini lah sedekah kaum kita…dan hal tawanan dari mereka yang ada pada Aisyah…baginda bersabda …Merdeka kan lah tawanan tersebut.
    Sesungguhnya ia dari anak Nabi Ismail

  18. Zubir says:

    Pada pendapat ana, perkataan ‘nusantara’ adalah sama dengan ‘new centre’ dalam bahasa inggeris. maksudnya Pusat Baru. Pada fikiran ana, mereka datang ke negeri paling timur ini dan telah menjadikan tempat ini sebagai pangkalan baru bagi mereka. Wallahu a’lam.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s