Orang Melayu mudah sawan

Sawan adalah keadaan di mana berlakunya renjatan elektrik di otak di luar kawal yang mengakibatkan:

Sindrom perubatan untuk sawan yang berulang-ulang tanpa diberangsangkan dipanggil epilepsi, bagaimanapun sawan boleh berlaku pada mereka yang tidak mempunyai epilepsi.
Sawan demam

Sawan demam adalah:

sawan yang berlaku apabila suhu melebihi 380C.
ia biasanya berlaku pada hari pertama atau kedua demam.
pada kebiasaannya berlaku kepada mereka dalam lingkungan umur 6 bulan sehingga 6 tahun.

Sebab sawan demam: Demam terlalu tinggi, kebanyakannya berpunca daripada:

jangkitan bahagian atas salur pernafasan
atau jangkitan telinga (penyakit otitis media) dan lain-lain.

Jika sawan berlaku melebihi 15 minit, ia boleh mengakibatkan kecacatan otak.

30% sawan demam boleh berulang. Sawan demam juga berkait dengan keturunan. Sekiranya terdapat ahli keluarga yang pernah mengalami sawan demam semasa kecil, risikonya adalah tinggi.

Hanya segelintir kecil kanak-kanak yang mendapat sawan demam berulang-ulang dan berpanjangan berkemungkinan mendapat epilepsi.

Cara mengenali sawan demam:

Badan terasa panas.
Badan dan kaki tegang
Kaki dan tangan mungkin tersentak-sentak tanpa rangsangan
Mungkin terjatuh
Mulut berbuih
Terbuang air kecil
Tertidur dan tidak sedarkan diri seketika. Apabila terjaga juga kelihatan bingung seketika, kemudian kembali aktif.

Perkara yang harus dilakukan:

Lakukan mandi berjelum.
Tanggalkan pakaian, pakaikan baju nipis sahaja.
Berikan ubat demam (paracetamol) sebagaimana yang diarahkan
Pasangkan kipas atau beri peredaran udara yang baik.

Ketika sawan

Anda harus bertenang.
Mengiringkan badan anak anda
Jauhi barang-barang merbahayadi sekitarnya
jangan tinggalkan apa-apa di dalam mulut
Jangan tinggalkan anak anda bersendirian
Sekiranya serangan sawan berpanjangan melebihi 5 minit, bawa anak anda ke klinik dengan segera.

Sawan babi (Epilepsi)

Otak manusia terdiri dari jutaan sel saraf (neuron), yang bertugas menyelaraskan semua aktiviti tubuh termasuk perasaan, penglihatan, berpikir, dan pergerakan otot.

Pada pesakit Epilepsi, kadang-kala sinap-sinap, tidak berfungsi seperti sepatutnya. Hal ini dapat diakibatkan oleh berbagai unsur-unsur, antara lain; trauma kepala (pernah mengalami cedera di daerah kepala), tumor otak, dan lain sebagainya.

Umumnya Epilepsi mungkin disebabkan oleh kerosakan otak dalam proses kelahiran, luka kepala, strok, tumor otak, alkohol, dadah dan sebagainya. Kadang-kadang, Epilepsi mungkin juga kerana genetika, Epilepsi bukan semestinya penyakit keturunan. Penyebab pastinya masih belum diketahui.
Diagnosis

Hippocrates adalah orang pertama yang berhasil mengidentifikasikan gejala Epilepsi sebagai masalah pada otak, roh jahat, dan sebagainya. Seseorang dapat dinyatakan diderita Epilepsi jika orang tersebut telah mengalami kejang yang bukan disebabkan oleh alkohol dan tekanan darah yang sangat rendah. Alat bantu yang digunakan ialah:

MRI (Magnetic resonance imaging) Menggunakan magnet yang sangat kuat untuk mendapatkan gambaran dalam tubuh/otak seseorang. Tidak menggunakan Sinar-X. MRI lebih peka daripada CT Scan.
EEG (electroencephalography) alat untuk memeriksa gelombang otak.

Pengubatan

Berikut adalah nama-nama ubat yang selalu dipakai untuk menyembuhkan Epilepsi. Semua ubat harus dirujuk terlebih dahulu ke doktor.

Carbamazepine, Carbatrol, Clobazam, Clonazepam, Depakene, Depakote, Depakote ER, Diastat, Dilantin, Epilim, Felbatol, Frisium, Gabapentin, Gabitril, Keppra, Klonopin, Lamictal, Lyrica, Mysoline, Neurontin, Phenobarbital, Phenytek, Phenytoin, Sabril, Tegretol, Tegretol XR, Topamax, Trileptal, Valproic Acid, Zarontin, Zonegran, Zonisamide.

Selain dengan menggunakan ubat, epilepsi juga dapat dirawat dengan diet ketogenik.

About Sifuli

Bicara tentang makan minum, tidur baring, dan beranak pinak yang membina adat resam untuk kehidupan rohani, jasmani, jiwa dan raga. Diantara weblog Sifuli yang popular adalah seperti berikut: Dukun Asmara bicara tentang beranak pinak. Hipnotis Sifuli bicara tentang tidur baring. Jalan Akhirat bicara tentang adat resam (agama) Doa Ayat dan Zikir untuk rohani jasmani jiwa dan raga. Jika tak suka sekali pun janganlah tinggalkan komentar yang keterlaluan. Kerana segalanya adalah sekadar ilmu pengetahuan. Wasalam.
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

One Response to Orang Melayu mudah sawan

  1. Liza says:

    saya just nak share pengalaman sendiri…..terjadi pada anak perempuan saya dari lepas bersalin nurse pun pelik asyik menangis je sampai biru muka menangis…dia suruh bagi susu…sejak dari itu dia mmg kerap nangis sampai kadang-kadang 2 jam baru berenti nangis, mcm2 dah berikhtiar, mengurut le, jumpa bomoh le, nak tidur pun sampai kena tido dalam kete malam2, tu rutin harian pastu kena pasang surah yasin tiap2 malam..…macam2 dah buat dan selepas umurnya lebih kurang 6 bulan…..waktu tu lah….baru saya tahu apa itu penyakit sawan…..mata terbeliak nampak mata putih je…mulut berbuih….kaki kejang, terjadi di kampung….mmg taktahu nak wat mcmana….bawa lari ke klinik desa…bagi ubat yg masukkan ikut bontot pastu MD situ suruh cepat2 bawa pegi Hospital Jempol……kuar masuk hospital….dr kerajaan sampai swasta..ada sekali baru kuar dr hospital swasta, sampai rumah je…taksempat nak masuk rumah pun jadi lagi….bomoh ker..urut ke semua dah buat……kalau yg moden….anak saya doktor dah sarankan utk buat mri….dan amik ubat epilim….hari2 kena makan sampai umoq 2 tahun…..dan akhirnya ditemukan oleh seorang hamba Allah…iaitu Produk SNE…..mula2 mmg takpercaya jugak pasal produk2 ni….just nak cuba,yg penting waktu tu apa yg sy piki akan tetap akan berusaha cr penawar untuk anak saya…………dan hasilnya mmg buat saya puashati dgn kesannya….anak saya dah sembuh sepenuhnya…..ubat hospital sy hentikan sendiri….dan sekarang umor dia dah 2 tahun …mmg tak pernah kena lagi sampai sekarang……alhamdulillah….jadi kesempatan ini, saya nk syorkan kepada sesiapa sahaja yg ada masalah sawan ini…cuba produk ini….www.produksne.com.my…..insyaallah……..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s