Bangsa Mim ketika banjir paling besar



ADAM di turunkan selepas bumi di ‘bersihkan’ dari makhluk-makhluk yang suka membuat ‘perang’ yakni di gelar JAN. Azazil yang berasal dari bangsa JAN ini di naikkan ke langit dan menjadi IBLIS bila dia enggan untuk ‘sujud’ pada ADAM. Maka, turunlah IBLIS dan kuncunya lalu membentuk pelbagai makhluk di muka bumi yang ketika itu terumbang-ambing tiada pegangan. Lantas ADAM turun untuk menjadi khalifah dan membawa semua makhluk itu menuju ‘satu umat’ lantas dapat membina ketamadunan yang amat hebat. Takkala itu, manusia dari benih ADAM yang di beri ilmu ‘pengurusan’ di naikkan’pangkat’ menjadi raja. Para raja-raja ini mampu naik turun di mana sahaja yang menjadi ‘matrix’ dunia manusia. Kenapa sampai begitu sekali? sudah tentu mereka mampu kerana mereka itu khalifah di langit dan di bumi.

Para raja inilah yang di gelar sebagai dewa-dewi yang mampu melakukan perkara di luar adat manusia. Seandainya, kita mendengar ketamadunan di mana-mana planet sekali pun, itulah sisa-sisa ‘pemerintahan’ waris ADAM yang di gelar raja@dewa.

Apapun, misteri dewa-dewi dan mengenai adam-adam ini memberi impak yang besar kepada pengunjung . Sejak siri 1 hingga 3, ramai yang bertanyakan mengenai ADAM, dewa-dewa dan tentang ILMU nama-nama atau di kenali sebagai ILMU SEGALA ini. Insyallah, saya akan terangkan setiap satu darinya selepas misteri Bangsa MIM ini di bongkar sepenuh.

Untuk artikel kali ini dan selajutnya adalah amat berat untuk di tulis kerana ianya memerlukan fakta yang benar-benar kukuh. Artikel pada sebelumnya lebih pada cerita, mitos, teori dan fakta yang bukti secara fizikalnya sukar untuk di buktikan. Biar bagaimanapun, artikel akan datang akan membongkar ‘puzzle-puzzle’ yang telah saya berikan pada anda. Siri bangsa MIM- tak hilang di dunia ini bukanlah satu artikel panjang yang di pecah-pecahkan kepada beberapa bahagian, akan tetapi lebih pada kelompok data yang harus saya kronologikan agar kita semua dapat melihat siapakah ‘melayu’ itu sebenarnya.

BANGSA MIM KETIKA BANJIR PALING BESAR

Sebagaimana yang kita tahu, pada zaman dahulu, pernah terjadi satu banjir yang di anggap telah memusnahakan hampir separuh ketamadunan manusia di muka bumi ini. Bukan saja Islam, akan tetapi dalam agam lain juga menyebut perkara yang sama tentang banjir yang hebat ini. Hampir keseluruhan bangsa-bangsa di muka bumi ALLAH ini di ‘implan’kan memori mengenai banjir besar ini melalui cerita-cerita orang tua, kitab-kitab suci, dan sebagainya.

Tapi, saya hendak menanyakan kepada anda, kenapa hampir semua bangsa dan agama mengatakan tentang BANJIR BESAR… persoalannya, kenapa BANJIR? kenapa tidak tsunami, ombak besar, ribut petir atau apa saja yang melibatkan air dan kemusnahan?

Jika kita fikir secara mendalam, jika banjir, kita akan teringat tentang hujan lebat seperti musim tengkujuh di pantai timur. Seperti di dalam filem 2012, apa yang kita lihat itu adalah simulasi kepada tsunami dan peristiwa gempa bumi yang dasyat yang membawa kepada
banjir ‘super’.

Seperi di dalam wikipedia, Banjir bermaksud:
“Banjir ialah keadaan air yang menenggelami atau mengenangi sesuatu kawasan atau tempat yang luas”

Limpahan yang tidak dapat di bendung akan menyebabkan sesuatu kawasan itu di naiki air. Arus yang sedang meningkat naik itu akan menyebabkan pergerakan di atas dan di bawah air yang besar kemungkinan akan menyebabkan ombak besar dan tusnami. Banjir yang paling menakutkan ialah banjir yang berpunca dari laut. Seperti yang kita tahu hampir 14 buah pulau dan negara yang akan hilang di sebabkan arus laut yang semakin mendadak ini. Ini juga di sebabkan limpahan air yang semakin tinggi yang berpunca dari ais di kutub utara yang semakin mencair. Di antara yang di khuatiri hilang adalah Sychelles, Tuvalu, Kiribati, dan Palau, serta Maladewa di Samudra Hindia. (klik sini)

Persoalannya, adakah banjir yang datang dari laut inikah yang menyebabkan banjir besar pada zaman nabi Nuh a.s dulu? mari kita kaji tentang ini.

BANJIR DI SELURUH DUNIA

“Dan Nuh berkata: “Naiklah kamu sekalian ke dalamnya dengan menyebut nama Allah di waktu berlayar dan berlabuhnya.”

Sesungguhnya Tuhanku benar-benar Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”

“Dan bahtera itu berlayar membawa mereka dalam gelombang laksana gunung. Dan Nuh memanggil anaknya – sedang anak itu berada di tempat yang jauh terpencil: “Hai anakku, naiklah bersama kami dan janganlah kamu berada bersama orang-orang yang kafir.”

“Anaknya menjawab: “Aku akan mencari perlindungan ke gunung yang dapat memeliharaku dari air bah!” Nuh berkata: “Tidak ada yang melindungi hari ini dari azab Allah selain Allah Yang Maha Penyayang”. Dan gelombang menjadi penghalang antara keduanya; maka jadilah anak itu termasuk orang-orang yang ditenggelamkan.”

“Dan difirmankan: “Hai bumi telanlah airmu, dan hai langit berhentilah,” dan airpun disurutkan, perintahpun diselesaikan dan bahtera itupun berlabuh di atas bukit Judi , dan dikatakan: “Binasalah orang-orang yang zalim .” Ayat 41-44 surah Huud

Inilah persoalan yang sering di ajukan pada saya. Adakah banjir besar ini meliputi seluruh dunia atau hanya merangkumi beberapa tempat sahaja. Untuk mendapatkan jawapan itu, mari kita sama-sama mengali data yang ada dan membuat konklusi bersama. Saya tidak mahu anda hanya pandai menadah ilmu dan taklid padanya. Saya mahu kita sama-sama bangun dan saling berkongsi tanpa ada rasa ego di hati. Insyaallah.

Baiklah, di antara klue-klue yang di perolehi adalah:-

1- Hampir seluruh kebudayaan dan agama menceritakan tentang banjir besar yang pernah terjadi di zaman dahulu

2- Peta pada zaman dahulu bukanlah seperti sekarang. Tambahan pula, Era Nuh adalah era di mana kerajaan ‘satu umat’ masih berkuasa. Terdapat juga beberapa ketamadunan di tempat lain dan persoalannya, ketamadunan itu turut musnah atau masih kekal dan berevolusi?

3- Di dalam buku stephen oppenheinmer, Model ‘Dryas Flood’ di katakan yang terbaik untuk enerangkan kejadian banjir-banjir besar yang pernah terjadi pada zaman dahulu. Dryas adalah Model yang menerangkan keadaan bumi yang super sejuk yang mana menyebabkan pencairan yang mengejut lantas memnyebabkan bumi mengalami limpahan banjir. Terdapat 3 zaman di mana peristiwa ini pernah berlaku, yakni:

– oldest dryas yang berlaku sekitar 15,000 tahun lalu dan tidak membawa banjir

– older dryas yang berlaku sekitar 14,000 tahun lalu dan berlaku banjir pertama

– young dryas yang berlaku sekitar 13,000 tahun lalu dan berlaku banjir kedua

Di antara tiga fasa ini, yang ketiga itulah yang paling dasyhat. Kejadian suhu menurun di katakan secara mendadak dan paling sekejap berlaku. Ia berakhir pada 11,150 tahun lalu dan juga berlaku secara mengejut. Young dryas adalah model penyejukan yang paling mengejut dan membawa bencana.

Bayangkan kutub utara kita tiba-tiba saja menyejuk sehingga dapat ‘membina’ bongkah-bongkah ais raksasa dan kemudiannya mencair dengan begitu pantas sekali. Kenaikan aras air itu akan menyebabkan aras garam di lautan menjadi tidak stabil lantas menyebabkan perubahan cuaca yang mendadak. Besar kemungkinan, akan berlaku ribut petir yang dasyat kemudian di susuli dengan gempa bumi akibat ketidakstabilan di bawah tanah akibat mendapan air laut yang super berat. Tekanan demi tekanan kepada bumi akan menyebabkan ia berlaku secara total binasa. Ia bukanlah sekadar peristiwa yang boleh di permain-mainkan. Bila ia berlaku, ia akan menberi impak pada seluruh dunia. Tiada maaf bagimu!!!

4- Sebagai muslim, kita perlu melihat Al-quran dalam pengkajian ini. Siapa kata ilmu sains dan ilmu agama tidak boleh disekalikan. Dek kerana itulah banyak pembinaan teknologi memberi kesan negatif pada bumi. Jadi, surah Nuh as menceritakan segalanya.

“Sesungguhnya Kami telah mengutus Nuh as kepada kaumnya : “Berilah kaummu peringatan sebelum datang kepadanya azab yang pedih”, ayat 1, Surah noh

“niscaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat,” ayat 11, surah noh

“Nuh berkata: “Ya Tuhanku, janganlah Engkau biarkan seorangpun di antara orang-orang kafir itu tinggal di atas bumi.” ayat 26, surah noh

Bukan hanya surah Nuh as yang memberi kata kunci mengenai apa yang sedang berlaku pada zaman dahulu, akan tetapi banyak lagi yang menceritakan perkara yang sama, cuma anda harus mengkaji ilmu lain supaya apa yang anda baca itu anda akan faham. Kebanyakkan yang saya lihat pada zaman kini, ramai yang mengatakan supaya kita harus kembali pada Al-quran, akan tetapi pada hakikatnya mereka tidak melakukan apa-apa. Mereka hanya memandang remeh pada orang yang membuat kajian berdasarkan Al-quran dan cuba menghalang mereka yang cuba menaikkan islam memlalui keilmuan. Jika anda baca Al-quran dan memahaminya, anda akan lihat banyak persamaan kaum-kaum kafir dan musyrik pada manusia di zaman kita ini. Apakah kita tergolong dari kalangan itu? Sedaya upayalah kalian menjauhinya.

Jadi, daripada sedikit klue-klue yang saya dedahkan ini, apa yang anda semua dapat simpulkan. Adakah banjir besar ini terjadi hanya pada sesuatu kawasan
atau hampir seluruh dunia?

Jawapan saya…di seluruh dunia.

BANGSA MIM BELAYAR DI BAHTERA PALING BESAR

“Ya Tuhanku! Ampunilah aku, ibu bapakku, orang yang masuk ke rumahku dengan beriman dan semua orang yang beriman laki-laki dan perempuan. Dan janganlah Engkau tambahkan bagi orang-orang yang zalim itu selain kebinasaan”. ayat 28, surah nuh

Seperti yanh saya terangkan pada aritkel dahlu, bahtera ini menyimpan pelbagai spesis haiwan dan golongan manusia beriman kepadaNYA demi penerusan kehidupan. Di dalam injil dan kitab-kitab terdahulu (owh..sudah tentu anda akan melatah dan berkata ‘kenapa nak ikut kitab dulu?!) ada mengatakan tentang makhluk gergasi yang di namakan Nephilim. Di katakan mereka ini telah pun mendominasi bumi pada ketika itu dan perangai mereka pun boleh tahan jahat. Di katakan Nephilim ini adalah kombinasi genetik Fallen angle dan manusia.

Di dalam blog dan forum di barat, mereka menceritakan tentang kajian mereka tentang Nephilim ini. Nephilim ini telah pun mendominasi dunia pada ketika itu dan perang terjadi di mana-mana. Ternyata Nephilim ini adalah golongan perosak sebelum banjir besar itu berlaku. Bila kita melihat balik pada Surah Nuh, ayat 7:-

“Dan sesungguhnya setiap kali aku menyeru mereka agar Engkau mengampuni mereka, mereka memasukkan anak jari mereka ke dalam telinganya dan menutupkan bajunya dan mereka tetap dan menyombongkan diri dengan sangat.” dan surah nuh, ayat 23

Dan mereka berkata: “Jangan sekali-kali kamu meninggalkan tuhan-tuhan kamu dan jangan pula sekali-kali kamu meninggalkan wadd, dan jangan pula suwwa’, yaghuts, ya’uq dan nasr “.

Kita dapat Nephilim bukanlah sedar raksasa, akan tetapi mungkin sebagai sesuatu yang dapat menguasai semua yang berada di bawah penguasaan ‘satu umat’ pada ketika itu. JIka saya kata Nephilim ini adalah para elite pada masa itu, anda bersetuju? Banyak persamaan apa yang berlaku di zaman Nuh as dan kita ini.

Kita di kuasai oleh Hidden Hand dan di katakan berupa ‘serpent atau lizard men’. Pada era Nuh as pula, mereka di kuasai Nephilim dan berupa raksasa yang mempunyai sesuatu kekuasaan yang mendominasi. Di tambah pula, pada ketika itu, umat manusia mulai menyembah berhala yang mereka idolakan dari kalangan para raja-raja agung yang terdiri dari waris nabi ADAM yang juga di gelar dewa-dewi. Kemudiannya, dengan teknologi serta perkara di luar adat yang dapat mereka lakukan, kesombongan mereka makin terserlah. Demikianlah para kafir pada ketika itu terjadi. Di dominasi, di manipulasi dan di exploitasi.Jadi, samakah kita dengan era nabi Nuh as itu?!

Berbalik pada pelayan di bahtera paling besar, jika kita amati kata-kata baginda Nuh a.s, para manusia yang bersamanya di gelar ‘ahli rumah’. Pada ayat 28, surah Nuh, jelas di katakan sesiapa yang masuki ‘rumah’ Nuh as itu, akan di ampuni dosanya. Dan demikianlah ‘dosa-dosa’ itu di ampunkan yakni dengan memulakan kehidupan baru di rumah baru dan daratan baru.

Di artikel yang lalu, saya ada menerangkan tentang campuran manusia di dalam bahtera NUh as menghasilakn bangsa pertama di dunia yakni bangsa MIM. Sebenarnya, tidak di ketahui nama sebenar bangsa ini. Ada yang mengatakan merekalah Quraisy kuno yang membawa kepada qurasiy baru yang melahirkan nabi muhammad dan seterusnya.

Pelayaran yang mungkin memakan masa yang cukup lama ini. Bagaimana pula dapat melahirkan ‘suatu bangsa’ dalam tempoh 10 tahun sahaja. Sudah tentu ia memakan masa paling cepat 100 tahun perkiraan kini. Jika kita amati secara mendalam, jika bahtera itu seperti kapal-kapal seperti kini, agaknya, mampukah ia bertahan lama meredah ombak dan memberi makan secukupnya pada ahli-ahli rumah itu?

Di katakan, Nabi Nuh as adalah seorang yang di perlekehkan kerana telah mencipta bahtera di kala bumi sedang nyaman. Sedangkan pada ketika itu, ALLAH telah pun ‘menghantar’ pentanda-petanda kedatangan azab akibat banjir kepada mereka. Jika di ambil model Dryas dan mana-mana teori penyebab kemusnahan alam, sedikit perubahan bumi adalah petanda bagi mereka yang berfikir.

Nabi Nuh adalah seorang designer dan seorang ahli engineering serta arkitek yang hebat pada ketika itu. DIa tidak mengendahkan ejekan kaum-kaumnya yang tidak mahu berfikir itu. Bila tiba bencana, kaum-kaum yang beriman menaiki bahtera itu. Pelayaran itu kemudiannya menerusi ‘gerak-geriNYA’ dalam menyelamatkan kaum-kaum yang beriman di tempat yang lain seperti yang terkandung dalam mitos-mitos bangsa lain.

Pendaratan bantera itu kemudiannya di susuli dengan pegerakkan anak-anak Nuh a.s (yafidt, Sam dan Ham) lalu membentuk bangsa-bangsa mengikut warna kulit. Ada yang mengatakan Yafidt melahirkan bangsa berkulit putih dan bergerak menuju ke barat dan utara. Sam melahirkan bangsa berkulit kuning dan Ham melahirkan bangsa berkulit hitam (di katakan sebagai sumpahan kerana bersetubuh ketika bencana).

Ketiga-tiga waris Nuh as ini bergerak dan melahirkan ketamadunan dunia yang sedia kita ketahui seperti Sumeria, akkadian, mayan dan lain-lain. Bukanlah mereka yang membuka ketamadunan ini akan tetapi anak cucu kepada mereka-mereka inilah yang membukanya. Jadi, di manakah pula bangsa MIM ini. Golongan yang menjadi raja inilah bangsa MIM di setiap ketamadunan itu tadi. Rakyat-rakyat itu pula adalah waris dari golongan beriman yang menaiki
bahtera nuh as itu tadi.

Bagaimana ini boleh terjadi?
Di dalam bahtera nuh itu anak-anak Nuh as melahirkan waris mereka masing-masing. Umur mereka pada ketika itu juga amat panjang. Anak-anak Nuh as itu bukanlah turun pada satu tempat akan tetapi berpisah di tiap-tiap daratan kerana itulah wasiat Nuh as. Apakah itu wasiat Nuh as ?.

Wasiat nuh adalah kata-kata kepada warisnya supaya kembali semula ke tanah asal mereka yakni pentas sunda yang tenggelam itu. Jadi, demi memenuhi wasiat itu, di setiap pergerakkan waris anak-anak Nuh as ini, akan terdirinya ketamadunan yang hebat.

INFO _ PENDEKAR SUFI

Advertisements

About Sifuli

Bicara tentang makan minum, tidur baring, dan beranak pinak yang membina adat resam untuk kehidupan rohani, jasmani, jiwa dan raga. Diantara weblog Sifuli yang popular adalah seperti berikut: Dukun Asmara bicara tentang beranak pinak. Hipnotis Sifuli bicara tentang tidur baring. Jalan Akhirat bicara tentang adat resam (agama) Doa Ayat dan Zikir untuk rohani jasmani jiwa dan raga. Jika tak suka sekali pun janganlah tinggalkan komentar yang keterlaluan. Kerana segalanya adalah sekadar ilmu pengetahuan. Wasalam.
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

22 Responses to Bangsa Mim ketika banjir paling besar

  1. syirazie berkata:

    1-dikatakn nephilim dr kombinasi genetik fallen angle dan & manusia.fallen angle pula adlh dr azazil dan azazil pula dr makhluk jan.bukankah tiada manusia sebelum Nabi Adam A.S bagaimana pula anda boleh mengatakan nephilim wujud terlebih dahulu di bumi hasil gabungan dr `fallen angle` dan manusia di bumi.Sebelum nabi Adam diturunkan di bumi bukankah sudah dikatakan dia ialah manusia pertama di bumi? dan juga manusia pertama yang dicipta oleh Allah?berlandas apakah anda mengeluarkan pernyataan seperti itu adkh berlandaskan Al-Quran atau Al-hadis bukan kita sebagai umat islam wajib berpegang kpd kedua-duanya supaya tidak sesat?

    2-berdasarkan Surah Nuh ayat 11jelas menyatakan Allah menurunkan hujan lebat yang mencurah-curah jadi bagaiman pula anda boleh mengatakan banjir berlaku disebabkan perubahan suhu secara tiba-tiba.

    3-adakah `dewa-dewi` yg dikatakan adalah manusia seperti kita?

    SAYA MEMOHON DAN BERHARAP SANGAT ANDA BOLEH MENJAWAB SOALAN-SOALAN TERSEBUT

  2. syirazie berkata:

    1-dikatakn nephilim dr kombinasi genetik fallen angle dan & manusia.fallen angle pula adlh dr azazil dan azazil pula dr makhluk jan.bukankah tiada manusia sebelum Nabi Adam A.S bagaimana pula anda boleh mengatakan nephilim wujud terlebih dahulu di bumi hasil gabungan dr `fallen angle` dan manusia di bumi.Sebelum nabi Adam diturunkan di bumi bukankah sudah dikatakan dia ialah manusia pertama di bumi? dan juga manusia pertama yang dicipta oleh Allah?berlandas apakah anda mengeluarkan pernyataan seperti itu adkh berlandaskan Al-Quran atau Al-hadis bukankah kita sebagai umat islam wajib berpegang kpd kedua-duanya supaya tidak sesat?

    2-berdasarkan Surah Nuh ayat 11jelas menyatakan Allah menurunkan hujan lebat yang mencurah-curah jadi bagaimana pula anda boleh mengatakan banjir berlaku disebabkan perubahan suhu secara tiba-tiba.

    3-adakah `dewa-dewi` yg dikatakan adalah manusia seperti kita?

    SAYA MEMOHON DAN BERHARAP SANGAT ANDA BOLEH MENJAWAB SOALAN-SOALAN TERSEBUT

  3. pakcikli00 berkata:

    Asalamualaikum

    Saudara Syirazie, saya cuba menjawab komentar saudara kerana saudara sangat berharap. Bila kami cuba melontarkan ilmu pengetahuan di luar lingkungan, kami sering dihujah mengenai suber al Quran dan Hadis mengenai pengetahuan tersebut dari orang Islam seperti saudara, seolah oleh mereka terlalu berpegang kepada al quraan dan hadis serta lebih Islam dari Islam.

    Tapi apahlah nilainya orang seperti saudara disisi Islam jika mengucapkan salam pun tak pantas bila memulakan ucapan untuk berkomentar dengan orang lain, walhal tujuan Islam adah salam (kesejahteraan) yang bermula dengan menyebut nama Allah yang maha Pengaseh dan Penyayang.Inilah akibatnya jika kitab Quran saudara cuma bersepah dicetak diatas kertas dan bukannya dihati.

    Suka saya mengigati saudara cakap tak serupa bikin adalah ciri orang munafik. Jika amalan menyebut nama tuhan As Salam pun saudara tak mampu menyatakan kepada saya, bagaimanakah saya boleh menilai keislaman saudara.

    Jika keIslaman saudara sekadar meniru nuru dan tidak sejati, suka saya menasihati saudara supaya tidak perlu mengambil tahu mengenai interi ini kerana saudara maseh memerlukan pengetahuan asas mengenai pengetahuan, jika tidak peninglah saya untuk menyatakan definasi kemaknusian, ketuhanan dan alam semesta kepda saudara terlebih dahulu. Sesungguhnya saya tidak pernah berkecil hati dengan amaran kesesatan dari orang yang mengaku Islam seperti saudara yang lebih teruk dari orang sesat kerana tidak akan kemana mana.

    Wasalam.

    • shah berkata:

      Assalamualaikum tuan,

      Diharap tuan lebih bijak dan professional dalam menjawab persoalan. Apa yang saya perhatikan saudara Syirazie cuba bertanya dengan baik, tetapi saudara membalasnya pula dengan serangan peribadi.

      Tidak kisahlah kalau saudara tak dapat memberi penerangan berdasarkan nas al-Quran dan Hadith, yang penting, saudara dapat menyatakan sumber kajian. Mungkin Bible, mungkin kajian prof2 tertentu. Yang penting ada hujah yg kukuh. Sekali lagi saya tekankan, siapa orang yg bertanya itu tidak penting. Sama seperti di dalam forum, penceramah tidak perlu menyoal siasat latar belakang orang yg bertanya itu utk menunjukkan dia lebih bijak. Hanya ada satu cara sahaja untuk membuktikan ada benar dan bijak: dengan menjawab soalan yg diutarakan.

      Ambillah komen ini sebagai membina dan pandanglah secara positif, supaya ilmu itu dapat disampaikan dengan tepat.

      Wassalam.

      • khairul berkata:

        “Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat: “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi.” Mereka berkata: “Mengapa Engkau hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?” Tuhan berfirman: “Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui.” al-baqarah ayat 30

        Salam..disini terjadi perselisihan pendapat antara ulama.ada yang mengatakan ada manusia yang telah diciptakan sebelum Nabi Adam berdasarkan kenyataan para malaikat yang telah mengetahui peribadi manusia yang akan membuat kerusakan pada bumi dan menumpahkan darah sesama manusia..Wallahualam..

      • mimpi berkata:

        Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
        Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

        saya juga bersetuju dengan Shah,hendaklah kita berlapang dada dalam menerima teguran dan tidak sewenangnya menghukum seseorang itu atas dasar kononya ilmu kita lebih hebat berbanding yg lain.Allah juga maha mengetahui segala yg tersurat dan tersirat di alam semesta.

        Sombong itu adalah perangai Azazel.

        Wassalam.

    • Anon berkata:

      Salam,

      Saudara Pakcikli00, ilmu banyak tetapi terlalu SOMBONG. Seperti menilai seseorang dahulu sedangkan saudara juga hamba Allah yang hina.

      Wassalam.

  4. cek berita berkata:

    ASKUM,saya senang kali membaca penjabaran anda.tq.

  5. Mohammad Rhyier Juen Bin Abdullah berkata:

    Assalamualaikum Pakcikli00

    saya berminat membaca artikel Tuan berkenaan bangsa Mim.. sebagai orang yg masih baru, saya ingin mengetahui dengan lebih dalam lagi mengenai ketamadunan manusia .. pakcik ada menulis buku atau bahan rujukan yang saya boleh baca kah??

    Wasalam,

    Ikhlas

    Mohd Rhyier
    Kuching
    Sarawak

  6. nyemah berkata:

    salam..

    sy kurang setuju dgn cara pakcikli berhujah..ni dah di kira x menjawab pun apa yg di tanya.

  7. pakcikli00 berkata:

    Waalaikumusalam

    Tuan Shah yang saya hormati, tujuan saya menyusun berbagai ilmu pengetahuan di berpuloh buah weblog yang saya miliki adalah sebagai rujukan, usaha ini saya lakukan adalah kerana pengetahuan yang ditulis dalam bahasa Melayu diinternet adalah terlalu jauh ketinggalan. Oleh itu saya lebih sesuai dianggap sebagai tiada rotan akar pun berguna dan jauh sekali professional. Setelah saya menyusun ilmu pengetahuan diweblog barulah saya faham kenapa ilmu pengetahuan itu jangan ditulis dalam Bahasa Melayu kerana pembaca tulisan melayu tidak mesra dengan pengetahui yang melebihi kecergasan minda mereka yang lemah itu, sebab itu ada ungkapan dalam bahasa Melayu bodoh sombong, orang sombong ni bodoh (ingat saya idak menuduh Tuan bodoh sombong !)

    Dalam soal menjawab komentar saya tidak pernah pilih bulu, tapi berdasarkan soalannya. Seperti komentar Tuan Syirazie saya tidak menilai sama ada beliau baik atau jahat, tapi berdasarkan ayatnya yang berbunyi; ” berlandaskan Al-Quran atau Al-hadis bukankah kita sebagai umat islam wajib berpegang kpd kedua-duanya supaya tidak sesat?” berdasarkan kepada ayat ini seolah beliau seorang yang terlalu berpegang kepada al Quran dan hadis dan sangat warak (menjauhi kesesatan). Tapi perbuatannya tidak mengucap salam dan pengetahuan mengenai keujudan makhluk di muka bumi ini sebelum Nabi Adam as, saya rasa beliau tidak layak membaca intri di atas supaya tidak sesat, biarkanlah beliau tidak kemana mana untuk menjauhi kesesatan.

    Perlu saya ingatkan seharusnyalah orang bijak pandai seperti Tuan Shah dan syirazie berusaha bersama kami mengembangkan ilmu pengetahuan di internet dan bukan sekadar memegang kitab Hadis dan Al Quran dan menjauhi kesesatan sehinggakan tidak kemana mana.

    wasalam.

    • Nakasoni berkata:

      Assalam.. nampaknya pakciklioo ini agak egoh juga orangnya . Bukanya bersifat mesra, malah menghina orang lagi. Lain yg ditanya, lain yg dia jawab. Tidak memberi salam, bukan bermakna orang itu tidak menghormati. Mungkin agak terlupa atau soalannya direct to point…Kalau boleh jawab, jawablah. kalau tak tahu, jawablah tak tahu….orang tanya secara jujur…

  8. Shah berkata:

    Alhamdulillah,

    Terima kasih kerana memberikan respons kepada komen saya. Tapi ingin dinyatakan di sini saya bukanlah orang yg bijak, kerana jika saya tergolong di dalam golongan ini, maka sudah tentu saya sudah memberikan hujah2 yg kukuh dan bernas, tapi sebaliknya saya hanya mampu bertanya.

    Berbalik kepada respons saudara, saya tidak rasa ini ialah masalah bangsa atau bahasa. Kerana di sini, apa yg terjadi ialah kami mempersoalkan kekukuhan artikel di atas, dan jika saudara nyatakan di dalam apa bahasa sekalipun, tidak kira bahasa Inggeris ataupun Mandarin, maka persoalan ini tetap akan timbul. Bagi saya budaya ilmu ialah budaya bertanya dan bersoal-jawab, maka saya tidak nampak bagaimana ia dikaitkan dengan budaya bodoh sombong, malah saya rasa sebaliknya. Jadi harap kita boleh fokus kepada persoalan artikel ini, dari menyimpang kepada persoalan2 lain. Jika saudara ingin melakukan terjemahan kepada bahasa lain pun, tidak kisah.

    Walau bagaimanapun, saudara sudah menjawab soalan bahawa saudara hanyalah pengumpul ilmu. Dan bila saya melakukan pencarian di Internet, memang banyak blog2 yg menggunakan artikel yang sama. Maka saya simpulkan artikel ini bukanlah datangnya dari saudara, maka tidak patut saya cuba pertanggungjawabkan artikel ini terhadap saudara. Tapi mungkin di masa akan datang saudara boleh sertakan link kepada rujukan saudara (atau pun buku).

    Terima kasih sekali lagi kerana menjawab persoalan kami.

  9. guru yahya berkata:

    salam..

    saya tidak setuju dgn kesimpulan saudara mengenai banjir besar zaman Nabi Nuh a.s. yang dikatakan berlaku seluruh dunia. Bukti arkeologi tidak menyokong hujah saudara, banjir besar tersebut memang berlaku di kawasan Mesopotamia sahaja, iaitu kawasan Nabi Nuh a.s.. Bukan hendak berhujah, tetapi saya rasakan tidak perlulah tuan membuat kesimpulan dahulu.. wassalam..

    • Insan berkata:

      Salam,,,

      ku cuma insan kecil yg cuba membri jawapan yang mungkin betul atau tidak,bergantung pada insan tersebut.

      saudara guru yahya,

      saya ingin memberitahu bahawa bidang arkeologi itu tidak semuanya boleh diguna pakai.ini kerana,kebanayakkan bidang arkeologi di pelopori oleh bangsa orang putih dan mereka cuba menghebahkan propaganda untuk membuat umat manusia percaya apa yang dikatakan oleh mereka.saya tidak menolak fakta dari bukti arkeologi kesemuanya.tetapi,hanya sebilangan sahaja.

      ingin saya menyatakan contohnya.
      saudara,saudara pernah mempelajari sejarah semasa di bangku sekolah dahulu,betul?
      ianya ada menyatakan bahawa wujud zaman2 seperti zaman batu,zaman logam,dan macam2 lagi.saya ingin bertanya kepada saudara,pada zaman nabi Adam dan nabi2 yang lain,wujub peperangan,betul?jadi saudara rasa,dengan senjata apakah mereka berperang??takkan hanya dengan menggunakan buku lima?
      sebenarnya,besi telah lama ditemui,cuma dek kerana kerana meraka boleh mengawal pemikiran manusia,jadi terciptalah zaman2 tersebut..kalau saudara ingin mengetahui maksud propaganda orang putih ini,sila la melayari link ini.http://www.facebook.com/#!/group.php?gid=144873972212886
      terdapat beberapa video yang mungkin dapat membantu saudara.

      semua yang baik datang dari Allah,dan yang buruk datang dari saya..
      harap jawapan ini dapat memuaskan hati saudara.

  10. fox berkata:

    pakcikli, boleh saya tau bagaimana pakcik melakukan teknik “channeling” spt pakcik katakan??
    btulkah pakcik benar2 kembali ke zaman tersebut atau itu cuma mainan syaitan yang menampakkan seolah2 apa yg pakcik lihat itu benar walhal itu cuma khayalan fantasi semata2…

    lagipun, sumber kita umat islam skg cuma ada dua iaitu alquran dan hadis..

  11. tokwahid berkata:

    assalamualaikum,
    pak cik li saya mengangumi tulisan pak cik li,saya mendapat maklumat yang tanah semenanjung ini adalah bahtera nabi nuh,dan satu lagi maklumat bahawa pihak nasa telah menjumpai 10 buah kapal terbang dibawah tasik michigan yang tidak menggunakan minyak ,tetapi bahan bakarnya adalah berlian biru.juga dipercayai jet pejuang ini adalah ciptaan beribu tahun sebelum masihi.apa yang diceritakan oleh ahli sufi sebelum ini memanglah benar bahawa bukan sekarang saja yang ada teknologi tinggi.kapal terbang itu masih didalam kajian pihak nasa,bagaimana sebutir berlian biru boleh digunakan untuk menggerakan jet pejuang,mengikut sumber pihak nasa masih dalam penkajian

  12. hafiz berkata:

    Salam,

    Perlu diingat, Nabi ADAM makhluk pertama yang bergelar ‘manusia’ yang diciptakan Allah S.W.T. Sekiranya wujud manusia lain sebelum Nabi ADAM maka pada pendapat saya ianya tidak tepat. HAWA sendiri dijadikan dari tulang rusuk Nabi ADAM. Mengapa HAWA dijadikan?? Sekiranya ada manusia sebelum Nabi ADAM maka mengapa tidak dijodohkan sahaja dengan manusia sebelumnya? Ingat, pengetahuan Allah S.W.T sangat luas maka segala ilmu/pengetahuan para malaikat adalah kerana izin-NYA. Samalah seperti Nabi ADAM yang mana pengetahuannya tentang semua benda/makhluk dibumi diketahuinya dengan izin-NYA melebihi makhluk lain. Sekiranya mengikut akal manusia maka mana mungkin seorang manusia mengetahui segala-NYA tanpa dipelajarinya?? Sebab itu Allah S.W.T tegaskan kepada para malaikat yang Dia (Allah) lebih mengetahui.
    Tak salah nak buat buat kajian tapi lebih elok sekiranya ambil juga pendapat orang sebagai ‘kajian’..

    • Assalamualaikum…

      Mohon maaf sy mencelah, bkn utk menyatakan sy byk pengetahuan krn sesungguhnya ilmu sy sgt cetek tetapi merasa terpanggil utk menjwb soalan sdra Hafiz (menurut pandangan sy yg lemah ini).

      i) Pandangan pertama sy, cuba sama2 kita fikirkan tentang kisah nabi Allah Adam yg merupakan manusia pertama yg dicipta DAN DIMASUKKAN ke syurga sebelum dia diturunkan ke bumi, bleh tak sdra jelaskan brapa lama tempoh keberadaan Adam a.s. di syurga (jgn lupa tempoh wktu di sna, 1 hrbersamaan 1000 thn di bumi). Apakh anda yakin selama tempoh itu tiada apa2 yg berlaku di muka bumi sedangkan si iblis sudahpun diusir ke bumi lebih awal lg (sy tak dpt bygkan iblis duduk termenung duk tongkat dagu je masa tu sementara nk tunggu Adam dan Hawa). Jawapan dia…sy pun TAK TAHU dan TAK PASTI! Cuma yg membezakan sy dgn saudara ialah sy tdk mempertikaikan pendapat seseorang seolah2 dia salah sedangkan kita sendiri tidak dpt memberikan jwpn. Sdra pasti tau kan bahawa ilmu Allah yg dikurniakan kpd anak cucu Adam ni klu nk dibanding dgn DIA bagaikan SETITIK air DI SELURUH LAUTAN ats mukabumi ni, masyaAllah!

      ii) pandangan ke-2 sy, menurut dr apa yg sy dengar2 dan baca…bangsa yg ada di bumi ini sblm Adam diturunkan dinamakan sebagai “JAN” dan bkn nya “MANUSIA”, jd Adam itu tetap manusia yg pertama… Wallahualam…

      Sy jg terpanggil utk menyatakan bahwa ada ilmu di dlm Islam itu sendiri adalah “rahsia” tp bkn maksudnya diRAHSIAkan dr org Islam…carilah ia tp kena selalu SEDAR DAN TIDAK LUPA bahwa walaupun bribu kilometer dh anda brjalan dlm mencari ilmu tersebut, dah berpuluh tahun jg masa yg anda ambil….tetap yg dapat membuka dan memberi ilmu tsb kpd anda cuma Allah SWT. walau sehebat (hebat cuma milik DIA) manapun tok guru anda jumpai dan berhadap tetapi cuma Allah sj yg menentukan siapa yg DIA rahmati utk dibukakan hatinya menerima ilmu tsb. Saidina Ali r.a. pernah bagi klu skit, paham2kan lah yer…lebih kurang dia kata klu dia bercerita tentang “ilmu” yg satu lg ini, nesacaya KEPALANYA AKAN DIPENGGAL!

      Wallahualam…

  13. MENCARI REDHA ILAHI berkata:

    Assalamualaikum Tuan Pendekar sufi… teruskan saja usaha tuan, biasalah pasti ada yg meremehkan dan menjatuhkan biarkan saja… cuma niat kena lurus teruskan usaha tuan ok Biiznillah Tuan akan ketemu jalannya… Nasihat ana, jika tuan telah jauh berjalan dan bertemu disimpang yg bnyk hala… kembalilah kepada permulaan perjalanan atau lebih tepat dipermulaan sumber…. ana nasihatkan untuk kita semua dan diri ana jua semoga sama2 menuju redha Allah Allahumma AMIINNN..

  14. udangkara berkata:

    Salam
    Dlm alquran x de pulak dinyatakan adam itu manusia pertama tapi insan yg pertama, ini bererti sebelum adam dah ramai manusia cuma cumanya tidak ada yg mencapai tahap mengenal Allah dgn kata lain Adam ni telah mencapai tahap mertabat insan dan dah jauh bertamaddun,dh mempelajari bermacam2 ilmu dunia dan akhirat dah mencapai insan kamil maka sebab itu lah Allah mau mengangkatnya sebagai khalifah tujuan nya untuk memimpin manusia2 lain.
    Dalam alquran dinyatakan manusia yg belumsempurna kemanusiaan nya disebut al absyar bukan al insan. Kalau dh x de manusia apa yg nak dipimpin. Takkan haiwan2 purba tu.
    Lagi satu yg disebut Hawa tu dari tulang rusuk, itu cuma kiasan betapa penting wanita disisi lelaki.
    Maaflah kalau apa yg saya post salah,sebab saya bukan orang bijak spt saudara2 semua. Cuma nak menyebok dn mencelah.
    Salam semua.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s