Melayu dari bangsa gunung yang gagah



SEMUANYA MENUNJUKKAN WARISAN DARI BANGSA GUNUNG YANG GAGAH. “THE DESCENDANT OF MOUNTAIN TRIBE”

Bangsa inilah yang membina Angkor Wat.Ketika ini bangsa yang berada di Jawa adalah sama dengan bangsa yang berada di Kambuja-Vietnam.Jayavarman II-pengasas kerajaan Angkor-Khmer mempunyai hubungan dengan kerajaan Sailendra Jawa malah pernah tinggal di sana beberapa lama.

SAILENDRA-GUNUNG

FUNAN-GUNUNG

NAM-GUNUNG

MALAI-GUNUNG

Bangsa ini juga yang membina Borobudur.Malah bangsa ini juga mampu membina kapal-kapal laut yang amat hebat.Para pengembara dan penulis Eropah terutama dari Sepanyol dan Portugis (Kedua-dua negara ini menerajui bidang pelayaran di Eropah ketika itu) seperti Tome Pires,Godinho De’Eredia dan Duarte Barbosa mencatatkan kapal-kapal Melayu yang amat besar dan saiz pelabuhan Melaka yang amat sibuk dengan kapal-kapal.Dicatatkan dalam Sulalatut al-Salatin itu tentang bahtera Sultan Mahmud Shah belayar ke Majapahit, berlaku dalam abad ke-15 M, adalah kapal yang cukup besar bernama Mendam Berahi yang lebih hebat dari Flor de la Mar,kapal Alfonso de Albuqarque.

Atau lihat sahaja kapal besar yang diukir di dinding candi Borobudur yang dibina pada abad ke-8 M itu.Bayangkan pada abad ke 8 (ini usia candi Borobudur) telah ada kapal sebesar itu yang seakan sama dengan rekabentuk kapal moden di era Caribbean Pirates.Malah mungkin teknologi kapal telah ada lama dari itu kerana Borobudur dibina bertahun-tahun dan apa yang diukir di dinding-dindingnya adalah penceritaan kepada kisah-kisah dalam agama Buddha juga keadaan semasa bangsa Melayu ketika itu.

*Lihat betapa hebatnya kapal bangsa Melayu pada zaman dahulu.Adakah Melayu ketika itu masih tinggal di ceruk-ceruk kampung beratap nipah?

Catatan Yunani, Portugis, Belanda, Sepanyol, Jepun dan China menunjukkan tamadun Melayu hebat dengan teknologi perkapalan dan persenjataan mengatasi bangsa-bangsa lain pada zaman abad ke-2 M hingga abad ke-16 M.

Sebenarnya dalam zaman Portugis itu memang tercatat dalam tulisan Portugis yang menyatakan tukang-tukang Melayu dalam membuat kapal yang dibawa ke negaranya untuk dipelajari teknologi perkapalan itu.

Cerita kehebatan Melayu dalam pelayaran terbukti dengan kisah rakaman Sepanyol terhadap seorang ahli pelayaran Melayu yang digelarnya ‘Si Henry Hitam’ (Henry The Black/Enrique) yang dijadikan pembantu penting Magellan mengelilingi dunia.

Catatan Belanda menyebut teknologi meriam Melayu Petani, iaitu Patani sekarang, warisan kerajaan Melayu Langkasuka pada abad ke-17, adalah lebih hebat daripada meriam Belanda apatah lagi Siam, iaitu Thailand sekarang yang pernah berpakat menyerang Petani beberapa kali tetapi gagal.

Catatan Portugis menyatakan kapal perang dan meriam tentera Melaka lebih canggih daripada ciptaan mereka dan bangsa Eropah lain tetapi kerana Melaka tetap dapat dikalahkan menerusi strategi perang,konspirasi kotor dan rasuah, maka jiwa-jiwa Melayu hingga sekarang pun merasakan bangsanya memang inferior dalam teknologi ini (ketika itu armada laut Melaka tidak menyertai peperangan akibat konflik Laksamana dengan Sultan,jadi peperangan di Melaka ketika itu hanya disertai oleh askar-askar darat.Ini menerangkan kenapa Sultan ketika itu terpaksa mengupah ramai askar upahan Jawa apabila semua armada laut Melaka tergesa-gesa meninggalkan pelabuhan Melaka menjelang kedatangan Portugis-mungkin dirasuah adalah salah satu faktor).Melaka adalah kerajaan Maritim bukan Agraria atau darat.Jadi tanpa angkatan lautnya,sudah tentu 60% kekuatannya telah hilang.

Bangsa ini terus mengembara hingga ke Segenting Kra.Sementara yang lain datang dari arah laut mengikut seorang raja bernama Mus,telah mendarat di Sungai Musi,Palembang.”Musi” bermaksud ‘Sungai Kepunyaan Mus’.Kumpulan darat menyusuri tanah sempit Segenting Kra,menepati ramalan-ramalan dan petunjuk tentang ‘The Promised Land’.

“akan melalui lorong sempit,hingga sampai ke hujung dunia”

Sampai di Semenanjung Emas,saki-baki dari bangsa yang meneruskan perjalanan ke hujung dunia “The Land of The East” berhenti dan mula menetap serta memulakan kehidupan baru di sini.Kisah pengembaraan yang memenatkan selama beribu tahun semakin lama semakin hilang di dunia yang aman damai di hujung dunia.Peperangan-peperangan di negarakota Babilon dan Ur serta serangan ke atas etnik India,masih terselit dicelah-celah mimpi bangsa misteri.Kehangatan padang pasir dan kesejukan ribut salji makin tidak dikenali di hutan hujan Khatulistiwa yang tenteram dan damai.Kicau burung,nyanyian mergastua kadangkala ngauman harimau adalah rentak hidup baru bagi bangsa hebat ini.

MEREKA TELAH BERJAYA SAMPAI KE ‘PROMISED LAND’

Di selat Melaka,kedua-dua kumpulan ini bertemu.Mereka berpelukan dan menangis.Ramai yang hadir melihat peristiwa paling bersejarah ini.Mungkin cucu-cicit gadis misteri yang meninggalkan selendang merah tadi ada di situ.Bangsa Keturah telah bersatu di Selat Melaka di ‘Tanah Yang Dijanjikan’ The Land of The East’

Amanat Nabi Ibrahim a.s telah tertunai.Bangsa Jawi mula berehat dengan amannya di sini.Apa perlu berperang dan membina negarakota?Kata sesetengah dari mereka.Mereka pun kerap bermimpi dan tidur di Bumi Mala.Setengahnya membina peradaban dan kota.

Tiada siapa mengganggu.Bangsa yang hilang tetap bersembunyi di Bumi Mala.

Ajaran Ibrahim semakin dilupakan.Tiada siapa lagi yang mengetahui tentang Tuhan Yang Esa.

Tetapi bangsa ini tetap mahu mencari Tuhan di Bumi Mala.

Hindu

Buddha

Islam

Sampai di sini bangsa misteri telah menemui permata yang hilang sejak ribuan tahun.Agama Wahyu warisan daripada Ayahanda Ibrahim a.s.Kemudian datang ujian.

Portugis

Belanda

Inggeris

Falsafah ‘cukup makan’ semakin popular apatah lagi setelah dijajah oleh Imperialis.Melayu menjadi inferior dengan bangsa sendiri.Tidak bersemangat.Layu.

Bunga kemboja Mala-yu telah layu di tasik sendiri.

Sampai bila bangsa ini lupa jejak sendiri.

Sampai Israel mengarahkan meriamnya di Singapura ke atas bangsa yang hilang ini.

KAMI SUDAH JUMPA ANDA!YOU ARE ON TARGET.

Di manakah alter terahsia Melayu?Dimana?

Pada huruf ‘mim’

Bangsa Terbaik,Agama Terbaik

Mim itu Muhammad,Mim itu Mala

Apabila bangsa ini menghayati agamanya sendiri,maka akan terangkatlah

ALTER TERAHSIA BANGSA MELAYU

About Sifuli

Bicara tentang makan minum, tidur baring, dan beranak pinak yang membina adat resam untuk kehidupan rohani, jasmani, jiwa dan raga. Diantara weblog Sifuli yang popular adalah seperti berikut: Dukun Asmara bicara tentang beranak pinak. Hipnotis Sifuli bicara tentang tidur baring. Jalan Akhirat bicara tentang adat resam (agama) Doa Ayat dan Zikir untuk rohani jasmani jiwa dan raga. Jika tak suka sekali pun janganlah tinggalkan komentar yang keterlaluan. Kerana segalanya adalah sekadar ilmu pengetahuan. Wasalam.
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

6 Responses to Melayu dari bangsa gunung yang gagah

  1. hadis berkata:

    Dengan NAMA Allah Yang Maha Pemurah Dan Maha Penyayang.

    Begitu mendalam coretan diatas.Bagi mereka yang mempunyai kunci sahaja dapat memahami apa yang ingin disampaikan .Terima kasih diucapkan.. Berjihadlah dengan sebenar-benar jihad tanpa jemu dan lesu.Bersama-sama kita bangkitkan semula kekuatan kita yang dikuburkan buat sekian lama.

    ” Aku bersaksi bahawa tiada tuhan yang berhak disembah melainkan ALLAH, dan Aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh ALLAH ”

    Segala Puji Bagi ALLAH,Tuhan Semester Alam.

  2. assalamualaikum w w,ulama pewaris nabi ,kalifah islam,PEMIMPIN UMAT ,keluarga serta moyang umat islam di alam melayu dan nusantara ,yaitu ,yang mulia syekh burhanuddian ulakan .peneraju sebahagian besar umat melayu /islam di alam nusantara ini,yang gurunya di datangkan langsung ,ke ulakan ,dari madinah ,namanya yaitu angku yahyuddin/tuanku madinah dan tiga orang pendekar ,yang bernama ,samsuddin,basyaruddin,dan syabaruddin,kenapa tidak di sebutkan dalam perbincangan ini ,yang mulia sekh burhanuddin ulakan sebelum meneruskan pengajia agAMA ISLAM DI ACEH BERSAMA YANG MULIA SYEKH ABDURAUF SINGKEL/SYEKH KUALA JUGA DI HANTAR DARI MADINAH KE ACEH OLEH GURUNYA DI MADINAH ,YANG MULIA SYEKH ABDULKASASI,SYEKH ABDUL KADRIJEILANI,SYEKH RUZALI,DAN SYEKH LAUMAWI,yang wakilnya dari kerajaan pagaruyung minang kabau ,yang lambang gambarnya ada pada duit ringgit malaysia ,kemungkinan ada di tangan tuan tuan,dan di indonesia diketuai presiden sukarno dan muhd hatta DAN WAKIL NYA DI KAMBOJA SEBAGAI RAJA MELAYU CAMPA PADA suatu masa dahulu,yang di wajahnya terukir senyum perpaduan timur dan barat YANG MEWAKILI 2/3 PENDUDUK ALAM INI,menjelma dI wajahnya,selagi dunia ini masih terbentang insyaallah

  3. Pingback: Orang Melayu Hanya Tahu Mengutuk Orang Lain | AtiqSalleh DotCom

  4. rafles berkata:

    salam kenal dari kami melayu palembang asal muasal sang parameswara alias si gentar alam banyak ye same bahase melayu malaysia yg asli dengan bahase melayu palembang ye asli hidup jeme melayu

  5. rajish berkata:

    tah pape tah…

Tinggalkan Jawapan kepada rafles Batal balasan