Bangsa Melayu dari keturunan Bani Jawi

Musuh Yahudi yang sebenarnya bukanlah Palestin tetapi Bani Jawi. Bani Jawi adalah pengembara hebat membawa misi ke Semenanjung di Hujung dunia yang di panggil oleh Ptolemy sebagai Semenanjung Emas atau “Golden Chersonese” dan kemudiannya dikenali sebagai Tanah Melayu. Bani Jawi menerima Islam tanpa peperangan dan mendukung Islam dengan sempurna. Telah lama Yahudi Illuminati mencari bani Jawi @ ‘kaum yang hilang’.

BANI JAWI @ BANGSA JAWI / MELAYU

Tanah Jawi – ialah gelaran kepada Tanah Melayu

Orang Jawi – ialah gelaran orang Arab kepada orang Melayu

Tulisan Jawi – ialah tulisan yang digunakan oleh orang Melayu

Masuk Jawi – berkhatan iaitu salah satu amalan yang diajar Nabi Ibrahim dan menjadi amalan orang jawi zaman berzaman.

Ketahuilah sesungguhnya terdapat satu kajian bahawa bangsa Melayu adalah berasal dari keturunan Nabi Ibrahim dari isteri ketiga yang bernama Siti Qaturah@Keturah. Sebelum meninggal dunia Nabi Ibrahim AS telah mewasiatkan kepada anak-anaknya untuk mencari sekeping tanah semenanjung di hujung dunia. Kerana di sana nanti akan lahir dari keturunan ini satu Raja akhir zaman bernama al Mahdi.

Diceritakan juga al Mahdi akan pulang semula ke tanah asal bersama kaumnya dan akan memusnahkan bangsa Yahudi. Wasiat ini dilaksanakan oleh anak-anak Nabi Ibrahim dan kisah ini dicatit dalam kitab-kitab Yahudi. Sejarah berlalu zaman berzaman. Kisah ini juga diceritakan oleh Rasulullah SAW kepada para sahabat. 60 para sahabat mengembara ke Timur mencari Bani Jawi.

Akhirnya Bani Jawi menerima Islam tanpa peperangan. Bani Jawi terkenal dengan akhlak dan kelemah lembutan mereka kerana mereka berdarah bangsawan dan kesatria perang yang dihormati. Jawi atau Jiwi ikut bahasa sanskrit Ji=satu & Wi=Tuhan. yakni maksud nya bangsa yg percaya kpda 1 Tuhan (mentauhidkan Tuhan). Dimanakah negara dihujung dunia ini yang masih beramal dengan mempercayai adanya Tuhan yang satu??

Wahai Bani Jawi, wahai keturunan kaum yang hilang. Rahsia bangsa misteri ini masih terpelihara di dalam Kotak Tabut rahsia sejak beribu-ribu tahun. Tiada siapa yang tahu dari mana asalnya bangsa ini. Bagaimana bangsa ini boleh wujud di tanah paling selatan benua Asia, ’di penghujung dunia.’ Wallahualam

About these ads

Perihal Sifuli

Bicara tentang makan minum, tidur baring, dan beranak pinak yang membina adat resam untuk kehidupan rohani, jasmani, jiwa dan raga. Diantara weblog Sifuli yang popular adalah seperti berikut: Dukun Asmara bicara tentang beranak pinak. Hipnotis Sifuli bicara tentang tidur baring. Jalan Akhirat bicara tentang adat resam (agama) Doa Ayat dan Zikir untuk rohani jasmani jiwa dan raga. Jika tak suka sekali pun janganlah tinggalkan komentar yang keterlaluan. Kerana segalanya adalah sekadar ilmu pengetahuan. Wasalam.
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

7 Responses to Bangsa Melayu dari keturunan Bani Jawi

  1. mohd yusof ahmad says:

    Setelah kita tahu kehebatan Bani Jawi ini,itu dulu tapi sekarang ni Bani Jawi mcm mana….ada kah ia nya hebat pada nama saja seperti bangsa2 dulu mcm kaum samud ,aad dan lain2…

    • Ady says:

      Tuan jgn lupa,org jawa juga mengklaimkan bangsa jawa =bangsa jawi/bani jawi.klu dari segi perkataan hampir2 sama tu,bani jawa=bani jawi klu bani melayu=bani jawi agak jauh tu hehee..takpe kita kaji dan kaji sejarah lagi

  2. elfan says:

    Selanjutnya, menyangkut issu kedatangan Imam Mahdi dari Bani Jawi itu sebenarnya wujud harapan pengikut Nabi Ibrahim As. setelah beliau berdoa sbb.: “Ya Tuhan kami, utuslah untuk mereka sesorang Rasul dari kalangan mereka, yang akan membacakan kepada mereka ayat-ayat Engkau, dan mengajarkan kepada mereka Al Kitab (Al Qur’an) dan Al-Hikmah (As-Sunnah) serta mensucikan mereka. Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana” (QS. 2:129).

    Oleh katurunan beliau ini selanjutnya, ditunggu-tunggulah kedatangannya sampai datang nabi terakhir dari dinasti Bani Israel yakni Nabi Isa As bin Maryam. Namun sayang, dalam Injil masih disebut issu Imam Mahdi, Mesiah, Satrio Piningit dsb. berarti masih akan datang lagi Imam Mahdi yang pamungkas, yang sesungguhnya.

    Maka akhirnya, lahirlah Nabi kita Muhammad SAW sebagai Rasul Allah dan sekaligus penutup para nabi (QS. 33:40) dengan membawa Al Quran yang didalamnya memuat pernyataan atau ikrar Allah SWT bahwa Nabi Muhammad SAW dianugerahi agama ISLAM (QS. 5:3). Nama Islam tidak pernah termuat dalam kitab-kitab suci sebelum Al Quran.

    Dengan kedatangan Nabi Muhammad SAW sekaligus juga terjawablah issu tentang akan datang lagi Nabi Isa bin Maryam dan issu Imam Mahdi. Nabi Isa As. tidak akan datang lagi karena sudah tegas dinyatakan dalam Al Qiran (S. 2:134 dan 141). Begitu juga Imam Mahdi tidak akan lahir lagi karena penutup para nabi hanyalah Nabi kita Muhammad SAW.

    Tinggal bagaimana para khalifah-khalifah (ya raja, presiden, gubernur, pangeran, sultan, bupati atau walikota) kini dan yang akan datang ‘mampu’ membumikan Islam dan Al Quran dalam kehidupan nyata di dunia ini, ya masalah sosial budaya terutama masalah kekuasaan dan pemerintahannya.

    • Ady says:

      Tuan yg bijaksana,apa yg sy pelajari,agama para nabi2 dari nabi Adam sampai nabi Muhamad ialah islam,apa yg di bawa oleh para Rasul juga islam,termasuklah ajaran injil yg di bawa nabi Isa as.Nabi Muhamad adalah pelengkap/penutup segala nabi/Rasul dan segala yg di ajar oleh mereka.agama kristian hanya wujud setelah sekian lama nabi Isa di angkat ke langit.dan jgn lupa ajaran agama kristian bukan ajaran nabi Isa as,ia adalah ajaran agama yg berpaksi kpd Yudas penglima perang yg memburu utk membunuh nabi Isa,yg kemudiannya di serupakan Allah wajahnya dgn nabi Isa as kemudian di salib.hrp Tuan guru membetulkan klu silap.wassalam

  3. dr.ide.my says:

    hanya ada 1 TUHAN sekelian alam

  4. Saeful al akrom says:

    Jawa adlah jiwa, jiwanya bumi…pusat dan mercu suarnya dunia…allahu akbar…

  5. bulbasaur says:

    perkataan jawi dalam bahasa arab adalah berasal dari nama pulau jawa. ia tidak merujuk kepada etnik khusus, tapi adalah satu istilah umum yang merujuk kepada sekumpulan kaum yang tinggal di kepulauan nusantara (melayu, jawa, bugis, dan kaum2 austronesian lain). pulau jawa dijadikan titik rujukan arah perjalanan para pedagang purba. sebagaimana kita hari ini menggunakan istilah kaum india untuk merujuk kepada kelompok etnik yang berasal dari benua india (tamil, mlayalam, sikh, punjabi dsb). selain daripada orang arab, orang kemboja dan vietnam purba juga menggunakan istilah “chvear” atau “cvheah” (sebutannya mirip “jawa”) merujuk kepada orang2 melayu/bugis/jawa dan mungkin juga champa. sehingga sekarang, orang kemboja memanggil semua orang islam tidak kira etnik sebagai “chvear” kerana di kemboja hanya orang champa yang beragama islam. manakala orang2 tamil dan srilanka purba menggelar orang melayu kerajaan tambralingga sebagai “javak” atau “javaka”. nama pulau jawa lebih terkenal berbanding pulau2 lain di nusantara mungkin kerana kerajaan2 purba di pulau jawa lebih terkenal dan berpengaruh.

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s