Asal Usul Orang Melayu

Warisan Budaya Alamiah

  • Asal Usul Orang Melayu


    ORANG MELAYU

  • Log Masuk/ Keluar

  • Blog Stats

    • 210,534 hits
  • Waktu sekarang

  • Kalendar

    Jun 2010
    I S R K J S A
         
     123456
    78910111213
    14151617181920
    21222324252627
    282930  
  • RSS Pakcikli00 Dukun Asmara

  • RSS Jalan Akhirat

    • Rahsia jiwa wanita yang tercela 9 Januari 2011
      TABIAT ULAR Menaruh dendam apabila mendengar sesuatu yg jahat tentang suami atau dirinya. Maka akan berkelahilah dia dengan orang lain. TABIAT TIKUS Dia adalah seorang wanita yg suka mencuri harta suaminya sendiri. TABIAT KERA Suka memakai baju berwarna merah, hijau dan kuning. Dia tidak suka memakai emas dan perak. Dia suka membesarkan diri di hadapan [...]
  • RSS Doa Ayat dan Zikir

    • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.
  • RSS Kehidupan Nabi Muhammad saw

    • Solat cara Nabi Muhammad saw 31 Ogos 2010
      Berdiri untuk solat Berdiri dengan lurus, kedua belah kaki sama tegak, mengarah kiblat dengan menundukkan pandangan memandang ke tempat sujud dan mengarahkan hujung-hujung jari kaki ke kiblat dengan merenggangkan antara dua kaki(jangan sangat dirapatkan dan jangan sangat dijauhkan. Takbiratul ihram Takbiratul ihram ialah mengangkat tangan dan meletakkan tang […]
  • RSS Amal Ibadat Orang Islam

  • RSS Syariat Hakikat Tarikat Makrifat

    • Syeikh Abdul Wahab Rokan dan Tarikat Naksyabandiah 6 September 2010
      Kendati telah wafat sejak sekitar 77 tahun silam, keberadaannya terasa di Kampung Babussalam, Tanjung Pura, Langkat, Sumatra Utara. Peziarah mengalir ke makamnya di kampung yang didirikannya. Syekh Abdul Wahab Rokan memang dikenal sebagai ulama ternama di Sumaera. Lahir pada 19 Rabiul Akhir 1230 H (28 September 1811) di Kampung Danau Runda, Rantau Binuang Sa […]
  • RSS Darah Daging dan Nafas Manusia

    • Golongan Darah 2 Julai 2010
      Golongan darah adalah ciri khusus darah dari suatu individu karena adanya perbedaan jenis karbohidrat dan protein pada permukaan membran sel darah merah. Dua jenis penggolongan darah yang paling penting adalah penggolongan ABO dan Rhesus (faktor Rh). Di dunia ini sebenarnya dikenal sekitar 46 jenis antigen selain antigen ABO dan Rh, hanya saja lebih jarang d […]
  • RSS Sejarah Hang Tuah

    • Hang Jebat Menduduki Istana – Kajian Hikayat Hang Tuah Bab 16 19 Januari 2011
      KAJIAN: ROZIELINA ZINI (U6-3) SINOPSIS Pada awal bab ini menceritakan tentang kelakuan Hang Jebat yang semakin liar sehingga sering bersuka ria di istana dan bermukah dengan dayang-dayang di istana malahan dia meganggap istana adalah tempat tinggalnya. Perbuatan keji Hang Jebat membuatkan Raja Melaka menjadi murka tetapi apakan daya keris pandak Laksamana Ha […]
  • RSS Gunung Ledang Melaka

    • Batu Bersurat terbelah dua di Gunung Ledang 5 Ogos 2010
      Tok Syeikh berkata 27 Julai 2010 pada 11.55p07 Batu Bersurat ini bertulis dalam BAHASA KAWI/PALAPPA/JAWA KUNO.Saya memang tidak memahami,tetapi ada tarikh di tulis di situ…iaitu 1313 tahun saka.kalau tahun masihi kita kena campor 70,maka menjadi 1383 m.Ini mungkin memberitahu kita Tahun Gunong Ledang di diami manusia.Saya di beritahu,yang Memotong batu ini d […]
  • RSS Gunung Ganang di Malaysia

    • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.
  • RSS Sejarah Pulau Besar Melaka

    • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.
  • RSS Rahsia Kayu Batu Dan Logam

    • Sihir Pelalau 31 Disember 2010
      Tujuan sihir pelalau ini ialah untuk menghalang pesakit dari mencari rezeki samada di tempat kerja/pejabat atau premis perniagaan, rezeki dari segi perkahwinan atau rezeki dari segi maju dalam pembelanjaraan. Semua usaha untuk mencari rezeki-rezeki ini terhalang tanpa sebab yang munasabah. Sihir pelalau sering dilakukan pada premis tempat kerja atau premis p […]
  • RSS Rahsia Rumahtangga

    • Isteri perlu digoda sebelum digodam 18 Oktober 2010
      Setiap pria selalu berusaha menyenangkan sang istri untuk mencapai kepuasan seksual. Namun, tidak semua pria ternyata pintar membuat pasangannya terangsang. Mau tahu caranya? Menurut Askmen, seorang pria bisa dengan mudah membuat pasangannya terangsang dengan cara memberikan rangsangan berulang-ulang di seputar bagian sensitif tubuh pasangannya. Titik-titik […]
  • RSS Wannura Terapi

    • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.
  • RSS Wannura

    • Mohon kemaafan dan terima kasih ……. 4 April 2011
      Kepada kesemua pengunjung-pengunjung weblog wannura yang dihormati ; Saya memohon ampun dan maaf kerana tidak membalas komentar serta menghantar entri (post) yang baru buat masa yang terdekat ini oleh sebab kesibukan tugas-tugas harian serta penglibatan saya dengan aktiviti dan penyelidikan persilatan . Walaubagaimana pun , saya akan cuba membalas segala kom […]
  • RSS Wannura Orkid

    • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.
  • RSS Karimon’s blog

    • Buku Mistik Teras & Kayu 20 Februari 2012
      Assalamualaikum kepada semua pengunjung blog.Insyaallah buku Mistik Teras & Kayu telah siap dicetak dan akan di hantarkan kepada saya pada hari Rabu 22hb Februari.Buku setebal 375ms ini dijual dengan harga RM45.00 tidak termasuk pos.Harga termasuk pos bagi semenanjung adalah RM52.00 dan RM57.00 Sabah & Sarawak.Buku ini adalah sekadar kemampuan saya m […]
  • RSS Perubatan Islam 7 Puteri

Bangsa Mim

Posted by pakcikli00 di 22 Jun 2010



Wasiat ilmu ADAM yang di turunkan kepada anak cucu baginda lantas menjadikan mereka itu sebagai ‘dewa’. Tugas mereka adalah untuk mengurus, bukannya untuk di sembah. Tapi, akibat kebodohan manusia yang tidak mahu mengikut, mereka ini menyembah-yembah manusia ‘dewa’ ini dan jadikan mereka ini tuhan. Akibatnya, mereka di musnahkan atau di hapuskan terus dari permukaan bumi. kenapa harus mereka menyembah tuhan manusia sedangkan ALLAH itu selayaknya di sembah kerena DIAlah zat maha segala.

Sebelum kita masuk lebih dalam lagi, saya ingin menerangkan tentang ADAM sebelum ADAM. Hal ini memang memeningkan. Tambahan lagi jika muslim itu tidak mahu ‘open-mind’. Saya hairan kenapa muslim kini suka melemahkan kekuasaan ALLAH?! Maksud saya ialah, andai kata seseorang saintis itu mengkaji sesuatu di luar adat, lantas mereka kata “mereka mahu mencabar tuhan”. Sebenarnya, mampukah kita mencabar tuhan sedangkan DIA ‘laisakamislihi syaiun’ yakni tidak menyerupai mana satu pun mahupun pemikiran.

Maksud sebenar ALLAH maha besar ialah, sehebat mana ciptaan manusia sekali pun atau sepelik mana sekali pun sesuatu perkara itu, sesungguhnya itu adalah dari keizinanNYA. Tiada pernah manusia mencabar DIA dan menghampiri kekuasaanNYA kerana DIA melebihi segala. Andai kata saintis kini sedang mengkaji ‘god particle’, apakah itu ‘tuhan’. Sudah tentu tidak. Kerana DIA tidak menyerupai mana-mana pun. Kemudiannya, muslim pula bising-bising menyatakan ‘jangan cabar tuhan’. Apakah muslim mengerti apa yang mereka katakana itu. Siapa yang pernah mencabar tuhan. Sesungguhnya manusialah yang mencabar diri mereka sendiri.

Daripada itu, cukuplah mengata orang lain sebagai ‘karut’, khurafat’, ‘syirik’, ‘mencabar tuhan’ dan sebagainya kerana sifat-sifat inilah yang menjatuhkan umat islam secara umumnya. Merekalah yang merendah-rendahkan kekuasaanNYA yang maha luas. Andai kita dapat membina teknologi yang mampu pergi ke penjuru angkas sekali pun, tidak pernah mampu kita untuk mencapai tahap kekuasaanNYA. Itulah di namakan KEIZINAN DARINYA.

Berbalik pada perihal ADAM sebelum ADAM, adam itu adalah suatu nama bagi suatu perciptaan berupa manusia yang kita miliki kini. Mengikut komen pada artikel sebelum ini, memang ya, ADAM di turunkan untuk memimpin generasi sebelum ini. Sebenarnya, saya takut untuk membuka perihal itu kerana ia mungkin menimbulkan fitnah kepada yang tidak pernah memahami.

Jadi, marilah saya buka satu kisah mengenai asal usul sesuatu makhluk bernama AZAZIL. Kisah ini di ambil dari buku-buku terdahulu dan cerita orang-orang tua yang mengaji tentang sufi.

Pada suatu ketika dulu, wujud satu bangsa yang suka berperang. Entah bagaimana, peperangan itu di sertai juga oleh para malaikat-malaikat sehinggakan bumi menjadi rata dan tiada lagi kehidupan di atasnya. Tapi, ajaibnya, ada seorang budak kecil masih hidup menangis-nangis mencari ibu bapanya. Lantas, malaikat mengambilnya lalu di bawa ke langit. Azazil ini di besarkan dan menjadi seorang abid yakni seorang ahli ibadat yang cukup hebat. Doanya sentiasa di perkenankan sehinggakan malaikat-malaikat pun datang meminta azazil doakan untuk mereka.

Pada suatu ketika, ALLAH mahu menciptakan sesuatu yang baru. Penciptaan ini di namakan sebagai ADAM. Azazil naik ke atas dan melihat-lihat boneka ADAM yang masih tidak bernyawa itu dan menyentuhnya. Lalu wujudlah calitan Azazil pada bahagian atas mulut dan bawah hidung kita pada hari ini.

Kemudian, di suatu bahagian yang lain, para malaikat yang baru saja membina bumi baru ini naik ke langit lantas melihat sesuatu di kaki langit. Ia tertera tentang akaa ada seorang hamba ALLAH ini yang akan membelot dan di laknat oleh ALLAH. Para malaikat menjadi takut dan menemui Azazil untuk doakan mereka. Azazil doakan para malaikat ini jauh dari kutukan itu tapi dia tidak mendoakan dirinya sendiri kerana menganggap dirinya akan selamat.

Pada era kebangkitan ADAM, azazil dan kuncu-kuncunya membelot dan membantah tentang pembinaan ADAM tambahan lagi di suruh untuk tunduk dan sujud. Akhirnya Azazil dan pengikutnya di burukan wajah mereka dan di halau keluar dari langit. Mereka inilah di namakan sebagai ‘fallen angle’.

Mereka inilah yang pertama sekali menduduki bumi baru ini. Di dalam ‘syurga’ pula, Adam dan Hawa bergelak tawa. Tapi, di sudut dalam manusia, sebenarnya wujud calitan ‘azazil’ yang ego tadi lalu meresap kedalam diri. Calitan itulah yang mengoda ADAM dan HAWA supaya memakan buah yang di larang. Peristiwa itu menyebabkan mereka berdua di halau keluar.

Pada hakikatnya, peristiwa itu hanyalah sebagai sebab musabab untuk ADAM dan HAWA keluar dari ‘syurga’ menuju ‘Dunia’. Sejak awal penciptaan ADAM lagi, sudah di tentukan tujuannya untuk mentadbir bumi dan menjadi pemimpin pada golongan yang engkar yakni golongan Fallen Angle tadi.

Sedikit info mengenai golongan Fallen angle, mereka ini bukanlah malaikat semata-mata. Tapi ada juga berupa makhluk yang terdahulu yang tidak di ketahui namanya. Azazil bila di turunkan ke bumi lantas dia di kenali sebagai IBLIS atau LUCIFER. Golongan yang wujud sebelum turunnya ADAM yang sempurna itu kebanyakkannya masih primitive dan tidak suka kepada penyatuan dan ketuhanan.

Mungkin dari situ juga, berlaku pencampuran genetic ‘fallen angle’ dan manusia lantas memwujudkan ‘nefilim’ atau si gergasi. Selain itu juga, pencampuran genetic itu juga dengan haiwan menghasilkan generasi ‘mutant’ bertubuh kehaiwanan. Inilah di sebut sebagai duyung dan lain-lain’. Bumi baru ketika itu di penuhi dengan pelbagai makhluk yang cukup berbeza. Jarak turunnya IBLIS dan turunnya ADAM tidak di ketahui tapi mungkin mengambil masa ribuan tahun dunia, kerana perbezaan sehari dunia dan sehari ‘akhirat’ adalah seribu tahun. Dek kerana itu, pembiakan dan penyebaran makhluk-mahkluk yang berkeliaran ini menyebabkan bumi tidak seimbang. Seorang pemimpin harus di angkat dengan segera.

Dek kerana itulah, turunnya ADAM dan HAWA. Mereka turun sebagai pemimpin pada manusia hybrid dari campuran ‘fallen angle’ dan spesis lain yang di ciptakan di bumi baru sebelum penurunan ADAM. Setakat itulah yang saya dengar dan jika mahu lebih, kalian haruslah mencari dan mengkajinya sendiri.

ADAM yang di beri ilmu segala itu kemudiannya mewariskan ilmu ‘segala nama’ kepada anak cucunya yang haq. Anak cucu inilah yang menjadi dewa-dewa yang di kenali pada catitan-catitan ketamadunan kuno. Tapi, di khabarkan juga, ada ahli yang mendapat ilmu ini dan aplikasikan mengikut hawa nafsu. Lantas terbinalah kecanggihan fizikal yang berlandaskan materialistic.

Jadi, pada era itu, terdapat dua golongan dewa. Satu, dewa yang mengurus dunia dengan arahanNYA dan satu lagi, dewa yang mahu membina dunia sebagai syurga. Maka, terjadilah ‘pertelingkahan’ sehingga kini. inilah di namakan sebagai ‘light and dark’. Pertempuran ini sentiasa terjadi sehingga kini.

Pada era satu bangsa yakni pada era kepimpinan anak cucu adam yang Berjaya menyatupadukan segala makhluk, kehidupan mereka cukup hebat. Baik dari segi spiritual dan fizikal. Emas itu umpama mainan saja. Terdapat juga kota-kota yang terapung di udara. Kota di bawah laut dan di atas gunung. Seorang raja memerhatikan saja dari atas gunung akan wilayahnya di mana, di bawahnya terdapat ribuan ikan paus bermain riang sambil di perhatikan oleh beberapa manusia di dasar lautan itu. Gambaran kehidupan itu seperti fantasi. Saya mendapat gambaran ini melalui keadah ‘channeling’.

Tapi, sejak berlakunya era ‘light and dark’, benua yang termaju itu terpecah dua dan saling bertelingkahan dan di akhiri dengan peristiwa perang besar. Pada era itu juga, bukan hanya ‘atlantis’ atau ‘lemuria’ saja yang wujud tapi masih ada lagi wilayah-wilayah lain yang hebat seperti ketamadunan ‘ramayana’ yang di sebut dalam kitab hindu. Tapi, janganlah kita pening untuk memikirkan lokasi-lokasi mereka ini dengan berlandaskan peta kini. ternyata ketika zaman dahulu, peta mereka cukup lain dan di khabarkan peta bumi berlapis dua. Mungkin itulah di sebut sebagai kayangan. Apapun, kita tinggalkan tentang itu.

Kemudiannya, peristiwa banjir besar terjadi akibat dari peperangan itu lantas menenggelamkan segala yang ada. Bahtera NOH yang besar (mungkin lagi besar dari bahtera 04 dalam filem 2012), mendarat di tanah besar yang kini di kenali sebagai Asia Barat.

Dari situ, bermulalah kehidupan yang baru di mana, manusia-manusia hybrid di hapuskan (atau di sembunyikan). Yang tinggal hanyalah manusia dari keturunan ADAM dan haiwan-haiwan yang di selamatkan. Bertebarablah mereka membina kehidupan yang baru.

Di suatu tempat yang lain pula, benua yang baru saja tenggelam itu membiarkan tanah paling tinggi mereka tidak di tenggelami air. Jadi, wujudlah apa yang kita saksikan sekarang ini sebagai tanah ‘nusantara’. Tanah-tanah tinggi ini dahulunya pernah di diami oleh para dewa-dewa pada era ADAM dan era ‘light and dark’. Tapi, sejak peninggalan NOH, tanah ini kosong dan menunggu kepulangan penduduk asalnya…tapi bilakah mereka itu akan pulang ke pangkuan tanah ‘dewa’ ini?

kesimpulan dari pada artikel kali ini adalah:-

1- umat sebelum ADAM adalah makhluk-makhluk hybrid dan ‘fallen angle’ yang harus di pimpin.

2- terdapat beberapa era sebelum berlakunya peristiwa banjir besar NOH yakni

a) kedatangan ‘fallen angle’ dan pencampuran genetik yang tidak seimbang

b) era kedatangan ADAM dan anak cucunya dalam proses penyebaran manusia-manusia sempurna

c) era penyatuan segala jenis manusia (satu bangsa) dan kemunculan ‘dewa-dewa’

d) era pemisahan ‘light and dark’ (dewa pengurus dan dewa keduniaan)

e) era wilayah-wilayah ketamadunan dunia terhebat (atlantis, lemuria, ramayana dan lain-lain)

f) kemusnahan era ADAM dan bermulalah era manusia semata-mata

Banyak persoalan yang masih bermain di fikiran. Apa yang terjadi pada ‘fallen angle’ pada era ADAM sehingga kini? kemana perginya dewa-dewa yang pernah mendiami tanah dewa yakni nusantara ini? Apa itu peta dunia berlapis dua? Apa pula itu kayangan? Sebesar mana bahtera NOH itu? Ke mana perginya ilmu wasiat ADAM? Saksikan di artikel seterusnya.

INFO – PENDEKAR SUFI

31 Respons to “Bangsa Mim”

  1. kama berkata

    ngarut btui hang nih…!!!

    mana sumber hang cedok? sikit ayat quran pun takdak.. pastu nak suruh orang islam “open minded”… haprak!! tu laa.. suka sangat mengelamun.. main logik akai ja ka….!!

    • Insan berkata

      salam…

      maafkan sy jika jawab ini kurang pengisian..

      saudara,,
      terdapat bidang2 ilmu,,antaranya,,ilmu hakikat,,makrifat,,
      tauhid,,tasawuf dan macam2 lagi..dan semua ini bergantung pada seseorang itu sendiri.

      saya tak salahkan saudara berkata begitu,cuma ingin memberitahu bahawa banyak lagi ilmu yang tidak kita ketahui.
      tidak akan habis kamu belajar walaupon mengambil masa seumur hidup kamu.

      dari segi saudara bertanya,sudah saya agak bahawa saudara tidak pernah belajar atau menambah ilmu selain apa yang di ajar di sekolah.

      cuba saudara cuba mengisi apa yang kosong,,
      insyaAllah,saudara akan paham apa yang dimaksudkan oleh pakcikli,,

      maaf jika ada kesalahan,,sesungguhnya saya juga manusia biasa yang tak lari da kesilapan..

  2. pakcikli00 berkata

    Asalamualaikum

    Tuan Kama adalah contoh orang yang mengaku Islam yang otaknya tak sampai lima sen (pancaindera kelima). Menatap tulisan yang keluar dari kitab ucapan hati perutnya pun kita mengenali siapa beliau. Kalau mengucap salam pun tuan tak pandai memulakan ucapan, pengetahuan apakah yang tuan telah punggut dari al Quran. Cakap tak serupa bikin itu contoh orang munafik. Kalau tak boleh menjadi garam jangan cuba menjadi langau.

    wasalam.

  3. Liong Nai Choi berkata

    Sokongan dari pada saya dengan cetusan begini. Kalau orang putih buat filen kau orang tak cakap pa. Kau orang cakap cerekarama. Kalau ada idea cam ni, kalau ada sponsorer dari Hollywood bikin filem grenti box office. Lu mesti assep punya.

  4. AkuHenjutJer berkata

    ini sumber sesat mana hang sapu.dah disebut dlm Al-Quran Adam diturunkan ke bumi krna terpedaya memakan buah kuldi…yg hang pi kata krna calitan Azazil tu hang ambik info kitab setan mana!

    • Insan berkata

      salam…
      maap dari saya..
      saudara,,

      sudah pakcikli nyatakan bahawa dia mengambil isi ini dari orang2 lama dan ahli sufi..
      pernahkah anda mengetahui apa ilmu sufi tersebut??
      apakah yang ada dalam pengisian ilmu??

      kalau boleh jangan menulis di sini berbekalkan ilmu pendidikan Islam sekolah rendah,menengah,mahu pon universiti.
      sebaliknya,,carilah rahsia yang ada di dunia ini..

      seelok-eloknya,,isikan lah yang kosong,supaya hal ini tidak lagi menjai tanda tanya..insyaAllah.

  5. pakcikli00 berkata

    Bila mak bapak kamu ajar main henjut aje, maka lahirlah anak haram seperti kamu yang cuba untuk menyesatkan orang pula !.

  6. AkuHenjutJer berkata

    sapa yg sesat ko ke aku…ko bg kan nas2 dalil2 yg mengatakn ada adam sblm adam tu.aku rasa ko ni lah penyesat umat muhammad zaman ni…ptuiiii

  7. AkuHenjutJer berkata

    dasar anak gampang dari keturunan babi ko ni!11

  8. QasehSufi99 berkata

    Salam Ya Ayuhal Muslimin & Muslimat.

    Wahai saudara-saudaraku yang sebangsa & seagama! Bertenang & sabar, kenapa mesti bertengkar sampai maki hamun sesama sendiri? Seharusnya perbincangan ilmiah semacam ini dilakukan dalam keadaan harmoni, tidak menggunakan bahasa kasar……kalau berbincang bersemuka rasanya kalian mungkin dah bergaduh & bertumbuk agaknya? Kalau ada yang tak bersetuju atau sependapat dengan artikel yang dibentangkan, kemuka dengan bahasa yang lembut. Janganlah kerana soal agama dan anda bertentangan pendapat tentangnya, keadaan menjadi tegang seperti halnya puak Suni & Syiah berperang di timur tengah bertelagah & berperang sesama sendiri. Sebagai seorang manusia yang semuanya mengaku hamba kepada Tuhanya (Allah), tidak berhak untuk menjatuhkan hukum kepada manusia lainnya. Kepada yang tidak bersetuju….bantahlah dengan cara yang baik dan kemukakan hujah balas yang bernas, berserta dalil kalau ada. Ingatlah…kita Bangsa Melayu adalah bangsa yang beradab & bertamadun, budi bahasa adalah warisan ‘harta’ nenek moyang kita….apa faedahnya kita bertegang urat dan bermaki hamun sesama sendiri, yang sakit hati…diri sendiri juga. Janganlah jadikan laman ini seperti FB Namawe……. anak-anak Bangsa Cina Malaysia duk kutuk Bangsa Melayu habis-habisan sekarang ini. Kalau mereka bersatu padu & kita sesama sendiri ‘berperang’…apa akan jadi kelak? Buangkan yang keruh, ambillah yang jernih. Sesamalah kita mempertahankan kedaulatan Agama Islam yang kita anuti ini dan jagalah diri dan anak-anak kita agar Melayu Tak Hilang Didunia.

    Wassalam.

  9. pakcikli00 berkata

    Walaikumusalam

    Saudara QasehSufi99,
    Kita tidak boleh mengenali manusia yang bernama AkuHenjutJer diatas samada Melayu atau bukan melayu. Jika ucapannya bermula dengan salam, mudahlah kita mengenalinya sebagai orang Islam. Tapi jika mereka yang bernama sedemikian, terus menuduh kita sebagai penyapu dan menulis dari sumber yang sesat, kita tentu berangapan ini adalah komentar dari orang yang tak berugama. Kalau AkuHenjutJer ini orang beriman, selain daripada AlQuran beliau perlu mempercayai cerita dari Kitab yang lain seperti Zabur Injil dan Taurat. Jadi kesimpulan yang boleh dibuat, komentar tersebut adalah dari orang gila dan komentar orang gila perlu dijawab menurut bahasa orang gila. Orang yang sebegini memberi komentar langsung tidak menurut hukun samada Syariat, hakikat, tauhid dan makrifat. Jadi menurut hukum apakah untuk kita menjawab komentarnya. Sekurangnya saya saya telah melayani kehadirannya dengan tidak melupuskan komentarnya, malah saya cuba memberi jawapan kepada komentarnya.

    Terima kaseh salam hormat.

  10. sheikh berkata

    assalamualaikum.

    wahai pakcikli00,
    Saya nak bertanya tentang kesahihan artikel ini. Sepanjang hidup saya, saya disekolahkan di sekolah agama dari rendah ke menengah, tidak pernah sekali pun saya dengar cerita ini dari mana2 ustad saya. Jadi disini saya risau jika akidah seseorang muslim akan terpesong akibat percaya “membabi buta”. Kebiasaannya kalau saya membaca artikel2 islamik, akan diselitkan sekali dalil2 aqli dan naqli. Tapi di artikel kamu ini tiada satu pon dalil samaada dari quran ataupun sunnah.
    Kalau nak ikut mana2 org pon boleh buat cerita macam ini. Dan pada pandangan saya, cerita sebegini tidak seharusnya di “publish”kan atas sebab ianya boleh menimbulkan kacau bilau (bukti sudah pon ada pada komen di atas) dan juga boleh menyesatkan.

    sekian terima kasih.

    p/s saya rasa teguran pakcikli00 kepada akuhenjutjer “Bila mak bapak kamu ajar main henjut aje, maka lahirlah anak haram seperti kamu yang cuba untuk menyesatkan orang pula !.” adalah satu cara teguran yg salah dan bukan teguran yang membimbing.

  11. pakcikli00 berkata

    Waalaikumusalam

    Tuan Syeikh,Tujuan saya menjadi seorang blogger adalah untuk mengembangkan ilmu pengetahuan dalam basa Melayu. Saya memiliki tidak kurang daripada 20 weblog untuk mengembangkan berbagai ilmu pengetahuan, sebilangan besar weblog saya adalah mengenai ugama. saya telah menulis pengetahuan ugama diweblog bermula dari syariat bab halal haram, hakikat bab jiwa, tauhid dan makrifat.

    Suka saya mengigati Tuan Syeikh, jangan kita terus menghukum orang lain sesat dan sebagainya jika kita tidak memahami sesuatu yang ditulis orang lain. Bukan saya berniat memerendahkan sesiapa, tapi kita tidak boleh berbangga dan merasa arif dibidang ugama jika setakat belajar ugama sehingga sekolah menengah. Jika kita belajar ugama hingga keperingkat Universiti pun belum boleh dikatakan berilmu jika pengetahuan yang kita pelajari tidak diamalkan. Itu sebab Profesor yang mengajar perniagaan belum tentu lagi boleh maju jika menceburi bidang perniagaan.

    Jika sekadar belajar ugama setakat sekolah menenggah sepatutnya Tuan Syeikh tidak layak membaca artikal diatas kerana fikiran Tuan Syeikh paling tinggi 5 sen ( pancaindera kelima ). Ilmu pengetahuan yang ditulis dinternet kadangkala menjangkau melebihi pancaindera kelima. Kenapa Tuan mengaji ugama setakat sekolah menenggah sahaja tidak sehingga ke Universiti, setahu saya buku Sejarah Islam, Sejarah Melayu, Hang Tuah, dan banyak lagi buku pengetahuan disekolah yang tidak disetai dalil Al Quran dan Hadis bagaimana tuan boleh mempercayainya ?

    Bila kita menjadi orang yang tidak beradab kita sering menyalahkan orang lain untuk menutup kelemahan kita.Bila kita menjadi anak yang biadab dan kurang ajar, kita menganggu orang lain ketika disekolah, memuat naik gambar lucah jika diberi talipon, menjadi Mat Rempit jika diberi motor dan melayari halaman yang tak sepatutnya jika diberi internet. Persolan saya apakah Tok Syeikh pun daripada anank anak yang sedemikian.

    Saya ingin bertanya kepada tuan Syeik, jika Tuan Syeik mengemudikan bahtera ditengah lautan yang bergelora apakah Tuan Syeikh perlu mengawal layar atau ombak dan angin ?.

    Pesanan saya kepada Tok Syeikh bersamalah kita mengembangkan ilmu pengetahuan di Internet dan jika tak boleh menjadi garam pun janganlah cuba menjadi langau. Saya menulis diinternet adalah untuk mengembangkan ilmu pengetahuan bukan untuk menyesatkan sesiapa, saya tidak mampu menyesatkan sesiapa, kecuali kejahilan mereka sendiri.

    Sebagai seorang blogger tujuan saya adalah mengembang ilmu pengetahuan dan bukan membimbing mereka yang biadap yang sesuka hati menuduh orang lain penyapu dan sesat kerana kejahilannya.

    Wasalam.

  12. daniel berkata

    best2… ni la pertama kali aku kisah2 ni, tp cmne ko bleh korek citer ni? kalu nak reka citer cmni pun bukanny senang, n bleh plak ade perkaitan yg baik dlm setiap siri..

    tp one more aku nak tau, di mana n siapa ‘the lost tribe’ yg dikatakn dr kalangan bani israel 70 pengikut nabi musa yang beriman??? err.. dr suku Levi?

    wallahua’lam..

    tq pakcikli00 cz berkongsi..

  13. kudawan berkata

    salam. pakcik boleh meraga sukma ke?

  14. HEDIR RAIDER 25 berkata

    SALAM .UNCLE

    ORANG BERILMU (BERPENGETAHUAN) ADA 4 JENIS

    ORANG JENIS 1. ADA ILMU = MENGEMBANGKAN DAN MENAFAATKAN ILMU

    ORANG JENIS 2. ADA ILMU = TIDAK MENGGUNAKAN ILMU DENGAN BETUL
    DAN MENJAGA KEPENTINGAN SENDIRI SAHAJA

    ORANG JENIS 3. TIADA BERILMU = TETAPI INGIN MENCARI ILMU

    ORANG JENIS 4. TIADA BERILMU = DAH LAH TIDAK BERILMU TIDAK MAHU
    MENCARI ILMU

    P/s pilih yang mana satu .dari saya rasa UNCLE di jenis yang no 1.
    teruskan artikal UNCLE. SAYA dari jenis yang no 3.
    ALLAHU AKKBAR

  15. mahadaya berkata

    Dunia diciptakan dlm 6 hari dan kita fahami bhw sehari di sisi tuhan bersamaan 1,000 tahun padangan kita. Setelah itu tuhan bersemayam di singgahsananya di hari ke 7. Ini bermakna sebelum penciptaan Adam, alam telah berlangsung 7,000 tahun. Kemudian Adam diciptakan dan dia diajar menamakan segala sesuatu yg diciptakan termasuklah nama2 malaikat. Di sebabkan tiada ilmu ttg nama2 lah malaikat sujud kpd Adam tetapi tidak iblis. Dari Adam ke banjir besar zaman nuh, jaraknya lebih kurang 1,600 tahun dan dari nuh ke ibrahim lebih kurang 300 tahun. Jika dikira jaraknya hingga kini hampir 6,000 tahun. Di dlm kitab nabi yahayaya menyatakan manusia akan hidup 1,000 tahun lagi setelah berlaku kiamat. Jadi, pengiraan kiamat adalah peralihan dari tahun ke 6,000 ke thn ke 7,000 atau dari hari ke 6 ke hari ke 7 di sisi tuhan. http://mahadaya-asalama.blogspot.com

  16. nazira berkata

    Assalamualaikum w.b.h

    Alhamdulillah.Syukur kepada Allah.Ilmu inilah yang saya tercari-cari selama ini.Bila baca artikel ini, terasa diri ini kerdil di sisi Tuhan yang Maha Besar yang mempunyai kerajaan di langit dan bumi.Terimakasih Pakcik li00 teruskan memberi ilmu.

  17. Abul Wafa berkata

    Orang yang bercakap tentang agama tuh pun tak berapa pandai sangat mana pun tentang agama. sokongan saya teruskan tentang kajian2 yang sebegini. Support pakcikli00

  18. nyemah berkata

    salam..sy pernah terbaca kisah2 ni..sy terima kajian2 ni…ye lah Allah kan maha berkuasa..sapa lah kita yg nak menidakkan nya..

    mengikut kata tuan tanah dan lain2 kajian..mmg betul si azazil n the gang ni dah di sumpah jadi “fallen angle”..dan adam sebelum adam..tapi dah habis dr kes peperangan antara malaikat dan dr sumber yg lainnya diorg hancur akibat bencana di bumi yg ala2 komet dan banjir besar..

    ikut teori sains..bumi ni mcm perempuan..ada time menstrual. time tu akan clean kan sume..so proses tu dah jadi beberapa kali..moralnya adam sblm adam ni dah x dek sblm nabi adam turun ke bumi..tp tuan tulis mcm ni

    “Mungkin dari situ juga, berlaku pencampuran genetic ‘fallen angle’ dan manusia lantas memwujudkan ‘nefilim’ atau si gergasi.”

    since dah x habis adam sblm adam..mana la dtg pulak pencampuran genetic fallen angel dgn manusia??

    satu lg..mana nak dpt ilmu pasal channeling ni ye..sy dpt tahu ia nya salah satu cabang idang sains..so x dek isu kurafat atau sihir

  19. Rabbani berkata

    Assalamualaikum…

    Trima kasih ya pak cik atas artikal tersebut. Saya bersetuju dengan pak cik yang kita perlu menjadi seorang yang open minded. tanpa open minded bagaimana kita nak menerima sesuatu ilmu tersebut..

  20. khairulorama berkata

    ini filosof yunani + mitologi greek + israilliyat..

  21. Bapak tuahjebat berkata

    Asalamualaikum…..dlm nisbah the arivelle tlh menjelaskan semua cerita pakcik dan ketibaan darjal y dilahirkan bersama nabi adam s.a.w, darjal adalah manusia campuran y tlh dijelaskan oleh pakcik untuk megukuhkan lg dakwaan pakcik sila layari the arive…..

    Sekian
    hamba Allah s.w.t

  22. daniaberlina berkata

    terima kasih atas perkongsian, walaupun tak ada sumber, ia boleh dijadikan satu cetusan idea, yang mungkin benar-benar berlaku pada zaman dahulu, tak sabar nak tahu lepas ni

  23. pakcikli00 berkata

    asalamualaikum

    Daniaberlina, weblog ini sekadar pelengkap kepada berbagai ilmu pengetahuan yang saya himpunkan untuk rujukan saya dan mungkin kepada mereka yang memerlukannya, saya perlu menguruskan lebih dari 20 weblog dan termasuk website oleh itu saya terlalu memerlukan banyak masa termasuklah melayani berbagai kerenah pelayar weblog saya, saya mengalu sebarang sumbangan info mengenai apa yang saya paparkan.

    Terima kaseh.

  24. hadis berkata

    Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang.

    Setiap ilmu itu perlu disampaikan,tetapi yang hanya mengajarkannya adalah ALLAH.Kefahaman itu adalah ilmu yang dapat membezakan hak dan bathil.

    Allah telah merakamkan kalamnya di dalam surah Al Israa’,ayat 36 bermaksud :

    “Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mengetahui pengetahuan tentangnya.Sesungguhnya pendengaran,penglihatan dan hati,semuanya itu akan diminta pertanggungjawabnya”

    jadi gunakanlah apa yang telah Allah berikan kepadamu dengan sebaik2nya.

    Berfikirlah dengan menggunakan KUNCI Al-Quran.

    Segala Puji Bagi Allah,Tuhan Semester Alam

  25. marko berkata

    ASSALAMUALAIKUM

    sy ade beberapa kekeliruan mengenai AZAZIL kat sini,
    1)AZAZIL,,,,first time sy tau name nie dri citer SUPERNATURAL(yg 2 beradik tangkap hantu tu),sy pun rase eager nk tau AZAZIL tu sape,check dkat WIKIPEDIA,,ade manyak kaitannye ngan BIBLE,jadi sy takut kalau artikel nie ade pengaruh BIBLE sikit2,sebab selama sy bace AL-QURAN n maksudnye skali,x de pula name AZAZIL(mungkin u kaji lebih lagi,mane tau kan)
    2)u kata AZAZIL tu ade ibu bapa kan??so,,maknenye,NABI ADAM bukan first human la kan?
    3)AZAZIL daripada api ke waktu dia diangkat malaikat ke langit?
    4)AZAZIL = LUCIFER?

    sekian saje WASSALAM,,

    • anna berkata

      Iblis pada mulanya bernama Azazil dan tinggal di bumi. Azazil adalah jin yang taat kepada Allah. Dia menyembah Allah selama 1000 tahun, lalu Allah swt mengangkatnya ke langit pertama. Di langit pertama, Azazil beribadah menyembah Allah swt selama 1000 tahun. Kemudian dia diangkat ke langit kedua. Begitu seterusnya hingga akhirnya dia diangkat menjadi imam kepada para malaikat. Apa pun perintah Allah kepada malaikat juga adalah perintah baginya, kerana dialah imam para malaikat yang memimpin malaikat.

      Azazil adalah imam kepada kepada seluruh malaikat. Ibadahnya kepada Allah banyak. Ada riwayat yang menyatakan Azazil beribadah kepada Allah selama 80,000 tahun dan tiada tempat di dunia ini yang tidak dijadikan tempat sujudnya ke hadrat Allah.

      Dalam satu riwayat menceritakan, akan malaikat Israfil melihat yang tersurat di Loh Mahfuz ada tercatat satu suratan berkenaan :

      “Adanya satu hamba Allah yang beribadah selama 80,000 tahun tetapi hanya kerana satu kesalahan, maka ibadah hamba itu tidak diterima Allah dan hamba itu terlaknat sehingga hari Kiamat”

      Maka menangislah Israfil kerana bimbang makhluk yang tersurat di Loh Mahfuz itu adalah dirinya. Maka diceritakanlah Israfil kepada segala malaikat pengalamannya melihat apa yang tersurat di Loh Mahfuz. Maka menangislah sekelian malaikat kerana takut dan bimbang nasib mereka. Lalu kesemua malaikat datang menemui Azazil yang menjadi imam kepada para malaikat, agar Azazil akan mendoakan keselamatan dunia dan akhirat kepada seluruh malaikat. Azazil pun mendoakan keselamatan di dunia dan akhirat kepada seluruh malaikat dengan doa :

      “Ya Allah, Janganlah ENGKAU murka terhadap mereka (para malaikat)”

      Malangnya, Azazil lupa untuk mendoakan keselamatan untuk dirinya. Selepas mendoakan kesemua para malaikat, Azazil terus menuju ke syurga. Di atas pintu syurga, Azazil terlihat suratan yang menyatakan :

      “Ada satu hamba dari kalangan hamba-hamba Allah yang muqarrabin yang telah diperintahkan Allah untuk membuat satu tugasan, tapi hamba tersebut mengengkari perintah Allah. Lalu dia tergolong dalam golongan yang sesat dan terlaknat”

      Lalu Allah Menciptakan Adam a.s., dan memerintahkan malaikat untuk sujud menghormat kepada Adam a.s. Azazil, sebagai imam para malaikat, sepatutnya lebih dahulu bersujud memimpin para malaikat. Tetapi, dia menolak, kerana dia merasa bahawa dirinya lebih baik dari pada Adam. Sementara para malaikat lain terus sujud tanpa dipimpin oleh Azazil.

      Bukan sahaja dia enggan sujud, malah sombong dan menjawab kepada Allah :-

      Israa [61] Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Kami berfirman kepada malaikat: Sujudlah kamu kepada Adam; maka mereka sujudlah melainkan iblis; dia berkata: Patutkah aku sujud kepada (makhluk) yang Engkau jadikan dari tanah (yang di adun)?

      Keengganan sujud ini berpunca dari hasad dengki iblis@Azazil, yang irihati apabila Allah hendak melantik nabi Adam sebagai khalifah di bumi kerana ia dijadikan dari api sedangkan manusia dijadikan dari tanah yang busuk dan melekat. Ia derhaka kepada Allah, takabbur dan lupa daratan.

      Maka terhalaulah Azazil dari syurga. Namanya diubah kepada Iblis. Apabila Iblis diturunkan ke bumi, dia berjanji akan menyesatkan manusia serta keturunannya.

      Israa [62] Dia berkata lagi: Khabarkanlah kepadaku, inikah orangnya yang Engkau muliakan mengatasiku? Jika Engkau beri tempoh kepadaku hingga hari kiamat, tentulah aku akan memancing menyesatkan zuriat keturunannya, kecuali sedikit (di antaranya)
      Sumber : /nasbunnuraini

      LUCIFER = gelaran dlm bhs omputeh je…

  26. naza berkata

    assalamuallaikum……..syabas pakciklee100……

  27. naza berkata

    assalamuallaikum pakcikli100…..byk comment yg ditulis oleh penghijrah ntah dari cerok mana pun tak tahu,,lepas tu nak ulas tulisan pak.cik li…..memang ler…cerita ni tak diajar kat sek.ren,menengah,sek.agama..sekalipun…..kena menunutut ler …..akal 5sen…lepas tu nak ulas pakai hantam jer….mana boleh….aku mcm ko gak dulu…..cerita yg lebih kurang mcm ni pernah aku dgr dri guru aku dulu….cuma aku cbuk pasal dunia sikit…jd ingat2 lupa …ko tidak aku boleh support sket pak cik li100……terus kan pakcikli100….assalamuallaikum

  28. ronaruna berkata

    salam.
    komen saya pada artikal ini harus diteruskan (masa saya sekolah dulu hikayat indraputra adalah salah satu buku dalam salah satu mata pelajaran yang mesti dibaca).diteruskan kerana.
    1.saya dapati tulisan tersebut adalah pengetahuan dari berbagai sumber-pegambungan sumber tersebut menjadi satu artikal yang terhasil sedangkan saya tak perlu bersusah payah menyusunnya dah disusun oleh penulis terima kasih dari saya.

    2.jika saya fikir sesetengah tulisan tidak menafaat pada satu satu hujah maka saya akan jadikan ia sebagai maklumat dalam kepala mana tau ada bukti dikemudian hari- ketika itu minda saya sudah ada maklumat-terima kasih pada penulis.

    3.saya yakin artikal ini melibatkan kepecayaan sesetengah pihak nak percayake tidak… tak caya takpe kalau pecaya- saya sendiri kena buktikan..sendiri amal sendiri rasa. “segala jadi”.

    4.teruskan pelayaran anda wahai sang penulis saya ingin sangat sampai keujungnya jika bertanjung. wassallam wallahualam.

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 42 other followers