Bangsa Mim Era Nabi Adam as



“Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat: “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi.” Mereka berkata: “Mengapa Engkau hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?” Tuhan berfirman: “Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui.” al-baqarah ayat 30

“Dan Dia mengajarkan kepada Adam nama-nama seluruhnya, kemudian mengemukakannya kepada para Malaikat lalu berfirman: “Sebutkanlah kepada-Ku nama benda-benda itu jika kamu mamang benar orang-orang yang benar!” al-baqarah ayat 31

Di siri ke 2, saya menjawab kepada persoalan beberapa orang mengenai siapakah ADAM sebenarnya dan apa yang di pimpin oleh ADAM dan perkara yang di risaukan oleh para malaikat sebelum ADAM di cipta sepenuhnya. Penciptaan ADAM ini di ibaratkan ‘secret creation’ yang mana hanya beberapa makhluk tertentu sahaja yang dapat mengetahuinya. Selaras dengan itu, berlaku suatu ‘notis di langit’ di mana notis itu memberitahu tentang akan ada makhluk ALLAH yang akan merusuh dan membelot. Akibat takut dari ‘notis’ di langit itu, para malaikat mendatangi AZAZIL, yakni satu-satu bangsa JAN yang terselamat dari ‘kemusnahan total’ di bumi lama.

AZAZIL memang terkenal dengan sikap abidnya dan dia juga di kenali sebagai doa yang di makbulkan. Dia mendoakan sekalian malaikat akan tetapi dia tidak mendoakan dirinya sendiri. Akibatnya, di hari ‘pelancaran’ ADAM yang sempurna ini, AZAZIL dan kuncu-kuncunya yang mungkin terdiri dari sebahagian kecil malaikat dan penduduk langit yang terselamat dari pemusnahan bumi lama, belot dan engkar akan arahan ALLAH untuk tunduk kepada ADAM.

Dek kerana itu, AZAZIL dan kuncu-kuncunya di turunkan ke bumi baru dan bermulalah era IBLIS yang mana akan menjadikan bumi sebagai penjara untuk waris ADAM serta neraka di kemudian hari. Mereka inilah di gelar ‘FALLEN ANGLE’. ADAM di ciptakan untuk menjadi KHALIFAH yang mana akan menerajui bumi baru. sebelum di turunkan ke bumi, ADAM hidup tenang dengan isterinya HAWA di ‘syurga’. Hendak di jadikan musabab, mereka berdua memakan buah KHULDI atau di gelar FRUIT OF KNOWLEDGE oleh para kristian, lalu turun ke bumi ini. Pada ketika itu, bumi baru telah di penuhi dengan pelbagai makhluk dan antara makhluk-makhluk hyrid yang tiada hala tuju. Jika di fikir dari sudut logik, masa penurunan iblis dan kuncu-kuncunya sehingga penurunan ADAM dan HAWA itu agak lama juga jika di kira dari masa bumi. Takkala itu, bumi sudah di penuhi dengan flora dan fauna.

Di siri 1 pula, saya menerangkan tentang ADAM di beri ILMU SEGALA. Ilmu segala ini adalah ilmu nama-nama yang mana membolehkan ADAM mengawal langit dan bumi di atas keizinanNYA. Ilmu ini amat hebat dan sentiasa di cari oleh IBLIS dan kuncu-kuncunya. Penurunan ADAM ketika itu ibarat rahmat untuk sekalian alam. ADAM dan warisnya menerajui alam dengan keizinanNYA. Lantas, ketika itu, pelbagai makhluk tinggal di bawah penguasaan ADAM dan waris dan di gelar satu bangsa.

ERA ADAM

“Manusia dulunya SATU UMAT, kemudan berpecah-pecah” Al-quran 19:10

Umat yang satu, itulah di mana era ADAM dan warisnya menjadi khalifah. ADAM yang berumur hampir 1000 tahun itu sudah tentu dapat mendirikan ketamadunan yang hebat demi menyatukan semua makhluk di bawah kekhalifahannya. Dengan ILMU SEGALA di berikan padanya itu, ternyata dia dapat mengurus SATU UMAT dengan baik. Bagaimanapun, dia tidak keseorangan. Bersamanya, anak cucunya yang di beri HAQ untuk mengurus dunia secara bersama.

Jika anda seorang ahli sufi atau seorang yang suka mencari kerahsiaan dalam agama, anda tentu pernah mendengar frasa ini; ‘ADAM mewariskan amanahNYA kepada keturunannya’.

Terdapat dua pergertian untuk ini, salah satunya adalah mengenai pewarisan ILMU SEGALA ini yang sesekali tidak akan hilang. Keduanya adalah, mengenai sifat, kelakuan dan nama-namaNYA yang di serap kedalam ADAM lantas di wariskan kepada anak cucunya yang HAQ. Apapun, saya tidak akan mengulasnya lanjut kerana itu amat berat untuk orang awam dan biarlah kalian sendiri yang mencarinya dengan berguru. Insyallah.

Pewaris ILMU SEGALA ini di beri HAQ untuk mengurus langit dan bumi. Mereka ini boleh kita gelarkan sebagai DEWA-DEWI. Orang zaman dahulu pula menyebutnya sebagai TUHAN-TUHAN. Biarpun apa frasanya, yang penting, mereka-mereka ini mengurus dunia dengan keizinan DIA yang maha besar.

Kemudian, terdapat pertikaian berlaku dan ia menyebabkan Umat yang satu berpecah-pecah. Pertikaian ini mungkin dari mereka yang ingin menjadi ‘dewa-dewa’ tapi tiada HAQ. Ada yang mencuri sedikit dari ILMU itu dan membina ketamadunan yang lain. Pada masa yang sama juga, terdapat DEWA-DEWI yang hanya bermatlamatkan DUNIA ADALAH SEGALA. Jadi, dunia pada ketika itu, terbahagi kepada dua, yakni ‘CAHAYA/LIGHT’ yang mengurus dunia dengan arahanNYA dan ‘GELAP/DARK’ yang mahukan dunia menjadi matlamat segala. Bagaimanapun, kita harus tahu, biarpun LIGHT and DARK sekalipun, ini semua di atas kehendakNYA. Bukankah ALLAH itu maha perancang?!

Pertentangan ini berterusan sehinggalah berlaku peperangan. Perkara ini sudahpun di jangka oleh para malaikat pada sebelum ini kerana mereka tahu model ADAM tetap akan bermatlamatkan kehancuran.

“Tiap-tiap umat mempunyai batas waktu” Al-quran 34:7

Itulah yang telah di tetapkan oleh ALLAH s.w.t. Inilah sebab musabab untuk kehancuran umat era ADAM ini. Meskipun demikian, tiada di ketahui punca sebenar mengapa umat ini harus di tamatkan. Daripada penkajian saya, ada yang mengatakan penguasaan NEFILIM atau gergasi di era ini amat membimbangkan. Dalam mitos ketamadunan SUMERIA pula, di katakan ENLIL mahu hapuskan manusia kerana mereka membiak dengan cepat sehinggakan langit dan bumi di penuhi dengan mereka. Biar apapun ceritanya, kemusnahan itu tetap berlaku dan bumi baru telah di ‘bersihkan’ dan kehidupan baru kini bermula

ERA ADAM – ERA LIGHT and DARK

“Dan demikianlah Kami adakan pada tiap-tiap negeri penjahat-penjahat yang terbesar agar mereka melakukan tipu daya dalam negeri itu. Dan mereka tidak memperdayakan melainkan dirinya sendiri, sedang mereka tidak menyadarinya” surah al- an’am ayat 123

“Dan Dia lah yang menjadikan kamu penguasa-penguasa di bumi dan Dia meninggikan sebahagian kamu atas sebahagian beberapa derajat, untuk mengujimu tentang apa yang diberikan-Nya kepadamu.”
surah al-an’am ayat 165

Daripada ‘hikmat’ chanelling saya yang ada, saya cuba ‘mengintai’ apa yang ada di sana. Daripada yang saya tahu,pada ketika itu, mereka berinteraksi tanpa kata-kata. Pada mulanya saya ingatkan TELEPATI, tapi sebenarnya bukan. TELEPATI adalah ‘jurus’ komunikasi mengunakan otak, tapi apa yang berlaku di situ adalah mereka mengunakan hati semata-mata. OTAK adalah kontena tempat nafsu semata-mata. Maksud saya, otak yang mengawal segala perbuatan mereka sebagai manusia seperti makan, minum dan sebagainya akan tetapi, hati pula mereka jadikan sebagai ‘catalyst’ untuk menlakukan jurus-jurus hikmat seperti terbang, berjalan atas air, jadi pokok atau sebagainya.

Hampir kesemua mereka mampu melakukan sedemikian, akan tetapi ada juga yang tidak boleh. Dek kerana itu, yang tidak boleh ini cemburu lantas menjadikan dunia fizikal sebagai ‘keajaiban’ mereka. Maka, terciptalah sebuah ketamadunan yang kita ketahui sebagai ATLANTIS. Asalnya, mereka semua ini adalah penghuni benua PENTAS SUNDA yang tinggi tanahnya. Ada yang menyebutnya sebagai LEMURIA. Saya tidak tahu apa nama sebenarnya. Bagaimana hendak saya tahu, sedangkan ‘penduduk’ zaman itu pun tidak berkomunikasi mengunakan bahasa dan kata-kata. Tapi, bukti yang jelas mengatakan di sini, yakni nusantara adalah PENTAS SUNDA atau LEMURIA adalah, dengan pengiktirafan hutan PAHANG sebagai hutan tertua di dunia dan terdapat sebuah daerah di Sumetera di namai LEMUR.
(http://www.travelblog.org)

Tapi, bukti paling jelas adalah, kajian daripada STEPHEN OPPENHEIMER dan PROF ARYSIO SANTOS, serta THOMAS SUAREZ yang membukukan kajiannya mengenai peta kuno dalam buku bertajuk “EARLY MAPPING OF SOUTHEAST ASIA: THE EPIC STORY”. Dalam buku EDEN IN THE EAST oleh STEPHEN OPPENHEIMER ini, beliau menerangkan secara saintifik mengenai berlakunya banjir besar ketiga yang mana telah menghapuskan sebahagian besar pemukaan bumi dan cerita mengenai pelayaran NOH dalam pelbagai versi ketamadunan dunia.

PROF ARYSIO SANTOS pula menerangkan mengenai benarkah ATLANTIS berada di NUSANTARA dan dia benar-benar bermaksudkan sedemikian. Tapi, malang buatnya, selepas beberapa bulan bukunya di terbitkan, beliau telah di temui mati. Ada yang mengatakan ini semua perbuatan sabotaj yang mana tidak mahu kebangkitan di NUSANTARA terjadi.

Apakah kalian dapat melihat pola pergerakan kajian dari pengkaji barat ini? Baiklah, saya cuba bukakan minda kalian seketika. Pada zaman dulu, yakni di era penjajahan, explorasi dunia di terajui oleh pihak barat yang mana mereka tiba-tiba mahu mencari ‘the lost world’. Akhirnya, CHRISTPHER COLOMBUS menjumpai AMERIKA dan mengelarkannya itu sebagai ‘the lost world’. Tapi, hakikatnya apa yang di cari oleh COLOMBUS itu adalah salah dan dia telah di malukan. Explorasi ini berterusan sehinggalah mereka bertemu dengan piramid GIZA dan mula mengkaji mengenai ketamadunan itu. Akhirnya, mereka cuba mengali mengenai asal keturunan para FIRAUN ini.

DI era millenium ini, secara tiba-tiba, para pengkaji barat cuba mengalih perhatian mereka kepada NUSANTARA. Tapi, kebanyakkan dari mereka ini adalah pengkaji yang bebas dan tidak terikat dengan apa-apa organisasi. Sejak dari itu, mereka dapat merungkai misteri yang lepas-lepas seperti contoh, di mana ‘the lost world’, ‘solomon mine’, ‘asal keturunan FIRAUN’ dan sebagainya. Segalanya berpunca daripada sini.

Tapi, persoalannya, di sini itu bagaimana ? !
Jika di kaji, di permukaan tanah nusantara kini, tiada sisa-sisa ketamadunan yang hebat-hebat seperti sumeria, mesir dan sebagainya. Jadi, bagaimana mereka boleh katakan semuanya berada di sini? Setakat ini, mereka dapat buktikan segala pernyataan itu dengan selaraskan data-data dari manuskrip dan buku-buku sejarah.

Jadi, untuk mengkaji perihal itu, para pengkaji terpaksa menaiki ‘mesin waktu’ dan kembali ‘hidup’ di ERA ADAM sehinggalah terjadinya pepecahan UMAT YANG SATU INI.inilah yang saya cuba bawakan kepada anda. Saya hanya ‘tourist guide’ di dalam mesin waktu ini, dan anda adalah para pengkajinya. Tujuan kita adalah sama, yakni untuk mengali kembali sejarah yang hilang (THE LOST WORLD, sudah tentu ‘lost’, sebab itu kena ‘gali’ kembali).

DEWA-DEWI dan DARAH DI RAJA

“katakanlah: “Allah-lah yang memulai penciptaan makhluk, kemudian mengulanginya kembali; maka bagaimanakah kamu dipalingkan ?” surah yunus ayat 34

“Maka jika kamu berada dalam keragu-raguan tentang apa yang Kami turunkan kepadamu, maka tanyakanlah kepada orang-orang yang membaca kitab sebelum kamu. Sesungguhnya telah datang kebenaran kepadamu dari Tuhanmu, sebab itu janganlah sekali-kali kamu temasuk orang-orang yang ragu-ragu.” surah yunus ayat 94

Pada era ADAM dan anak cucunya, para pengurs langit dan bumi ini di gelar DEWA-DEWI. Bila saya kata begitu, sudah pasti ada daripada anda mengatakan “apakah ALLAH itu lemah sehinggakan perlukan pengurus di langit dan di bumi?”

Jika ada yang berkata begitu, ayat pertama yang akan saya semburkan pada dia adalah “SIAPA YANG MELEMAHKAN SIAPA? ALLAH ITU MAHA BERKEHENDAK dan adakah kehendakNYA itu akan melemahkan DIA, sudah tentu tidak. Itulah tanda kekuasaaNYA”

Saya tahu, memang ramai yang belum ‘open-mind’ dalam hal sebegini, dan kerana itulah dalam siri 2 saya ada tegaskan mengenai sikap muslim kini yang mana suka sangat lemahkan kekuasaan ALLAH. Seolah-olah, mereka pula tuhannya.Jika berlaku kajian pelik-pelik, dengan cepat mereka akan katakan ‘Jangan cabar Tuhan?”. Apaka Tuhan itu tercabar?.

Sudah tentu tidak, kerana setiap kejadian itu adalah menunjukkan MAHA BESARNyA DIA dalam memberi keizinan.

Perkara paling penting di sini adalah;

1- DIA itu ‘laisa kamislihi syaiun’ (tidak menyerupai mana-mana pun baik kejadian atau khayalan)

2- DIa maha besar (seluas mana pun manusia explorasi atau ciptakan pun, kekuasaanNYA tetap tidak di jangkau)

3- Keupayaan itu adalah hak milik sepenuhnya dari DIA

Inilah antara intipati dari ILMU SEGALA itu. Bagaimana saya tahu? Sudah tentu saya harus tahu, jika tidak bagaimana saya boleh ceritakan kepada kalian. Tapi, ILMU SEGALA ini bukanlah ilmu yang di tujukan pada sesuatu, maka terus jadi ia.Ini bukan zamannya. Zaman kini adalah zaman di mana semua kejadian berlaku atas fizikal dan berdasarkan keterbukaan minda manusia. Dek kerana itu, tidak banyak kejadian aneh-aneh berlaku kini sebab keilmuan dan kejadian aneh-aneh itu hanya berlaku andai manusia telah lupakanNYA.

Menyebut perihal ilmu segala ini, pada era ADAM dan seterusnya, sehingglah ‘hari pembersihan’ itu, Dewa-dewi ini ada juga mengangkat dari kalangan mereka sebagai raja. Raja-raja ini akan tinggal di istana yang penuh hiasan yang cantik dan perbuat dari emas. Ini semua berdasarkan memori yang ada pada manusia itu tentang ‘syurga’ di mana tempat asalnya ADAM dan HAWA.

Dewa- dewi ini telah mengurus langit dan bumi manakala raja-raja ini pula mengawal dan menjadi khalifah kepada UMAT YANG SATU ini. Hanya Manusia yang berHAQ dan mempunyai ILMU SEGALA akan menduduki tahta paling tinggi di bumi ini. Kelebihan pada golongan bangsawan ini adalah, mereka-mereka ini mampu untuk berubah bentuk daripada manusia kepada haiwan-haiwan yang di anggap suci atau simbol-simbol tertentu.

Mereka ini mampu untuk mengubah diri mereka menjadi NAGA, HARIMAU atau GARUDA dan sebagainya jika mendapat keizinanNYA. Hal ini ada di sebut dalam buku STEPHEN OPPENHEIMER dan cerita mitos dunia. Mereka inilah di sebut sebagai ‘Serpent’ atau ‘shape-shifting’. Kepakaran mereka dalam mengubah bentuk jasad ini adalah kurnianNYA tapi di era LIGHT and DARK, terdapat golongan yang mencuri keilmuan itu dan menjadi raja di ketamadunan lain.

Pada ketika itu juga, Dewa-dewi mula terpecah kepada dua. Akhirnya, era-era kegemilangan ini terhapus dan NOH berjayamenyelamatkan segolongan manusia dari bencana itu. Dewa-dewi ini tetap lah juga manusia akan tetap mereka ini adalah golongan yang mendapat keilmuan yang tinggi kerana tanggungjawab yang telah di berikan kepada mereka. Di khabarkan, ketika rasullullah lahir ke dunia, maka terhapuslah tanggungjawab mereka kerana besarnya rahmat pada baginda muhammad s.a.w

Jadi, berakhirlah era pengurusan dewa-dewi ini selepas kelahiran baginda muhammad akan tetapi tidak lah berakhir ilmu mereka itu, bahkan di katakan mereka ada di kalangan kita…mereka inilah ada yang memanggilnya ‘wali-wali ALLAH’ yang hidupnya cukup panjang. wallahuaklam

PETA BERLAPIS DUA

“Dia-lah Allah, yang menjadikan segala yang ada di bumi untuk kamu dan Dia berkehendak langit,
lalu dijadikan-Nya tujuh langit. Dan Dia Maha Mengetahui segala sesuatu.” al-baqarah ayat 29

“…Kepunyaan Allahlah kerajaan langit dan bumi dan apa yang ada diantara keduanya;
Dia menciptakan apa yang dikehendaki-Nya. Dan Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.”
surah al maidah ayat 17

Pada era ADAM, kayangan dan bumi saling terbuka. Sentiasa ada turun-naik daripada kedua alam ini. Meskipun demikian, tidak semua yang dapat menaiki Kayangan dan dapat turun ke bumi. Saya pernah bermimpi tentang kayangan ini.Di dalam mimpi itu, saya melihat seolah-olah refleksi daripada permukaan bumi di langit sana. Agak tergaman ketika itu. Sungguh menakjubkan. Bagaimanapun, saya abaikan perihal mimpi itu, sehinggalah saya sedar tentang kaitannya dengan artikel MIM- takkan hilang di dunia ini.

Tanah Kayangan ketika itu cukup hampir sehinggakan boleh turun-naik tapi, akhirnya, tanah itu semakin jauh dan jauh. Hal ini boleh di kaitkan dengan hukum fizik -teori big bang, di mana, alam universe semakin menjauh. Saya ada menemubual dengan seorang tua yang agak hebat juga sufinya. Dia mengatakan, bintang-bintang di langit itu adalah perhiasannya dan dia menanya saya tentang definisi ‘hiasan’ yang telah di sebut dalam QURAN.

Maka, saya menyebut hiasan itu adalah dekorasi atau sesuatu untuk mencantikkan. Kemudiannya, beliau mengatakan itulah cahaya lampu-lampu di dunia kayangan. Saya terkejut seketika dan amat sukar untuk terjemahkan kata-kata itu. Biar apapun, bentuk kayangan, saya tahu bahawa terdapat komunikasi di antara dua alam ini.

Atau, kayangan itulah langit-langit yang di ciptakan oleh ALLAH yang di huni oleh penduduk langit sebagaimana yang telah kita ketahui selama ini. Biarapapun misterinya, yang pasti, di ‘atas’ sana terdapat penduduk sebagaimana kita juga di muka bumi ini.

ERA KEHANCURAN – PELAYARAN NUH

“Apakah mereka tidak memperhatikan berapa banyak generasi yang telah Kami binasakan sebelum mereka, padahal telah Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi, yaitu keteguhan yang belum pernah Kami berikan kepadamu” surah al-an’am ayat 6

Selepas beberapa siri peperangan yang amat hebat, di khabarkan bahawa bumi ketika itu harus di ‘bersih’kan demi kesejahteraan ADAM – manusia khalifah. Pada ketika tu, banjir besar mulai melimpah-limpah. Terdapat bukti saintifik mengatakan bahawa pada jutaan tahun dulu, bumi mempunyai dua bulan dan satu daripadanya telah ‘lari’ dan menyebabkan gegelang bulan yang terdiri dari ais itu jatuh ke bumi lalu menyebakan banjir besar.

Dalam buku EDEN IN THE EAST pula, STEPHEN OPPENHEIMER mengatakan sebelum terjadinya banjir besar terhebat ini, sudah terjadi 2 siri banjir sebelumnya tapi ia tidak membawa kepada kemusnahan. Pada kali ketiga itu, suhu mulai menurun dan menyebabkan banyak tanah-tanah membeku. Bila tiba masanya, secara tiba-tiba, ais ini mencair dan menyebakan banjir yang membinasakan di seluruh dunia. Akibatnya, dunia dalam era banjir besar.

Bahtera NUH yang dapat memuatkan ribuan umat manusia dan ribuan spesis haiwan ini amat menghairankan saintis pada zaman ini.Jika benarlah apa yang di khabarkan di dalam BIBLE dan AL-QURAN, makanya, bahtera ini cukup-cukup besar kerana dapat membuatkan sekalian mahkluk demi penghidupan selanjutnya.

Di atas bahtera itu, NUH lah raja dan di ibaratkan BAHTERA itulah satu-satunya tanah yang berpenghuni. Jika di selidiki, NUH lah yang mempunyai ILMU SEGALA itu. Jika tidak, masakan dapat beliau membina bahtera yang cukup besar dan mengarah sekalian makhluk menaiki bahteranya itu, baik haiwan, manusia atau jin sekali pun.

Persoalannya, besar manakah BAHTERA itu?
Saya ajukan persoalan ini kepada seorang tua di Cheras. Dia mengatakan bahawa, besarnya bahtera noh itu adalah sehinggakan di dalamnya wujud sungai, pokok-pokok dan bukit-bukit tempat bernaungnya haiwan-haiwan. Saya soal lagi, ‘apakah itu tanah yang terapung?’. Orang tua itu menjawab; “tidak. Ia adalah bahtera dan lamanya ia berlayar, sehinggakan muncul satu kaum hasil dari transformsi UMAT YANG SATU itu.”

Jadi, jika benarlah kata orang tua itu, maka memang benarlah NOH adalah ‘raja lautan’ dan waris NOHlah yang mewarisi ilmu segala itu. Selepas lamanya pelayaran itu (akibat menunggu air banjir surut), akhirnya, bahtera mereka terdampar di suatu tempat di sekitar Asia tengah, di mana, di sinilah bermulanya era ketamadunan baru muncul.

Dari transformasi dan asimilasi, wujud manusia yang berupa kini yang mana merekalah yang akan meneruskan penceritaan bumi baru ini sehingga ke hari kiamat. Ada bezakah manusia kini dan manusia dulu? Dari pengetahuan saya,perbezaannya adalah pada limitasi manusia itu sendiri di mana, manusia kini tidak lagi mampu untuk membuat kelakuan di luar adat (magik) dan tidak mampu untuk berubah bentuk lagi seperti manusia zaman Era ADAM.

Akhirnya, pelarian dari tanah tenggelam itu mendarat dan membina ketamadunan mereka sendiri. Berlarianlah mereka ke seluruh dunia sehingga tiba masanya, wasiat NUH harus di tunaikan. APAKAH WASIAT NUH itu? Owh ya, tadi saya katakan tentang, wujudnya satu bangsa baru di dalam bantera noh itu bukan?!

Definisi untuk bangsa ialah, suatu kumpulan manusia yang mempunyai identiti, kebudayaan, genetik, siri wajah dan ketamadunan yang sama. Jadi, apakah bangsa yang pertama sekali wujud di muka bumi itu? Bangsa itu adalah bangsa yang berdarah di raja dan berisi ilmu segala yang mengetahui wasiat NUH. Bangsa itu adalah bangsa MIM…?!

BERSAMBUNG LAGI…………WASSALAM.

About these ads

About Sifuli

Bicara tentang makan minum, tidur baring, dan beranak pinak yang membina adat resam untuk kehidupan rohani, jasmani, jiwa dan raga. Diantara weblog Sifuli yang popular adalah seperti berikut: Dukun Asmara bicara tentang beranak pinak. Hipnotis Sifuli bicara tentang tidur baring. Jalan Akhirat bicara tentang adat resam (agama) Doa Ayat dan Zikir untuk rohani jasmani jiwa dan raga. Jika tak suka sekali pun janganlah tinggalkan komentar yang keterlaluan. Kerana segalanya adalah sekadar ilmu pengetahuan. Wasalam.
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

17 Responses to Bangsa Mim Era Nabi Adam as

  1. Fauz says:

    Salam tuan,
    Menariknya topik ni,…
    Berkenaan bangsa dulu tu yg boleh ‘shape shifting’
    saya pernah baca dalam hikayat hang tuah, dia pun ada ilmu ini bila bertarung dengan seorang musuhnya yang punyai ilmu yang sama,
    Bagaimanapun elok juga tuhan tarik balik ilmu yg hebat macam drpd manusia kerana mereka banyak buat kerosakan atas muka bumi bila mereka diberi sedikit kelebihan…
    Mengenai kayangan pula..rasanya kerajaan lama Muar masih sempat lagi berhubungan dunia kayangan, Tuanku Malim Deman meminjam burung burak dari nenek kebayan untuk ke sana…apa pendapat tuan?

  2. Saudara Islam says:

    Betol ker boleh kembali ker mse lampau..
    kter nyer pna jd tourist guide untuk ke mse lampau..???

  3. merah kuning hijau says:

    Alhamdulillah..syukur ada manusia yg boleh menerangkan cerita ini yg sudah lama tersimpan dalam lipatan sejarah yg tersembunyi…salam, saya cadangkan kita buat forum untuk membincangkan isu ilmu yang hilang ini..ketahuilah ilmu ini masih ada cuma amat jarang kita dengar, kalau tak silap saya penah dgr org dulu2 (masa zaman jepun)boleh tukar jd buaya jadian dan paling terkenal harimau jadian..teruskan usaha murni saudara kerana umat Islam melayu sekarang ni memang memerlukan satu force power utk kita kembali mendaulatkan daulah Islamiyyah itu kembali menerangi dunia kini

  4. fuad says:

    Salam dan sanjungi penyelidikan Tuan itu dan saya hargai dan telah lama saya menunggu satu cerita yang memangnya logik dan saintifik.Oleh kerana memangnya kemampuan manusia hidup untuk 1000 tahun secara saitifik dan fikiran manusia mampu untuk berteknologi tinggi pada era nabi adam as dan tidak mustahil mereka bole berinteraksi dengan kerajaan langit dan bumi atas sebab mereka punyai genetik terawal tidak dikotori olih terlalu banyak maksiat maka impian mereka dari hati sahaja menjadikan apa yang dikehendaki dan diingini. kita tidak bole kerana terlampau banyak faktor tidak elok saperti makanan,dadah,pelajaran,ilmu yang tidak hak.kurang keyakinan,tidak ikhlas dan berbagai faktor genetik dari yang berubah mengikut amalan nenek moyang. Olih kerana nabi Adam as adalah khalifah di muka bumi yang agung tidak mustahil leh semua mahkluk patuh dengan kehendak dia termasuk semua atom,electron,proton dan neutron dan sel bole berubah mengikut perintah dengan kehendak Allah.Saya mengalukan penyelidikan Tuan tentang Zaman Atlantis itu bagaimana dan macm mana hebatnya untuk saya ketahui kehebatan menusia itu berfikir dan betmadun walaupun mereka suadah mensyirikkan Allah pada masa itu keran NAbi Allah Nuh as telah berdakwah selama lebih 900 tahun lamanya dan hanya 80 orang pengikutnya sahaja. Wassalam

  5. Arif says:

    Luar biase, pemahaman yg selama ini saye cari ternyata ada pada kajian anda!

    Salam dari saya di Pekanbaru, Riau.

  6. Arif says:

    Kami pun kini dalam pemecahan tentang kerajaan pertama di Nusantara…

    Saya menanya kepada salah 1 leluhur yg telah gaib yg berasal dr Jambi…
    beliau jg mngatakan bahwasannya Nusantara adalah bekas Atlantis yg pernah berjaya.

    Pengetahuan ini harus dibuka agar anak cucu kita tdk kehilangan jati dirinya(bangsa).

  7. MUEDRI says:

    ASSWRWB……
    Terimakasih banyak atas informasi ilmu yang sangat langka…..
    Mohon maaf kalau boleh saya mau mengcopy paste artikel2 pakcikli00…

  8. Kenchana_md says:

    Askm Pakcikli
    Saya tertarik dgn frasa kata tuan iaitu “….dengan pengiktirafan hutan PAHANG sebagai hutan tertua di dunia….”
    Mengikut perguruan saya pun begitu. Mengikut guru saya”Gua Gelanggi” dihutan Pahang adalah antara tempat pertapaan orang dulu-dulu. Katanya lagi gua ini mempunyai 7 tingkat, manusia biasa hanya boleh sampai ketingkat 5 sahaja. Tingkat 6 dan 7 adalah melalui badan halus. Dikatakan P Ramlee pernah ‘bertapa’ disini. Fenomena ‘telaga 7′ dan ‘buluh perindu’ sebagaimana sebagaimamana diceritakan P Ramlee ada di sini. Banyak wali-wali terdahulu dan bunian ada kat sini. Saya mohon penjelasan dari tuan.Wallahua’llam.Wassalam!

  9. pakden says:

    terimakasih kerana sudi berkongsi kisah.

    dalam meniti dunia yang semakin mundur dan penuh pemalsuan kini, saya selalu tertanya-tanya apakah rupa dunia lama seperti yang dikiaskan dalam al-quran.
    dengan sedikit perkongsian seperti ini sekurang-kurangnya menjadi garis dan pandu arah keatas kekurangan kita yang semakin bercambah ni. sakit.

    Ada frasa yang amat menarik minat saya bila saudara bawakan potongan terjemahan al-quran yang menyebutkan bahawa Allah menciptakan langit selapis 7 itu,
    sudah tentu saja itu benar dan begitulah 7 lapis bumi yang Allah sebutkan juga pada ayat-ayatNya yang lain.. itu juga benar belaka. jadi, apakah 7 lapis bumi itu? luar jangkawan saya untuk memikirkan.. andai saudara ada sedikit pengetahuan tentangnya, harap dapat dikongsi lagi bersama..

  10. Mas Noi says:

    sesungguhnya hidup ini penuh misteri dan hanya ALLAH yang tahu….

  11. ggrtetgwt w;twgmsg;s says:

    “Manusia dulunya SATU UMAT, kemudan berpecah-pecah” Al-quran 19:10

    Buktikan pada kami, ayat di atas adalah dari ayat al quran, bahkan ayat sebenar ialah:

    “Nabi Zakaria merayu lagi: “Wahai Tuhanku! Jadikanlah satu tanda bagiku (yang menunjukkan isteriku mengandung)”, Allah Taala berfirman: ” Tandamu itu ialah Engkau tidak akan dapat berkata-kata Dengan orang ramai selama tiga malam, sedang Engkau Dalam keadaan sihat”. Surah Maryam, ayat 10.

    surah ke34 ayat 7

    7. dan orang-orang Yang kafir pula berkata (sesama sendiri secara mengejek-ejek): “Mahukah, Kami tunjukkan kepada kamu seorang lelaki Yang memberitakan kepada kamu: ` (bahawa apabila kamu dihancurkan sehancur-hanurnya sesudah mati), Sesungguhnya kamu akan dihidupkan semula Dalam bentuk kejadian Yang baru? ‘

    Adakah anda sengaja memutar belitkan ayat quran untuk kepentingan ‘bangsa mim’ yang anda agung2 kan tu?
    Jangan lah sesuka hati letak ayat quran, kalau tak tahu jangan lah malu2 berguru.
    Bertaubatlah.

  12. Abu Humayd says:

    Assalamu’alaykum tuan punya blog dan penulis post ni,

    Kenapa suka mencari/mengisahkan “rahsia2″ dalam agama? Adakah agama Islam yang diwariskan oleh Nabi Muhammad s.a.w. ini penuh dengan rahsia? Jika begitu, maknanya Nabi Muhammad s.a.w. tidak menyampaikan ajaran Islam keseluruhannya kah? Atau baginda tidak amanah dalam menyampaikan wahyu, kerana merahsiakan2 sesuatu daripada umatnya sehingga umatnya terpaksa bersusah payah mencari “rahsia” yg tersembunyi itu?

    Sebelum awak mencari rahsia2 yg awak katakan itu… sudahkah awak mempelajari dan menghafaz al-Quran? sudahkah baca terjemahan2 dan tafsiran2 al-Quran yang sahih? Cerita2 yg awak tuliskan dalam blog ni, apa sumber2 nya? dari mana awak dapatkannya?

  13. Zaidi says:

    Assalamualaikum,
    Saudara, macam mana boleh saya ikut catatan saudara mengikut turutan, selepas artikel saya tidak jumpa button “Next Article”, risau terlepas baca sesuatu..

    Terima kasih..

  14. Perlulah kita kenal asal usul supaya tahu bangsa kita yang terbaik, paling cerdik, paling kaya, paling hebat dan paling awal terima. Cuba kaitkan semuakehebatan melayu yang ada dan rumuskan sebagai bangsa terpilih, dan mirip kepada yahudi, cuma kita tak ambil tahu dan tak peduli perkaitan dan hampirnya vangsa kita dengan mereka.

  15. Cg. Ros says:

    Menarik. Betul2 membuka minda.

  16. Dicky says:

    Abu Hurairah r.a. pernah berkata : ” Kami sahabat – sahabat Rasulullah SAW telah di ajarkan dua ilmu, yang pertama adalah tentang islam beserta ajaran fiqih, dan ilmu yang kedua adalah apabila kami ucapkan maka kepala kami akan dipenggal (dapat menyebabkan fitnah)”.
    ilmu itu tetap ada namun diberikan bagi mereka yang mendapat bagian disisi Allah SWT.. itulah “ladunni” ilmu yang tidak ada dan tidak diajarkan didunia, tidak ada dalam kitab-kitab dan didapat tanpa pengajaran melainkan dicurahkan langsung.

  17. taktauaje says:

    tahniah pakcikli00…..jgn terkejut dgn komen-komen dari abu humayd dan yg sealiran dgn nya. tak payah nak jawab……usahkan satu koran nak dihafal….cukup sekadar ayat basmallah je dgn kajian mendalam semua orang boleh memecah pelbagai masalah……tak percaya… buatlah solat istikhara, hajat, tasbih, tahajjud…….insyaallah akan terbuka banyak perkara yang diluar capaian akal. sebenarnya puak-puak ni sekadar byk bersoal tapi amalan malam ditinggalkan…..itu yang merapu bila pakcikli00 kemukakan perkara di luar jangkuan mereka. anyway tahniah sekali lg utk anda.

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s