Asal usul orang Melayu



Bangsa Melayu merupakan bangsa termuda di dunia dan merupakan satu bangsa yang amat unik berbanding bangsa lain. Peradaban bangsa Melayu terjadi akibat pertemuan beberapa bangsa di alam Kepulauan Melayu ini sehingga terbentuk satu identiti yang tetap. Daripada pertemuan ini bangsa Melayu tercipta dan mempunyai fokusnya di Tanah Melayu atau lebih dikenali sebagai Semenanjung Malaysia.

Pada zaman lampau, sesiapa sahaja yang menduduki Tanah Melayu dan beragama Islam dipanggil Melayu. Malah orang Arab yang menetap dipanggil Melayu, orang India yang menetap dipanggil Melayu, orang Cina yang menetap dipanggil Melayu. Itulah hasilnya apabila bangsa asing memeluk agama Islam dan digelar sebagai ‘masuk Melayu’.

Ini belum lagi termasuk bangsa yang sememangnya berasal dari rantau ini. Bugis, Jawa, Minangkabau, Mendeheleng dan Kerinci, semuanya Melayu, dan tiada siapa mempertikaikannya. Marilah kita lihat kepada kajian-kajian yang dilakukan terhadap bangsa Melayu kita. Sedarlah di mana kelemahan kita dan binalah di mana kekuatan kita. Semoga Allah beserta kita di dalam segala usaha, Insyaallah.

About these ads

Perihal pakcikli00

Saya adalah dukun asmara
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

14 Responses to Asal usul orang Melayu

  1. eny says:

    huhu..i engat org melayu ni i hasil campuran dr india n cina…

  2. Triyono says:

    Okkkkkkkkkkkkkk

  3. Satria says:

    Salam

    Silalah bawa bukti kukuh bahawa orang Melayu adalah bangsa paling muda! Pasal saya ada bukti bertulis dan prasasti,bahkan DNA bahawa bangsa Melayu adalah antara yang paling tua di dunia lebih tua dari kerajaan China dan Mesir Kuno. Kalu nak mudah silakan google DNA Melayu dan Prasasti, relif Borobudur, Angkor,

  4. aizatbest says:

    Salam..nak tanya, ada tak owner blog ni yg masuk kat blog saya dan tinggal komen kat chat box saya?

  5. Bangsa Melayu Sarawak sebenarnya berasal daripada satu Bangsa Pelaut. Itu lah sampai sekarang orang Melayu Sarawak dikenali Bangsa Laut oleh penduduk tempatan Sarawak. Laut itu luas,besar, berombak dan penuh dengan kehidupan di dalamnya. Oleh itu orang laut amat kuat dan sukar dikalahkan kerana Allah masih merestui kehadiran di dunia ini.

  6. fadzli says:

    BOLEH TOLONG CERITA SIAPA PENGASAS ISLAM MELAYU,MELAYU ISLAM.rasa aya tak cukup fakta lagi…

  7. SAAD ABDULLAH says:

    SILA RUJUK EARLY MAN IN SOUTH EAST ASIA (GERMANY)

  8. Zakiy Najdee says:

    banarkah???????????????

  9. abdulhak says:

    P
    erkataan melayu itu memang muda tapi tanah dan Bangsa Melayu itu tertua di Dunia,cobalah buat kajiaan…!!!

  10. syazlin aelin says:

    knape mcm slah jek jekkkk>???????

  11. Benedict says:

    Hi there! Do you know if they make any plugins to help with SEO?
    I’m trying to get my blog to rank for some targeted keywords but I’m not seeing very good success.
    If you know of any please share. Kudos!

  12. Zahid Yasin says:

    Ketahuilah asal usul kita….

    BANGSA MELAYU.

    (Sejarah sebenar Melayu seperti yang Disampaikan Ulama Muktabar tanpa bercampur dengan sejarah rekaan atau hasil kajian Penjajah, bukti Melayu-Islam Islam-Melayu, Makna Melayu, Syarat bergelar Bangsa Melayu)

    Satu-satunya bangsa didunia yang apabila dinamakan oleh ulama’ (Sheikh Abdullah Al-Qumairy, anak Murid Sultanul Auliya Ghaus ul Azam Syed Sheikh Muhyiddin Abdul Qadir Al-Jailani Q.S), Ketika menamakan bangsa ini, Beliau menyatakan syarat seseorang menjadi bangsa Melayu adalah WAJIB BERAGAMA ISLAM (AHLUS SUNNAH WAL JAMA’AH), DAN HIDUP CARA ISLAM. Jika tidak, GUGUR KALMAH MELAYU Keatas Mereka.

    Petikan Ucapan Mufti pertama Tanah Melayu Syed Sheikh Abdullah Al Qumairi R.A:

    ” Kepada mana-mana org dari keturunan ini yg meninggalkan Agama Islam atau menerima Agama yg lain atau berpaling tadah kpd kefahaman nenek moyang yg dahulu (Dubar/Derdar) atau tidak lagi menerima pakai cara hidup Islam, di kala itu dengan sendirinya gugurlah kalimah melayu pd diri mereka itu.”

    ( kitab Hadiqatul Azhar War Rayahin jilid 1, Al Alim Allamah Az Zaki Asy Sheikh Wan Ahmad Bin Sheikh Wan Muhammad Zain Al Fathani R.A, ulama tersohor bangsa Melayu di Makkah dan Nusantara)

    Makna bagi Melayu ialah:-:
    الرؤسأ سمو بذلك لأنهم ملأ بما يحتاج أليه

    “ Pemimpin-pemimpin, dinamakan dengan demikian itu kerana pemimpin ini mereka mampu memenuhi hajat orang lain.” Lisanul Arab.

    والملأ: ألخلق الملئ بما يحتاج أليه
    “ Memiliki akhlak yang memenuhi keperluan orang lain. ” Imam Abu Manzur.

    والملأ: الجماعة أشراف القوم

    … “ Satu al jamaah, Bangsa yang mulia ”- Qamus al ma’ani.

    والملأ : الأشراف من الناس

    “ Manusia yang paling mulia di kalangan Manusia”- tafsir Qurtubi.

    Bangsa ini dikenali sebagai “Islam Melayu, Melayu Islam” yang tidak boleh dipisahkan sama sekali iaitu mereka yang beragama Islam dan bermastautin disini atau orang-orang Islam dari rata-rata yang berhijrah dan bermastautin disini rata-rata dipanggil Melayu.

    Sedemikian sejarah ini telah direalisasikan dan termaktub di dalam Perlembagaan Malaysia 160(2), syarat untuk menjadi melayu wajiblah seseorang itu:-

    1 Beragama Islam.
    2 Bertutur di dalam bahasa melayu.
    3 Berbudaya dengan budaya melayu.

    Sejarah Melayu seperti yang dipegang dan sampaikan oleh Ulama Muktabar sepeti Almarhum Al Alim Allamah Asy Sheikh Muhammad Yusof Al-Kenali (Tok Kenali), Almarhum Al Alim Allamah Az Zaki Asy Sheikh Wan Ahmad Bin Sheikh Wan Muhammad Zain Al-Fathani R.A (Mufti berbangsa Melayu di Makkah Al Mukarramah) dan lain-lain Ulama Warisatul Anbiya yang Muktabar lagi :-

    Sekitar kurun ke 10 dan 11 Masihi, Kumpulan berfahaman Syiah di Iran telah memulakan gerakan memburu dan menghapuskan Ahli Sunnah Wal Jamaah yang berada di bumi Iran ketika itu. Golongan Sunni adalah dari kalangan suku kaum Kurdis (Kalahar) (1)

    (Nota 1) Dipercayai gelaran Kalahar kepada Kedah Tua telah diletakkan bersempena kedatangan kaum Kurdis ke sini.

    Oleh kerana keadaan amat terdesak, golongan Ahli Sunnah Kurdis terpaksa berhijrah secara besar-besaran ke Afrika, India, Timur Tengah, Timur Jauh dan New Zealand. Sebahagian daripada mereka juga telah tiba di Nusantara dan membuka penempatan baru di Kedah yang juga dinamakan mereka sebagai Kalahar (sempena mengambil nama suku kaum Kurdis Sunni) yang pada masa itu baru sahaja menerima kesan serangan Raja Rajendra Chola (2).

    (Nota 2) Ini dikaitkan dengan serangan tentera Islam ke atas sebuah Kerajaan Hindi di Pantai Koromandel bernama Chola. Raja Rajendra juga tidak berpuas hati dengan penguasaan Sri Vijaya di Nusantara. Baginda telah menghantar ratusan kapal perang untuk memusnahkan Empayar Sri Vijaya termasuk Kadaram (Kedah) Dalam tahun 1027 -1030M Rajendra Chola 1 [1018-1044M] melancarkan serangan ke atas Sriwijaya dan Sampugita dengan membawa balik harta rampasan Raja Kadaram [Kedah], Sangrama Vijayattung –varman tanpa membangunkan pemerentahan di Negara-negara yang diserangnya. Walau bagaimanapun ia telah menimpakan kemusnahan yang teruk ke atas Sriwijaya dan Sampugita. Antara negeri yang turut dimusnah akibat serangan itu ialah Gangga Negara [Perak] dan Medang Bhumi [Kelantan]. Sriwijaya yang berpusat di Palembang pada masa itu bersama Sampugita termasuk Jawa menyerang balas Negara Pandya di India Selatan dan Ceylon. Rajendra Chola 1 akhirnya dibunuh [1044] oleh tentera-tentera Melayu dari Negara bersekutu itu. Pada 1068-1069M Vira Rajendradeva putera Rajendra Chola 1 menyerang Kandaram yang dibawah jajahan Sriwijaya Palembang dan kemudian menyerah kembali lepada rajanya [serangan ini merupakan pertolongan lepada seorang raja yang menuntut takhta]. Selepas ini tidak ada tanda-tanda bahawa kerajaan Sampugita jatuh ke tangan Chola.

    Ketika itu, Maharaja Durbar I iaitu Merong Mahawangsa (Sri Vijaya) menjadi duta Maharaja Rom (Keturunan Iskandar Zulkarnain – Macedonia)(3) untuk membawa Putera Raja Rom bagi mengahwini Puteri Maharaja China. Baginda berasal dari Gumarun (3), Parsi dan pernah ditewaskan oleh angkatan suku Iran lain yang lebih kuat.

    (Nota 3) Rom yang dimaksudkan ialah Wilayah Empayar Parsi atau Iran yang pada suatu masa adalah sebahagian dari Empayar Rom Timur yang telah lama menerima agama Islam dari zaman Khulafa Ar-Rashidin. Gumarun juga dikenali sebagai Pelabuhan Gambroon di Laut Kaspian.

    Rombongan pelayaran Merong Mahawangsa ini telah diserang oleh satu angkatan perang Hindu yang mempunyai kapal berlambangkan burung garuda (lambang kenderaan Dewa Wisnu). (4)

    (Nota 4) Sumber yang menyatakan bahawa “Kedah dilanggar Garuda” bukanlah bermaksud sejenis burung yang besar tetapi lambang kapal perang Hindu yang menyerang Seri Vijaya ketika itu. Ilmuwan agama dan sejahrawan yakin bahawa kenyataan yang dimaksudkan sejenis burung “dewa” adalah bercampurbaur dengan elemen mistik yang datang dari pengaruh kepercayaan Hindu)

    Serangan yang begitu kuat ini telah memaksa kapal Raja Merong Mahawangsa mendarat di kaki Gunung Jerai dan tidak lama kemudian baginda telah diangkat menjadi raja oleh penduduk tempatan sebagai Raja (Kedah) Kalahar 1.

    Baginda juga telah mengahwini seorang gadis Orang Laut dari suku gergasi kerana ingin menggalakkan perkahwinan campuran di samping memperbesarkan lagi keturunan dan kaum kerabat.

    Raja Merong Mahawangsa telah memperkenalkan nobat di istana baginda (5) mengambil sempena bunyi-bunyian dari istana Khalifah Harun Ar-Rashid di Baghdad.

    (Nota 5) Istana baginda dibina di Kota Langkasuka di Sok, kira-kira 96 km ke timur Gunung Jerai berhampiran persimpangan jalan perdagangan Kalaha dan Langkasuka. Baginda juga dikatakan mendirikan sebuah lagi istana di timur Gunung Jerai berhampiran Kuala Merbok iaitu tapak permulaan jalan menuju ke Langkasuka dan Pantai Timur.

    Sayyid Syeikh Abdullah Al-Qumairy

    Tuan Guru Haji Mahmud Nasri Osmani (6) telah menceritakan kepada murid-muridnya bahawa Syeikh Abdullah bin Tuan Syeikh Ahmad bin Tuan Syeikh Ja’far Qumairy (atau Syeikh (Sayyid) Abdullah Al-Qumairy atau Syekh Abdullah Al-Yamani) berasal dari Syahir, Yaman. Beliau adalah Ahlul Bait dari keturunan Rasulullah S.A.W. yang juga merupakan murid kanan Ulama Terkenal Sultan Aulia Sayyidi Syeikh Maulana Maududin Ariffin Qutb Rabbani Muhyiddin Abdul Qadir Jilani Qadasallah Sirruh.

    (Nota 6) Kisah ini diambil oleh Syeikh Mahmud Nasri Othmani daripada Ulama terkenal Kelantan Tuan Guru Waliyulllah Maulana Syeikh Yusof Kenali (Tok Kenali) yang diterima dari gurunya, ulama nusantara,Tuan Guru Syeikh Wan Ahmad bin Wan Muhammad Zain Mustaffa Al-Fathani sebagaimana isi kandungan beberapa buah kitab seperti Hadiqatul Al-Azhar yang menceritakan kembali kisah sebenar Melayu-Islam, Islam-Melayu.

    Pada suatu hari, Syeikh Abdullah Al-Qumairy telah menerima arahan dari Syeikh Muhyiddin Abdul Qadir Jilani untuk berangkat ke Negeri Kalaha (Kedah) dalam Wilayah Asia Tenggara – Dinasti Nusantara bersama-sama 11 orang rakan-rakannya.

    - Ketika itu terdapat 6 orang utusan lain (murid-murid Syeikh Muhyiddin Abdul Qadir Jilani yang terkenal) telah dihantar ke lokasi-lokasi yang berbeza iaitu

    i) Syeikh Abu Hassan Syazili ke Mesir, Perancis hingga ke Itali,
    ii) Syeikh Ahmad Badawi ke Sudan, Morocco hingga ke Afrika,
    iii)Syeikh Abi Madyan Al-Maghribi ke Afrika Barat,
    iv) Syeikh Ahmad Khabir Ar-Rifai ke Syria, Turki dan Balkan,
    v) Syeikh Muhammad Ali Ridha ke Parsi
    vi) Syeikh Sahabuddin Al-Syahid ke India, Afghanistan dan Nepal

    Syeikh Abdullah Al-Qumairy telah menggunakan jalan karamah di mana dia berjalan sekelip mata (lipat bumi) dari Baghdad ke Kalaha ( 7 ) dengan izin Allah SWT bersama-sama 11 orang rakannya) Syeikh Abdullah tiba di Negeri Kalaha pada tahun 531 Hijrah (1136 Masehi) – (Lihat Nota 4) dan telah mengadap Maharaja Durbar II Raja Phra Ong Mahawanser, Raja Kalaha yang ke-9 di Istana Bukit Meriam. Ketika itu istana sedang mengadakan satu majlis keramaian yang mempamerkan pertunjukan seni mempertahankan diri yang berpaksikan pemujaan dewata, sihir, istidraj dan lain-lain.

    (Nota 7) – Sumber Hikayat Merong Mahawangsa versi yang ada kini yang mengaitkan kisah Syeikh Abdullah Al-Qumairy menggunakan atau merampas tongkat Azazil untuk atau setelah tiba di Kalaha. Beberapa ilmuwan agama dan pengkaji sejarah setelah membaca kitab-kitab karangan Ulama Nusantara menyatakan bahawa tidak mungkin seorang ulama besar lagi ahlul bayt akan bersekutu dengan syaitan, ramai yang berpendapat bahawa versi Hikayat ini juga telah dicampurbaur dengan elemen mistik atau mungkin telah dipinda oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab untuk merendah-rendahkan maruah ulama muktabar ini.

    Walaubagaimanapun ada satu versi lagi menyatakan bahawa tongkat berkenaan adalah sebenarnya milik Sultan Aulia Sayyidi Syeikh Muhyiddin Abdul Qadir JIlani yang menganugerahkannya kepada Syed Syeikh Abdullah Al-Qumairy yang kemudiannya dihadiahkan pula kepada DYMM Sultan Muzaffar 1. Dipercayai tongkat berkenaan (kini digelar cokmar) adalah tongkat yang sama yang berada di Muzium Kedah masakini

    Syeikh Abdullah Al-Qumairy dan rakan-rakannya telah mempamerkan satu kehebatan seni mempertahankan diri (silat) sehingga semua hulubalang-hulubalang Raja Phra Ong terpaksa mengaku kalah dan akur dengan kehebatan Syeikh Abdullah.

    Baginda amat kagum dengan kehebatan yang ditonjolkan oleh Syeikh Abdullah Al-Qumairy dan rakan-rakannya serta ingin mengetahui secara lanjut mengenai rahsia kekuatan ini. Setelah mendengar penerangan Syeikh Abdullah, akhirnya baginda sangat terpegun dan terus memeluk Islam dengan mengucap dua kalimah syahadah 3X (ada versi yang menyatakan 9X) di tangan Syeikh Abdullah Al-Qumairy diikuti semua para pembesar dan pegawai-pegawai Istana.

    Syeikh Abdullah Al-Qumairy juga telah memasyhurkan gelaran dan nama baru kepada Raja Phra Ong Maha Wanser iaitu Sultan Muzaffar Shah 1.

    Tidak lama kemudian seluruh rakyat Kedah juga telah memeluk agama Islam. Pengislaman secara massal ini berlaku dalam tempoh yang begitu cepat dengan berkat usaha yang jujur dan ikhlas seorang Waliyullah iaitu Syeikh Abdullah Al-Qumairy.

    Rakyat Kedah juga terdiri daripada pelbagai kelompok yang berasal daripada Arab, Iran, India, Parsi, Al-Sin (China) (8) dan lain-lain yang mana mereka kebanyakannya telah lama memeluk Islam di negara asal masing-masing. Mereka juga terkenal dengan kemahiran berdagang. Umat Islam dari China juga rata-rata memakai nama pangkal ‘Pu’ iaitu Abu.

    (Nota – Saudagar-saudagar Islam dari Arab, Iran dan lain-lain berkumpul pelabuhan Kanton (Guangzhou). Sayyidina Uthman bin Affan r.a. pernah menghantar Saad Abi Waqqas bersama-sama 15 orang ahli rombongan untuk mengembangkan dakwah di Negeri China. Rekod di Negeri China pada tahun 651 menunjukkan bahawa mereka telah menerima utusan dari Han Mimo Moni (Amirul Mukminin) dan dalam kurun Masihi ke 7, Raja China Tai Ti Sung telah memeluk Islam.

    Sekitar 877 Masihi, saudagar-saudagar Arab dan Iran di Kanton telah diserang dan dibunuh beramai-ramai oleh sekumpulan pemberontak anti kerajaan China. Inilah penyebabkan sebahagian dari mereka menjadi pelarian dan tiba di Kalaha.

    Kebanyakan dari mereka ini telah memutuskan untuk terus tinggal bersama-sama umat Islam di Kedah dan menjadi satu warga atau bangsa yang baru di negeri Islam di bawah bimbingan (Ulama) Syeikh Abdullah Al-Qumairy dan payung pemerintahan (Umara) Sultan Muzaffar Syah 1 (Gandingan Kepimpinan Ulama-Umara) (9)

    Nota 9 : Sejarah membuktikan bahawa Islam telah datang ke Nusantara berkurun lebih dahulu daripada zaman pengislaman Phra Ong Mahawanser. Ulama Nusantara dan sejahrawan tidak menolak fakta ini tetapi apa yang dibincangkan dalam artikel ini adalah BILAKAH agama Islam (dan bangsa Melayu) diisytihar setelah diijmakkan oleh Ulama dan Sultannya menjadi agama rasmi Nusantara (dan bangsa rasmi Nusantara).

    Pemerintahan di zaman ini tidak mengenepikan agama-agama lain tetapi mereka yang bukan Islam (tidak dipanggil ‘Mala-u’) tetapi tidak memerangi Islam – dikenakan jizyah dan mereka yang masih langsung tidak menerima corak pemerintahan ini termasuk tidak mahu membayar jizyah telah melari dan memencilkan diri ke dalam hutan dan bukit bukau.

    Syeikh Abdullah Al-Qumairy telah menamakan gagasan bangsa yang baru sebagai AL-MALA-U (9) bersempena satu kalimah Arab yang bermaksud ‘(berkembang-biak) memenuhi ruang’ kerana cepatnya berkembang pengaruh agama Islam di Kalaha. Lama-kelamaan, pengaruh dialek dan sebutan berbilang bangsa ini telah menerbitkan perkataan “MELAYU” seperti yang dikenali hari ini.

    (Nota 9)

    Syed Syeikh Abdullah Al-Qumairy telah meletakkan nama ‘bangsa yang baru’ ini sebagai “Al-Mala-u’ sempena Firman Allah SWT :

    Surah Saad : Ayat 69

    مَا كَانَ لِي مِنْ عِلْمٍ بِالْمَلَإِ الْأَعْلَى إِذْ يَخْتَصِمُونَ

    Tiadalah bagiku sebarang pengetahuan tentang penduduk alam yang tinggi (Al-Mala-ul’A’la) semasa mereka bersoal jawab.

    Hadis Nabi S.A.W :

    ثنا عبد الرزاق أنا معمر عن أيوب عن أبي قلابة عن بن عباس ان النبي صلى الله عليه و سلم قال أتاني ربي عز و جل الليلة في أحسن صورة أحسبه يعني في النوم فقال يا محمد هل تدري فيم يختصم الملأ الأعلى قال قلت لا قال النبي صلى الله عليه و سلم فوضع يده… بين كتفي حتى وجدت بردها بين ثديي أو قال نحري فعلمت ما في السماوات وما في الأرض ثم قال يا محمد هل تدري فيم يختصم الملأ الأعلى قال قلت نعم يختصمون في الكفارات والدرجات قال وما الكفارات والدرجات قال المكث في المساجد والمشي على الاقدام إلى الجمعات وإبلاغ الوضوء في المكاره ومن فعل ذلك عاش بخير ومات بخير وكان من خطيئته كيوم ولدته أمه وقل يا محمد إذا صليت اللهم اني أسألك الخيرات وترك المنكرات وحب المساكين وإذا أردت بعبادك فتنة ان تقبضني إليك غير مفتون قال والدرجات بذل الطعام وإفشاء السلام والصلاة بالليل والناس نيام

    Telah menceritakan kepada kami Abdurrazaq yang berkata telah menceritakan kepada kami Ma’mar dari Ayub dari Abi Qilabah dari Ibnu Abbas bahwa Nabi SAW bersabda “RabbKu Azza wa Jalla datang kepadaku malam tadi dalam sebaik-baik bentuk” –Aku mengira maksudnya adalah dalam tidur- Lalu Dia berfirman “Wahai Muhammad, apakah kamu tahu mengenai apa Al Mala’ul A’la yang menjadi perbalahan? Baginda bersabda “tidak”. Nabi SAW bersabda “Lalu Dia meletakkan tangan-Nya di antara dua bahuku hingga aku dapati dinginnya antara dua dadaku. Atau Baginda bersabda “antara tenggorokanku”. Maka tahulah aku apa yang ada di langit dan di bumi. Kemudian Dia berfirman “Wahai Muhammad, apakah kamu tahu mengenai apa Al Mala’ul A’la (yang menjadi punca) pertengkaran?”. Baginda bersabda ‘Aku berkata “ya , mereka bertengkar mengenai Al Kafarat dan Ad Darajat?”. Apa itu Al Kafarat dan Ad Darajat?. Diam di masjid, berjalan kaki untuk berjema’ah, menyempurnakan wudhu dalam suasana/keadaan tidak menyenangkan, barangsiapa melakukan hal itu maka ia hidup dengan baik dan mati dengan baik. Dia bersih dari dosa seperti baru dilahirkan Ibunya. Dan katakanlah wahai Muhammad bila kamu selesai solat “Ya Allah sesungguhnya aku memohon KepadaMu kebaikan-kebaikan, meninggalkan hal yang mungkar dan cinta kepada orang-orang miskin. Dan bila Engkau menginginkan fitnah bagi para hambamu maka cabutlah nyawaku kepadaMu dengan tanpa fitnah”. Dan Ad Darajah adalah dengan memberikan makanan, menyebarkan salam dan solat malam saat manusia tidur”. [Hadis riwayat Ahmad dalam Musnad Ahmad 1/368 no 3484 dan Sunan Tirmidzi 5/366 no 3233]

    ‘Al-Mala-u’ juga disebut di banyak tempat dalam Al-Qur’anul Karim dan juga Hadis. Mengikut Kamus Bahasa Arab- Al-Mala-u bererti :

    a) Budi pekerti yang tinggi (husnulkhuluqa (akhlak yang mulia) yakni makna kepada agama sebagaimana satu Sabda Rasulullah S.A.W.)
    b) Pemimpin
    c) Cahaya (Iman dan Taat) yang memenuhi ruang dan masa

    Gelaran ini diberikan bagi mengesahkan bahawa warga ini adalah :

    a) Ahli (warga yang menerima Talkin kalimah Taqwa dan Tarbiah)
    b) Jawi (penulisan bangsa Arab asal iaitu Jawi Qadim (Asia Barat) – manakala Bangsa Melayu asal pula menggunakan Jawi Jadid (Asia Tenggara) yang menambahkan titik pada beberapa huruf)
    c) Melayu (yang berkembang-biak memenuhi ruang)
    d) Asal (yang asli atau yang yang tulin menerima agama Islam dari Seruan Nabi Muhammad Rasulullah S.A.W.)
    e) Bangsa (rasmi) kebangsaan (Warga Angin Bawah Bayu Merdeka)
    f) Pegang Teguh Agama Islam – berpaut kukuh kepada agama Samawi.

    (AHLI JAWI MELAYU ASAL BANGSA KEBANGSAAN PEGANG TEGUH AGAMA ISLAM – Sekira-kiranya pewaris asabah kepada satu bangsa beragama) (menyamai dengan zaman kegemilangan Islam lampau) atau ringkasnya Pemimpin Yang Berbudi Pekerti Mulia dan Nurnya Meliputi Alam (Khalifah) Kemudian Sultan Muzaffar 1 memperkenalkan kepada mata dunia bahawa ISLAM ITU MELAYU dan MELAYU ITU ISLAM.) (10)

    (Nota 10) – Ada pendapat yang menyatakan bahawa perkataan “Melayu” itu adalah perkataan “Sanskrit” dan “bangsa atau keturunan Melayu” itu adalah dari India, China, Kemboja dsb. Dari segi keturunan pertalian darah dan sejarah asal-usul, kenyataan ini mungkin ada kebenarannya tetapi penamaan bangsa “Melayu” pada SEBELUM zaman Phra Ong Mahawanser telah dinafikan oleh ulama-ulama Nusantara serta menegaskan bahawa “Al-Mala-u” itu adalah dari kalam Lughatul Qur’an dan digunakan hanya semasa pemasyhuran nama bangsa yang baru di Nusantara setelah Phra Ong Mahawanser memeluk Islam dan ditukar gelaran kepada Sultan Muzaffar 1.

    Ilmuwan Melayu Islam juga menyatakan gelaran “Al-Mala-u” diberikan kerana untuk memberikan peringatan kepada seluruh manusia adalah :

    a. dari keturunan Nabi Allah Adam a.s. yang dijadikan Allah SWT di syurga Jannah drpd 14 (ada yang menyatakan 13) jenis tanah & telah dilantik menjadi Khalifatullah*

    (di syurga atau di langit ketika itu dan akhirnya di bumi setelah Nabi Allah Adam a.s. bertaubat dengan mengucapkan dua kalimah syahadah) sehinggakan

    b. malaikat juga diperintahkan sujud kpd. Nabi Allah Adam a.s. yang juga “Al-Mala-ul a’la” (penduduk langit) kerana semasa itu baginda berada di Syurga (di langit)

    Ianya juga untuk mengingatkan umat Islam betapa mulianya makhluk yang bernama manusia bukan sahaja turun dari sulbi Adam a.s. yang berasal dari syurga malah

    c. Seorang lagi bangsa manusia teragung di langit dan di bumi iaitu Nabi Muhammad S.A.W. telah diisrak-mikrajkan pula sehingga ke Sidratul Muntaha untuk bertemu Allah Azzawajalla (laitsakamithlihi syai-un)

    d. Kerana zaman khalaf ini adalah zaman khalifah manhaj nubuwwah iaitu zaman yang terakhir sebelum kiamat dan umat Islam Melayu perlu diingatkan bahawa orang-orang beriman akan pulang ke tempat asalnya Adam a.s. dijadikan dan diberikan balasan syurga selepas Hari Qiamat dan Hari Pembalasan.

    Hadis Qudsi di atas juga jelas bahawa Al-Mala-ul-a’la yang dimaksudkan adalah MANUSIA “yang diam di masjid, berjalan kaki untuk berjema’ah, menyempurnakan wudhu dalam suasana/keadaan tidak menyenangkan, barangsiapa melakukan hal itu maka ia hidup dengan baik dan mati dengan baik. Dia bersih dari dosa seperti baru dilahirkan Ibunya. Dan katakanlah wahai Muhammad bila kamu selesai solat “Ya Allah sesungguhnya aku memohon KepadaMu kebaikan-kebaikan, meninggalkan hal yang mungkar dan cinta kepada orang-orang miskin. Dan bila Engkau menginginkan fitnah bagi para hambamu maka cabutlah nyawaku kepadaMu dengan tanpa fitnah”. Dan Ad Darajah adalah dengan memberikan makanan, menyebarkan salam* dan solat malam saat manusia tidur”
    *salam di sini bermaksud “Islam” (agama) – agama yang selamat (salam)

    Selain itu Baginda Sultan Muzaffar telah bertaubat nasuha bersama-sama semua pembesar Istana dan para hulubalangnya termasuk seluruh rakyat jelata Kalaha di bawah bimbingan Syeikh Abdullah Al-Qumairy.

    Akhirnya Negeri yang bernama Kalaha juga telah ditukar oleh Syeikh Abdullah Al-Qumairy kepada nama Kedah Darul Aman iaitu sebuah negeri yang aman dan merdeka dari segala bentuk kesyirikan, kekufuran dan keengkaran. Penamaan ini juga bersempena “Baldatun Thayyibah Wa Rabbun Ghafur” yang dipetik dari Firman Allah S.W.T. dalam Surah Saba: Ayat 15 yang bermaksud “Negeri yang baik (indah lagi makmur) dan Tuhan Maha Pengampun” (ke atas taubat hambaNya)

    Sultan Muzaffar Syah 1 sangat mengasihi Syeikh Abdullah Al-Qumairy sehingga baginda telah melantik Syeikh Abdullah Al-Qumairy sebagai Guru dan Penasihat agama Islam baginda, kaum kerabat diraja dan juga seluruh Istana. Sultan Muzaffar Syah 1 juga telah mengangkat Syeikh Abdullah Al-Qumairy sebagai ayahanda angkat baginda.

    Syeikh Abdullah Al-Qumairy juga telah menyarankan agar candi di puncak Gunung Jerai dimusnahkan dan diganti dengan sebuah menara untuk dijadikan tempat azan bagi menyeru umat Islam Kedah untuk bersolat. Sultan Muzaffar Syah 1 telah menitahkan agar permintaan Syeikh Abdullah Al-Qumairy dilaksanakan.

    Setelah binaan menara tersebut hampir siap, Syeikh Abdullah Al-Qumairy telah jatuh gering dan ditakdirkan wafat beberapa hari selepas itu. Sebelum kewafatannya, Syeikh Abdullah Al-Qumairy telah mewasiatkan agar jenazahnya dikebumikan di kawasan lapang berdekatan dengan binaan menara berkenaan. Kawasan itu dikenali kini sebagai Padang Tok Sheikh (mengambil sempena nama Syeikh Abdullah Al-Qumairy)

    Guru Syeikh Abdullah iaitu Sayyidi Syeikh Muhyiddin Abdul Qadir Jilani (wafat pada 561 Hijrah/1166 Masehi) pernah tiba beberapa kali di Gunung Jerai untuk menziarahi maqam muridnya, Syeikh Abdullah Al-Qumairy serta pernah bersolat di kawasan tanah lapang berkenaan di samping melantik Sultan Muzaffar Shah 1 sebagai pengganti kepada Syeikh Abdullah Al-Qumairy. (11)
    ——————–
    (Nota 11) : Sultan Aulia Syeikh Muhyiddin Abdul Qadir Jilani telah mengesahkan pemakaian gelaran ‘Sultan’ ke atas Sultan Muzaffar Shah 1 yang membawa maksud ‘Amirul Mukminin’ (Pemimpin Orang-Orang Beriman) dan gelaran ‘Shah’ yang mirip maksudnya dengan ‘Sayyid’ – manusia terpilih yang diyakini pembela agama yang mempunyai akhlak yang tinggi.

    Kisah ini disahkan oleh DYMM Sultan Badlishah, Raja Negeri Kedah Darul Aman yang ke 26, pernah memberitahu Syeikh Mahmud Nasri Osmani (12) bahawa baginda pernah mendengar cerita ayahandanya DYMM Sultan Abdul Hamid Halim Shah (Raja Kedah 25) bahawa Sultan Muzaffar Shah 1 adalah :

    “Raja Pemerintahan Negeri Kedah Tua, Pendiri Kekuatan Kuasa Pemerintahan Membentuk Wilayah Gugusan Selat Kepulauan Melayu terletak di antara India dan China disebut sebagai ‘Alam Melayu’.”

    Baginda Sultan Muzaffar Shah 1 telah disahkan untuk memakai gelaran “Sultan” daripada Sultan Aulia Syeikh Muhyiddin Abdul Qadir Jilani sekaligus meletakkan Sultan Muzaffar Shah 1 sebagai Sultan Pertama di Alam Melayu.

    (Nota 12 – Syeikh Mahmud Nasri Osmani telah diminta oleh Tuan Guru Syeikh Yahya Toha, Kg. Pisang, Kupang (yang dititahkan oleh DYMM Sultan Badlishah) untuk mengetuai operasi menyelamatkan DO Baling dan Residennya – Syed Abu Bakar dan Tuan Adam yang ditangkap oleh Komunis (semasa pemerintahan Jepun hampir berakhir) bagi memaksa DYMM Sultan Badlishah menyerah diri) Syeikh Mahmud Nasri dibantu oleh Tuan Haji Ahmad Bok Bak dan Tuan Haji Daud Bongor. Mereka telah pergi tanpa menggunakan sebarang senjata. Dengan Izin Allah, komunis yang diketuai oleh Chin Peng menjadi seperti terpukau dan melihat sahaja Syeikh Mahmud dan rakan-rakannya melarikan Syed Abu Bakar/Tuan Adam sehingga jarak 30 meter. Komunis tiba-tiba menembak pasukan penyelamat tetapi sekali lagi dengan izin Allah SWT, tidak ada satu pun peluru yang mengena mereka)
    ——————–

    Kemakmuran Melayu Islam di bawah kepimpiman Kedah Darulaman (Nusantara) termasuk Zaman Kesultanan Melaka, Perlak Pasai, Deli dan seluruh Nusantara yang dikecapi akhirnya musnah disebabkan percakaran sesama sendiri yang juga telah memudahkan lagi serangan serta penjajahan Belanda, Portugis dan Inggeris ke atas Nusantara. Dipercayai kerajaan Islam terakhir yang dimusnahkan oleh Siam dengan pertolongan Inggeris ialah Kerajaan Islam Reman/Pattani sekitar tahun 1785 setelah berlaku peperangan jihad fii-sabilillah yang sangat hebat.

    Penjajah akhirnya memusnahkan dan merungkai-rungkaikan akar umbi kekuatan Melayu Islam dengan memisahkan maksud bangsa dan agamanya dan menggantikannya dengan faham sekular. (13)

    Nota 13 : Faham Sekular ini bermaksud ialah “perungkaian kesyumulan agama atau pemisahan agama dengan perkara-perkara lain seperti sains dan teknologi dsb. dengan hati, lidah dan perbuatan yang menyatakan contohnya “Sains tidak ada dalam Al-Qur’an” atau “Sains itu tidak ada dalam Agama” dengan sendirinya merendahkan taraf Al-Qur’anul Karim. Perbuatan yang sama telah berlaku antara para Paderi Kristian dan kaum saintis (Illuminati) yang saling bermusuhan antara satu sama lain sehingga terpisah agama dan sains.

    Sekular dalam konteks artikel ini ialah “pemisahan agama dan bangsa” (memisahkan Islam dan Melayu) dengan mendakwa bahawa “bangsa itu tidak disebut dalam Al-Qur’an” dengan sendirinya menggambarkan agama itu tidak syumul dan pastinya akan gugur akidah seorang Islam apabila menolak apa yang ada dalam Al-Qur’an.

    KEBANGKITAN ISLAM, MELAYU DAN MUJADDID

    Kebangkitan pertama yang direkodkan menentang penjajah dan faham Zionist serta usaha menaikkan kembali kegemilangan Islam itu Melayu dan Melayu itu Islam telah bermula sebelum 1940an. Gerakan yang memimpin ulama dan ahlul bait (mentajdid kembali Dua Kalimah Syahadah*) telah dipelopori oleh Ulama Terkenal Nusantara iaitu :

    a) Ulama Jawi Anak Melayu Negeri Kelantan Darulnaim/Tuan Guru Pondok Atas Banggol – Kota Bharu Kelantan iaitu :

    Maulana Syeikh Wan Ahmad bin Syeikh Wan Mohammad Zain bin Dato Panglima Kaya Syeikh Wan Mustafa bin Syeikh Wan Mohammad bin Syeikh Wan Mohammad Zainal Abidin (Fakih Wan Musa Al-Jambusi As-Sanawi Al-Fathani),

    telah dilantik menjadi Ulama besar Masjidil Haram, Mufti Tarim Kerajaan Othmaniah Turki (yang dilantik oleh Sultan Abdul Hamid Turki ketika itu) dan juga Kerajaan Melayu Islam Asia Tenggara. Ulama besar ini (juga guru kepada Syeikh Yusof Kenali – Tok Kenali) juga telah membuat satu himpunan raksaksa Ahli Jawi Melayu Asal Bangsa Kebangsaan Pegang Teguh Agama islam di Madrasah Darul Ulum Makkatul Mukarramah yang dihadiri lebih lima ribu ulama Nusantara,

    (Di dalam Kitab Hadiqatul Azhar War Rayaihin Edisi Bahasa Arab, Syeikh Wan Ahmad Fathani telah berdoa – maksudnya “Ya Allah, perkuatkanlah orang-orang Islam Melayu atas bangsa-bangsa kafir dan kembalikanlah negeri-negeri kami kepada kami, perkenankanlah Ya Allah, Ya Rabbal ‘Aalamiin

    b) Syeikh Abdul Rahman Fathani – seorang lagi Ulama Besar juga seorang guru di Masjidil Haram/Makkatul Mukarramah dilantik menjadi Duta Besar Islam Melayu Markaz Serambi Mekah berpusat di Pondok Atas Banggol, Kota Bharu, Kelantan Darulnaim

    Perjuangan kemudian diteruskan oleh Al-Allamah Tuan Guru Maulana Syeikh Yusof Al-Kenali (Tok Kenali) kemudiannya muridnya Syeikh Mahmud Nasri Osmani dan akhirnya kini Tuan Guru Haji Ahmad Che Din (Junaiddin).

    KEBANGKITAN SEJURUS SELEPAS ZAMAN KEMERDEKAAN

    Perjuangan memertabatkan Melayu Islam dipelopori pula oleh muridnya Tuan Guru Haji Mahmud Nasri Osmani dan tokoh-tokoh ulama berikut :

    1) Tuan Guru Syeikh Umar Zuhdi Soleh – Madrasah Misbah Al-Falah, Banggol Berangan,
    2) Tuan Guru Syeikh Othman Yunusi – Madrasah An-Nadhoh, Bukit Besar,
    3) Tuan Guru Syeikh Abdul Aziz Ibrahim – Madrasah Al-Islah, Pendang, dan
    4) Tuan Guru Syeikh Ramli Senik – Pondok Batu Hampar, Pendang

    (Selain itu, tokoh politik Dato’ Onn bin Jaafar juga turut berjuang menerusi PEKEMBER – (15)

    Resolusi telah tercapai semasa muqabalah tokoh-tokoh Ulama ini antara lain untuk menyeru umat Islam Melayu segera kembali tajdid mewarisi semula segala ilmu dan amalan hidup/kehidupan yang diwarisi dari Rasulullah S.A.W. (bersanad yang sah) menerusi talqin dan tajdid (memperbaharui) dua kalimah syahadah bagi membersihkan jiwa raga dari segala bentuk kekufuran, kesyirikan dan keengkaran yang telah lama merosakkan aqidah umat Islam Melayu hasil peninggalan penjajahan.

  13. artsabrisalleh@yahoo.com says:

    orang melayu adalah orang kepulauan, kalau tak caya pergi la ke seluruh pulau pulau di dunia muka kita sama ,hidung peset, muka kurang emchem tak mcm mat salleh structure tubuh kita pun berbeza dengan bangsa lain.kemungkinan kita bangsa pernah di halau dari tanah besar atau terpisah oleh bencana alam yang dasyat pada dulu kala, yang membawa perubahan geografi , cuba fikir kan , bangsa yg besar kat bumi ni,spt arab , china orang putih,afrika. jadi kita serpihan mana?

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s